Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo Siri 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...ini adalah trip yang dirancang bersama Farid semasa kami mengumpau di kolam Bukit Antarabangsa. Seperti yang dirancang pada 7 Sep 2011 saya dan Farid telah pergi menduga ikan-ikan di kolam Tow Foo,  Kundang..

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami sampai di kolam Tow Foo, saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan kolam tersebut...


Tampa menlengahkan masa Farid telah bersiap sedia untuk membancuh umpan dan memasang perambut...

Tetapi beliau tidak sedar yang  saya lebih advanced daripada beliau..Sebenarnya semasa beliau sibuk membancuh umpan, saya awal-awal lagi telah melontar joran dan hasilnya...

Lampam
Seekor Lampam atau nama saintifiknya Puntius gonionotus yang beratnya hampir 1 kg telah berjaya saya tumpaskan...haaaa..ha..

Pacu
Hasil daripada observation yang saya lakukan dan berdasarkan pengalaman, saya telah membuat keputusan untuk pindah ke satu port  yang strategik dan hasilnya seekor pacu telah meragut umpan saya. Dan bermulalah aksi pertarungan diantara saya dan pacu tersebut...


Kemudian umpan saya dijamah oleh si Lampam...sampai kebaslah tangan naikkan lampan, hinggakan tak terkira entah berapa banyak Lampam yang telah saya naikkan.

Patin

 Sedang asik dibelai angin sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba joran saya melentur bagaikan "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"  mesin menjerit bagaikan diserang histeria.....saya pun mengambil "langkah seribu" dan mencapai joran saya. Maka bermulalah pertarungan diantara saya dan penghuni kolam Tow Foo manakala  Farid menjadi saksi kepada pertarungan tersebut. Setelah hampir 8 minit bertarung barulah kelibat dan kilasan ikan tersebut kelihatan. Bak kata perpatah "Sekilas ikan di air dah tahu jantan bertinanya" tetapi sehingga bergambar pun saya masih tidak tahu jantina ikan tersebut, malahan sehingga kehari ini saya masih tidak tahu jantina ikan tersebut..haaa..


Kemudian seekor biawak telah mengganggu konsentrasi saya, mungkin sebenarnya tidur biawak tersebut telah terganggu disebabkan pertarungan antara saya dan patin tadi.

Pada sebelah malam Farid telah menunjukkan belangnya walaupun badan beliau tidak berbelang, beliau berjaya menaikkan seekor rohu yang beratnya hampir 4 kg.
Benang tersimpul

Saya masih seperti biasa,  menaikkan ikan Lampam dan farid seperti biasa juga menjadi saksi kepada aksi saya.. tiba-tiba lampam yang terkena kail saya melarikkan diri kearah tali pancing Farid. Maka terjadilah bak kata pepatah "bagai benang dicakar ayam"..
Lampam lagi.............
Dan Lampam lagi............................Secara keseluruhannya trip kali ini amat memuaskan, beberapa kali tali utama terputus disebabkan sentapan ganas penghuni kolam, joran pun boleh guna lebih kalau orang tak ramai..Memang best...

1 ulasan:

  1. As salam...Caya la bro Rizal, hampir 8 minit layan, cara layan pun profesional....Taniah.

    BalasPadam