Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam HM Resort, Putrajaya.

Pada 19 Ogos 2011 (jumaat) saya telah merancang satu trip memancing di kolam HM Resort, Pinggiran Putra, Putrajaya. Saya telah mengajak seorang kawan saya iaitu En.Razif untuk bersama-sama saya memancing. Kami merancang untuk memancing selepas solat tarawih. Ada orang mengatakan "sediakan senjata sebelum berperang". Jadi kalau nak memancing "sediakan umpan sebelum memancing". Oleh yang demikian pada sebelah petang, saya telah menyediakan umpan yang bakal  digunakan pada malam nanti.


 Antara ramuan yang telah dikisar.

 Perisa pisang salah satu ramuan dalam resepi khas  saya tersebut.

Roti juga telah dipotong kecil-kecil untuk dijadikan umpan pada malam nanti

 Ikan pertama yang saya dapat pada malam tersebut

Ikan kedua yang saya dapat, spesies ikan yang sama juga meragut umpan saya untuk kali ketiga dan kali yang keseterusnya..
Setelah lama kesepian dan kesejukan akhirnya En.Razif berjaya juga menaikan ikan yang paling mahal dalam kolam tersebut iaitu ikan Ketutu..

Setelah penat melayan ragutan ikan talapia, saya telah menukar lokasi balingan umpan saya dan akhirnya saya berjaya menaikkan seekor ikan patin. Bermula dari itu, joran saya sering disambar patin dan beberapa kali tali utama terputus (12 Ib)
Setelah bosan menjadi pemerhati dan  jurugambar saya menaikkan patin, akhirnya En.Razif berjaya menaikkan seekor ikan Rohu.

Inilah hasil keseluruhan ikan yang saya naikkan pada malam tersebut (tidak termasuk ikan talapia yang telah dilepaskan semula untuk generasi akan datang)

Inilah hasil keseluruhan tangkapan kami pada malam tersebut dan secara keseluruhannya trip kali ini amat memuaskan.

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    Fhuyoo banyak jugak dapat ikan bro,, yang saya ni lansung bangau tak bawa ikan sekor pun balik umah,,
    Lepas raya ni kalau nak mancing boleh lah kita Komplot skali, amacammmm ????...
    Pak Djoe..

    BalasPadam
  2. Salam joranbiru,
    wahh menarik ikan tu..byk betul..syokk giler dpt tarik patin..hehe

    BalasPadam
  3. waalaikummusalam...Ni Pak Djoe yg sembang dengan saya masa kat kolam ari tu ya..Alhamdulillah sebaik saja saya tukar lokasi balingan, baru lah dapat ikan patin, kalau tak ikan talapia aje yg makan umpan...ok lepas raya kita komplot mancing sekali....

    BalasPadam
  4. Pak Djo said...
    Yop bro ambo pak Djoe yang sembang masa mancen tu..
    pindak balingan blah maner plak lepas tu?.. and lagi satu apa resepi yang dalam blender tu ?.. adakah tempe, telor, santan, and mauripan?..

    BalasPadam
  5. Saya tukar baling umpan kat tengah2 kolam..Ramuan tu x leh bagi kat sini..nanti jumpa insyallah saya bagi tahu..heeee...

    BalasPadam
  6. laila kpas : Terima kasih kerana melayari laman blog saya. Syok jugak layan, tapi xdapat yang besar, kalau dapat yg besar lagi sedap layan...

    BalasPadam
  7. satu kebestan nan nyata..bila nak ngajak kawan mengumpau kat cni..keskeskes..mancing sampai pagi ke bro..

    BalasPadam
  8. Dewa Kumpau : Yap...mcm tak biasa pulak, Mancing sampai pagi laa..lepas raya nanti boleh lah mengumpau kat sini...

    BalasPadam
  9. Pak Djoe :
    Bila masa nak turun lagi bro ?..

    BalasPadam
  10. Pak Djoe : Tak planning lagi ler...lepas raya banyak jemputan open house, tak sempat nak mancing..huu..hu

    BalasPadam