Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

MENENTUKAN BERAT IKAN JIKA TIADA ALAT PENIMBANG

MENENTUKAN BERAT IKAN JIKA TIADA ALAT PENIMBANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...kebanyakan kaki pancing pernah mengalami situasi seperti ini.. Bila nak timbang berat ikan, baru perasan yang penimbang tertinggal...Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mempratikan teknik ini... caranya ialah dengan mengambil ukura-ukuran tertentu pada bahagian ikan dan masukan nilainya kedalam fomular seperti dibawah:


Tetapi teknik ini tidak sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk yang panjang, contonya ikan keli, belut dan sebagainya. Teknik ini juga tidak sesuai untuk menentukan berat ikan Sebelah, ikan Pari, Pari2, En. Pariapan ataupun ikan masin...Sekian selamat mencuba..


Empangan Batu Ulu Yam

Assalamualaikum dan salam sejahtera... setelah hampir sebulan  menyepi tanpa sebarang aktiviti memancing. Pada 11 Disember 2011 saya telah kembali kearena memancing tanah air. Sebagai permulaan trip saya kali ini, saya terlebih dahulu pergi ke pasar borong Selayang bagi mendapatkan ikan keli. Ini kerana target saya pada hari ini ialah spesis yang sering menghantui perairan empangan Batu...

Pasar Borong Selayang
Toman
 Inilah target saya.....Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes....


Empangan Ulu Yam
Suasana pagi yang tenang.... kadang-kala kelihatan percikan air ditengah empangan, mungkin ikan spesis permangsa sedang memburu mangsanya ataupun ikan yang besar sedang mengambil nafas...


Kayak
Tiba - tiba saya ternampak sebuah kayak...maka terlintaslah difikiran saya satu idea yang bernas (atau gila), mungkin saya boleh berkayak dan melepaskan umpan di tengah empangan...

Kayak

Berkaya ditengah Empangan
Maka, saya memperatikkan idea saya yang bernas tadi...saya berjaya melepaskan umpan saya ditengah empangan....

Tilapia
Setelah hampir 4 jam menunggu....umpan keli saya masih belum diragut si Toman... maka terpaksalah saya menukar target saya, daripada memancing Toman kepada memancing Tilapia...

Tilapia
Nampaknya target saya  memancing tilapia berjaya, dalam masa 1 jam sahaja saya berjaya menaikkan 6 ekor ikan Talapia merah...walaupun saya tidak  mendapatkan seekor pun ikan toman, saya tetap berpuas hati kerana berjaya mengelakkan diri daripada menjadi "bangau" di empangan Batu Ulu Yam..

Udang Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hari  hari raya Aidiladha yang lepas saya dan keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan, Perak...Pada hari ke-tiga Aidiladha bapa saudara  mengajak saya menemani beliau memancing udang...Ibarat "orang mengantuk disorong bantal" tanpa berfikir sejenak saya terus menjawap "ok jugak tu, lagipun dah lama tak memancing udang kat sini"......

Enjin 2.2 hp
Ini lah enjin yang kami gunakan 2.2 hp

Jeti
Ini adalah jeti dimana bapa saudara saya dan beberapa penduduk kampung menambat sampan mereka.

menghidupkan enjin
Otai sedang menghidupkan enjin, saya hanya duduk di depan sampan dan bertugas sebagai penarik sauh...
Sauh
Inilah sauh yang digunakan untuk menambat sampan, beratnya hampir 15 kg, kebas tangan sebab kena tarik sauh apabila ingin berpindah lubuk memancing yang lain...

Joran
Ini adalah teknik susunan joran yang saya gunakan, teknik ini sesuai digunakan apabila memancing diatas sampan yang kecil..
ikan Duri
Habuan pertama saya pada hari tersebut, udang yang diharapkan tetapi si Duri yang meragut umpan. Apa -apa pun rezeki jangan ditolak.

Joran
Tiba - tiba umpan saya diragut ganas, sah ini bukan lagak si sepit biru..

Duri


Rupa - rupanya si Duri punya angkara, tetapi kali ini saiznya agak besar.....


Udang
Kemudia barulah udang menunjukkan dirinya kebanyakkannya kami hanya mendapat 2 atau 3 ekor udang sahaja dalam satu lubuk..

Duri
Kemudian si Duri pula menjamah umpan...adakalanya sampai terangkat hujung joran apabila di sentap si Duri yang bersaiz agak kasar...

Buntal
Selain duri, Buntal juga tidak ketinggalan menjamah umpan, tetapi Buntal cuma menjamah umpan semasa air pasang sahaja...

Angin kencang

Sedang asik kami memancing udang tiba-tiba cuaca berubah, angin menjadi kencang dan diikuti dengan hujan yang lebat...air sungai menjadi bergelora...Bapa saudara  mengarahkan saya  menarik sauk secepat yang mungkin, kemungkinan sampan akan terbalik sekiranya sauh tidak ditarik dari dasar sungai...

Bumbung sampan yang rosak
Semasa saya menarik sauk, bumbung sampan telah musnah dilanda angin yang kencang, tetapi alhamdulillah kami tidak ditimpa sebarang kecelakaan....


Inilah hasinya, 3 ekor ikan Duri dan hampir 2 kg udang, tetapi udang kali ini tidak ada yang bersaiz mega. Salah satu faktonya ialah musim udang belum tiba dan air sungai sejuk disebabkan musim tengkujuh...

Kolam Tow Foo Siri 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada 29.10.11 satu lagi trip ke kolam Tow Foo telah dirancang, trip kali ini cuma saya dan Abang Din...Ini pun atas sebab Abang Din telah terpengaruh dengan gambar-gambar terlampau saya di kolam Tow Foo....Salah satu motif trip kali ini ialah  untuk membalas kekumpauan saya pada 26.10.11 yang lepas dan merupakan sesi sual kenal abang Din dengan kolam Tow Foo....

house boat
Kami sampai di kolam Tow Foo lebih kurang jam 10.00 pagi, pada masa tersebut kolam hanya diduga oleh beberapa pemancing, mungkin mereka mula memancing dari malam sebelumnya...

Suasana pagi yang tenang
Suasana pagi yang tenang di kolam Tow Foo..kadangkala diselangi dengan sijantan berkokok.....

Lampam

Saya telah mendapat lasen pada hari itu seawal 30 minit yang pertama, kemudia umpan saya acap kali diragut oleh si Lampam...
Lampam
Sementara saya asik melayan lampam, Abang Din berjaya menaikkan seekor lampam..itulah lasen pertama beliau pada hari ini dan secara tidak lansung juga merupakan ikan pertama beliau di kolam Tow Foo...

Aksi sedang bertarung
Tiba - tiba umpan abang Din diragut penghuni kolam, lagaknya bagaikan ragutan si Patin, maka bermulalah aksi pertarungan.....

tiba-tiba ikan bagaikan tidak berganjak..puas abang Din menarik joran, ikan masih ditempat yang sama...rupa-rupanya ikan telah tersangkut di pelepah  sawit...

Lampam
Setelah bertungkus lumus hampir setengah jam menebang pelepah sawit, akhirnya si Lampam berjaya  didaratkan. Kemudia umpan abang Din acap kali diragut si Lampam...
Pacu 2kg
Lebih kurang jam 11.30 pagi, joran saya direntap kuat, saya ingatkan angkara si Lampam , sebab sebelum ni semedang sahaja saya mendapat lampam...setelah 2 minit bertarung, akhirnya saya berjaya menaikkan seekor Pacu...
Pacu 2kg
kemudia pacu lagi...
Pacu 2.5kg
 pacu lagi...
Pacu 3 kg
dan lagi...
Pacu 3 kg

kemudia pacu lagi...
Pacu 3.2 kg
Dan  pacu lagi...Beberapa kali perambut saya putus angkara si Pacu, abang Din pun mengalami nasib yang sama. Secara keseluruhannya trip kali ini boleh dianggap berjaya.

Kolam Tow Foo Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada hari Deepavali yang lepas saya dan Farid telah berkomplot untuk memancing pada waktu malam di kolam Tow Foo...Trip kali ini disertai oleh 3 pemancing tegar termasuk saya, Farid dan abang Farid.

Pacu
Pada malam tersebut saya sampai lewat ke lokasi disebabkan masalah teknikal, sebaik sahaja saya sampai ke lokasi, Farid dengan banganya menunjukkan gambar yang beliau telah menewaskan seekor pacu..

Lee Koh
Kemudia beliau berjaya pula menaikkan seekor Lee Koh... Kemudia beliau berjaya menaikkan darah saya..heehe..sebab saya kumpau malam tu..

Lee Koh
Berdasarkan prinsip persahabatan Farid telah membenarkan saya untuk meminjam ikan beliau untuk saya berposing...lihat gambar disebelah, saya telah menggunakan teknik posing yang hampir sama dengan seorang pemancing profesional di Tasik Conningbrook, Britain.

Teknik Selimut Kalbu
 Setelah penat bergambar dan menjadi jurugambar untuk Farid, saya telah mempraktikkan satu teknik yang biasa digunakan oleh pemancing yang kumpau dimalam hari..teknik tersebut lebih dikenali sebagai "teknik selimut kalbu"...

Pagi yang tenang
 Sebelah pagi...suasana tenang dan kadang-kala diselangi dengan bunyi ayam yang berkokok..

 Ini lah set yang saya gunakan...Joran Pro Power digandingkan dengan mesin simano Alivio 2500 fb

Semasa saya mengambil gambar set joran saya...Farid telah menggunakan manderam beliau dan dicampur dengan air kolam..heee..



Patin
Dan hasilnya beliau berjaya menaikkan seekor ikan patin..ternyata manderam yang beliau gunakan berhasil..

Pacu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Pacu...

Rohu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Rohu...

Setelah jam 12.30 petang, Farid dan abangnya   pulang terlebih dahulu ..maka tinggalah saya keseorangan "Tiada kawan dan tiada lawan"...

Lampam
Jam telah menunjukkan pukul 1 petang...hari pun semakin panas, maka saya pun meninggalkan kolam Tow Foo dengan seribu kenangan...

Amukan Pacu di Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada 12 Oktober 2011 saya telah lunch bersama-sama Farid, seperti biasa topik perbualan kami pastilah mengenai aktiviti memancing...beliau telah menceritakan pengalaman  memancing Pacu sehingga melecet ketiak pada minggu lepas di Bukit Antarabangsa ..Tiba-tiba saya bagaikan disampuk, fikiran saya kosong, melayang -layang bagaikan " Layang-layang terputus talinya" mungkin beliau telah menyantau saya, tampa berfikir panjang saya telah mengajak beliau untuk sama - sama memancing Pacu pada keesokan harinya...Seperti yang dijanjikan, 13 Oktober 2011 saya telah pergi ke Kolam Bukit Antarabangsa, untuk mencari kepastian apa yang dikatakan oleh Farid..Adakah beliau  beromong kosong atau sekadar indah khabar dari rupa....

Pagi yang tenang
 Pagi yang tenang..tetapi air yg tenang jangan di sangka tiada Pacu
Set yang digunakan
 Ini lah set yg saya gunakan, Mesin Shimana Alivo 2500 fb dengan tali utama 12 ibs
Pacu pertama
Pacu pertama yang saya perolehi...
Pacu ke -3
 Diikuti oleh farid, ini merupakan Pacu  ke tiga bagi beliau..

Pacu ke -2
Diselangi dengan Pacu kedua dari saya

kolam bagaikan mengelegak
Tiba-tiba air kolam bagaikan mengelegak...maka bermulalah adengan2 yang tidak mahu kita lihat

Pacu seterusnya
Pacu seterusnya

Pacu dan pacu lagi
Sebaik sahaja air kolam bagaikan mengelegak, ikan pacu bagaikan disampuk...setiap kali balingan akan dibalas dengan rentapan..maka bermulalah aksi pertarungan. Kadangkala kemenangan berpihak kepada si pemancing kadangkala berpihak kepada si Pacu...Perambut putus semasa petarungan memang telah menjadi lumrah apabila berentap dengan si Pacu..

Suasana tenang kembali
Setelah penat diasak si Pacu, saya telah menggunakan jurus kumpau yang pernah di ajar Farid..Jurus kumpau beliau memang berkesan. Umpan saya lansung tidak diusik si Pacu..hinggakan  pepatung boleh bertenggek di hujung joran...

Susunan gigi yang sering memutuskan perambut
Namun aura kumpau  tersebut tidak bertahan lama, selang 20 minit joran saya kembali melentur bagaikan " Melentur buluh biar dari rebungnya" adengan pertarungan bermula kembali dan akhirnya seekor lagi pacu berjaya saya tumpaskan...
Aksi pertarungan dalam kepenatan
Amukkan Pacu masih belum berhenti...Rentapan - rentapan ganas masih berterusan, sehinggakan kami tak sempat untuk menangkap gambar...Dan saya pula kepenatan, terpaksa melayan pacu sambil duduk...Ternyata apa yang dikatakan oleh  Farid benar belaka...Pacu mengamuk bukan satu ilusi...ketiak melecet satu realiti..