Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Bukit Changgang, Banting (Sg. Langat)


Pada 22 Julai 2011 saya telah menerima panggilan dari  seorang sahabat lama iaitu Indra. Beliau mengajak saya  memancing bersama-samanya pada 23 Julai 2011 di sungai langat, Bukit Changgang. Saya berasa tidak keruan sama ada ingin menemaninya atau tidak, sebab pada trikh tersebut saya mempunyai aktivi lain. Tetapi atas dasar persahabatan saya telah memenuhi kehendak beliau...
Tepat jam 8.00 pagi saya telah sampai kelokasi, Indra telah menunggu saya dengan penuh senyuman. Rupa-rupanya senyuman tersebut ada makna, maknanya ialah beliau telah mendapat 2 ekor ikan lampam. Sebenarnya beliau telah sampai lebih awal daripada yang dijanjikan..







Lampam
 Lampam ketiga yang dinaikan oleh Indra sedangkan saya masih memasag perambut (sebab putus tersangkut pada tunggul di dasar sungai)










Salah satu teknik pemasangan umpan untuk lokasi sungai yang berarus deras. Dengan teknik ini roti yang di pasang tidak akan tercabut dari mata kail. Tetapi teknik ini mempunyai kelemahannya, iaitu apabila perambut tersangkut pada tunggul, kesemua mata akan turut terputus.

Hasil yang diperolehi setelah jam meninjukkan  2.00 petang. Indra telah bersiap sedia untuk pulang tetapi saya masih setia menunggu sebab saya tahu saya akan mendapat hasilnya nanti.











Berkat daripada kesabaran menunggu di tengah panas mentari, akhirnya
saya berjaya menaikan seekor lagi ikan Lampam.
Ini lah hasil keseluruhan tangkapan yang saya perolehi dari jam 2.00 ptg hingga jam 4.30 ptg (Yang pagi punya Indra dah bawa balik) Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan trip memancing kali ini..

6 ulasan:

  1. citt...mancin lampam x ajak kawan pun...

    BalasPadam
  2. aku rasa tempat 2 mmg lubuk lampam dgn udang la.

    BalasPadam
  3. srang bila blk bting je mesti aku sggah pancing. buang gian.. huhuhu.. ikan lampam ari 2 mertua aku siap buat pkasam..

    BalasPadam
  4. Anonymous 2 August 2011 : Nanti lain kali kita gi sekali...k

    BalasPadam
  5. Indra: Bila nak bagi aku ikan pekasam....

    BalasPadam
  6. nanti aku tanya mak mentua aku ada lg tak pkasam 2. rasanye x mkn lg. indra..

    BalasPadam