Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Pertandingan Memancing Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Seperti mana yang telah di gembar - gemburkan di media, pada 25 September 2011 saya telah pergi ke Pertandingan Memancing Putrajaya, tetapi saya pergi bukan sebagai peserta sebaliknya sebagai pemerhati bebas...
Stage penyampaian hadiah

 Selain daripada pertandingan memancing, berbagai aktiviti sampingan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana...
Sistem mata pertandingan...kebanyakan peserta mendapat ikan Lampam (Puntius gonionotus) dan ikan Toman (Channa Micropeltes)

Lokasi Pertandingan

Booth alat - alat pancing

Pertandingan memancing udang harimau


Pertandingan memancing udang harimau

Aksi peserta pertandingan


Aksi peserta pertandingan

Aksi peserta pertandingan
Pelbagai aksi boleh disaksikan, ada yang seolah-olah baru first time memancing...nak lontar umpan pun tak reti...Ada yang memancing melepasi sempadan yang telah ditetapkan, ada yang memancing menggunakan lebih dari 1 joran..dan pelbagai lagi kerenah boleh disaksikan, bak kata pepatah "Banyak Udang Banyak Garam, Banyak Orang Banyak Ragam"...

Toman
Selain daripada Lampam, inilah spesis yang sering dinaikan oleh kebanyakkan peserta iaitu Toman...
Baung
Pemenang Pertandingan Memancing
En. Raziff Razab, 29 tahun telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memancing Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2011 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj).Beliau membawa naik ikan temoleh seberat 9.2 kilogram (kg) membawa pulang wang tunai RM 5,000, barangan elektrik dan hadiah sampingan.
N.Juara pula telah dinabatkan kepada En.Adnan Datau, yang membawa pulang RM3,000 manakala tempat ketiga Zazeli Ismail, 45, yang memancing ikan temoleh dan toman seberat 2.5kg dan 6.98kg.

Secara keseluruhannya,  pengajur berjaya mengganjurkan pertandingan ini dengan baik sekali, pelbagai aktiviti sampingan turut memeriahkan lagi suasana..Diharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan