Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Berkumpau di Bukit Antarabangsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...pada 4 September yang lepas saya telah pergi memancing di kolam Bukit Antarabangsa...Pada mulanya saya cuma merancang ingin memancing sorang2 jer, tiba-tiba terlintas difikiran saya, lebih baik saya mengajak Farid (administrator www.kumpauleaue.blogspot.com) untuk menemani saya memancing..

Mencari lokasi yang sesuai untuk membuat lontara

Pacu Pertama
Selang beberapa minit saya melontarkan umpan, tiba-tiba mesin Shimano Alivio saya berdesing kuat. Dan saya membalas tarikan tersebut dengan satu sentapan yang lembut dan bersopan santun...Maka  bermulalah aksi tarik menarik diantara saya dengan mangsa yang meragut umpan saya...akhirnya saya berjaya menaikkan seekor ikan pacu yang dianggarkan berat 1.++ kg

Pacu ke-2
Kemudia seekor lagi pacu menyambar umpan yang saya lontarkan....maka bermulalah aksi seperti aksi pertama, dan akhirnya seperti biasa saya berjaya menaikkan ikan tersebut.

Walaupun ketinggalan 2-0, berkat dari kesabaran beliau akhirnya Farid berjaya juga menaikkan seekor pacu...Kemdian beliau menaikkan seekor lagi pacu...kemudia beliau menaikkan seekor lagi dan seekor lagi dan seekor lagi, tetapi bukan pacu sebaliknya beliau berjaya menaikkan Kerapu lombong.(sila rujuk dalam blog rasmi beliau www.kumpauleague.blogspot.com untuk melihat gambar)



Sebaik sahaja Farid berjaya menaikkan pacu, maka bermulalah episod duka bagi saya. Beliau telah memindahkan  aura kumpau beliau kepada saya. Dan saya terus membangau sehingga akhir waktu, tetapi walaubagaimanapun saya tetap berfikiran positi dengan berposing menunjukkan isyarat bagus........

2 ulasan:

  1. tahniah bro.. macam sedap je main pacu..
    bila nak turun mancing lagi ??
    call-call lah ambo..
    mano lah tau buleh kito turun samo2..
    By: Pak Djoe..

    BalasPadam
  2. Pak Djoe: Boleh xder masalah..email kat saya no fon Pak Djoe (email kat rizal1842@gmail.com)
    insayallah kalau saya nak turun, saya call Pak Djoe....

    BalasPadam