Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam HM Resort, Putrajaya.

Pada 19 Ogos 2011 (jumaat) saya telah merancang satu trip memancing di kolam HM Resort, Pinggiran Putra, Putrajaya. Saya telah mengajak seorang kawan saya iaitu En.Razif untuk bersama-sama saya memancing. Kami merancang untuk memancing selepas solat tarawih. Ada orang mengatakan "sediakan senjata sebelum berperang". Jadi kalau nak memancing "sediakan umpan sebelum memancing". Oleh yang demikian pada sebelah petang, saya telah menyediakan umpan yang bakal  digunakan pada malam nanti.


 Antara ramuan yang telah dikisar.

 Perisa pisang salah satu ramuan dalam resepi khas  saya tersebut.

Roti juga telah dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan pada malam nanti

 Ikan pertama yang saya dapat pada malam tersebut

Ikan kedua yang saya dapat, spesies ikan yang sama juga meragut umpan saya untuk kali ketiga dan kali yang keseterusnya..
Setelah lama kesepian dan kesejukan akhirnya En.Razif berjaya juga menaikan ikan yang paling mahal dalam kolam tersebut iaitu ikan Ketutu..

Setelah penat melayan ragutan ikan talapia, saya telah menukar lokasi balingan umpan saya dan akhirnya saya berjaya menaikkan seekor ikan patin. Bermula dari itu, joran saya sering disambar patin dan beberapa kali tali utama terputus (12 Ib)
Setelah bosan menjadi pemerhati dan  jurugambar saya menaikkan patin, akhirnya En.Razif berjaya menaikkan seekor ikan Rohu.

Inilah hasil keseluruhan ikan yang saya naikkan pada malam tersebut (tidak termasuk ikan talapia yang telah dilepaskan semula untuk generasi akan datang)

Inilah hasil keseluruhan tangkapan kami pada malam tersebut dan secara keseluruhannya trip kali ini amat memuaskan.

Duri Kuantan & Sebarau Bentong

Seminggu sebelum puasa saya dan 2 orang sahabat telah pergi ke Kuantan atas urusan kerja...Memang telah menjadi lumrah kepada kebanyakan kaki pancing, Joran sentiasa  di sisi, begitu juga dengan saya, kemana sahaja saya pergi, joran haruslah dibawa bersama. Pada sebelah malam kami telah mengambil kesempatan untuk memancing di Tanjung Lumpur. Kebetulan semasa kami sampai di lokasi memancing air  tengah surut, jadi peratusan untuk mendapatkan ikan agak rendah...

Setelah menunggu hampir satu jam dan beberapa kali mata tersangkut di dasar sungai, akhirnya saya berjaya menaikan seekor ikan duri..

Kemudian diikuti dengan Sham, juga manaikan ikan duri..Malam tu cuma ikan duri sahaja yang tertarik dengan umpan kami...mungkin malam tu malam ikan duri se Kuantan....

Keesokan harinya kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..Dalam perjalanan  kami singgah di Bentong untuk merehatkan diri di tepi sebatang anak sungai..Sedang kami menghirup udara segar dan diulik angin sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba saya ternampak sekumpulan ikan bermain dipermukaan air. Maka timbulah persoalan dibenak fikiran saya, ikan apakah itu, didorong perasaan ingin tahu saya pun pergi melihat..rupa-rupanya sekumpulan ikan sebarau tengah bergurau senda...saya terus pergi  mengambil joran...saya mulakan dengan teknik casting, tetapi tidak berjaya memikat seekor sebarau pun..saya hampir kehilangan idea teknik apakah lagi ingin digunakan, umpan pun xder sebab tak rancang nak memancing semasa perjalanan balik..tiba-tiba kami ternampak belalang, kami cuba menggunakan belalang sebagai umpan..selang beberapa minit seekor sebarau menyambar umpan belalang dan akhirnya sebarau tersebut berjaya di naikkan...selepas sesi bergambar, sebarau tadi dilepaskan semula untuk generasi akan datang..

Bukit Changgang, Banting (Sg. Langat)


Pada 22 Julai 2011 saya telah menerima panggilan dari  seorang sahabat lama iaitu Indra. Beliau mengajak saya  memancing bersama-samanya pada 23 Julai 2011 di sungai langat, Bukit Changgang. Saya berasa tidak keruan sama ada ingin menemaninya atau tidak, sebab pada trikh tersebut saya mempunyai aktivi lain. Tetapi atas dasar persahabatan saya telah memenuhi kehendak beliau...
Tepat jam 8.00 pagi saya telah sampai kelokasi, Indra telah menunggu saya dengan penuh senyuman. Rupa-rupanya senyuman tersebut ada makna, maknanya ialah beliau telah mendapat 2 ekor ikan lampam. Sebenarnya beliau telah sampai lebih awal daripada yang dijanjikan..







Lampam
 Lampam ketiga yang dinaikan oleh Indra sedangkan saya masih memasag perambut (sebab putus tersangkut pada tunggul di dasar sungai)










Salah satu teknik pemasangan umpan untuk lokasi sungai yang berarus deras. Dengan teknik ini roti yang di pasang tidak akan tercabut dari mata kail. Tetapi teknik ini mempunyai kelemahannya, iaitu apabila perambut tersangkut pada tunggul, kesemua mata akan turut terputus.

Hasil yang diperolehi setelah jam meninjukkan  2.00 petang. Indra telah bersiap sedia untuk pulang tetapi saya masih setia menunggu sebab saya tahu saya akan mendapat hasilnya nanti.











Berkat daripada kesabaran menunggu di tengah panas mentari, akhirnya
saya berjaya menaikan seekor lagi ikan Lampam.
Ini lah hasil keseluruhan tangkapan yang saya perolehi dari jam 2.00 ptg hingga jam 4.30 ptg (Yang pagi punya Indra dah bawa balik) Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan trip memancing kali ini..