Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Udang Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hari  hari raya Aidiladha yang lepas saya dan keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan, Perak...Pada hari ke-tiga Aidiladha bapa saudara  mengajak saya menemani beliau memancing udang...Ibarat "orang mengantuk disorong bantal" tanpa berfikir sejenak saya terus menjawap "ok jugak tu, lagipun dah lama tak memancing udang kat sini"......

Enjin 2.2 hp
Ini lah enjin yang kami gunakan 2.2 hp

Jeti
Ini adalah jeti dimana bapa saudara saya dan beberapa penduduk kampung menambat sampan mereka.

menghidupkan enjin
Otai sedang menghidupkan enjin, saya hanya duduk di depan sampan dan bertugas sebagai penarik sauh...
Sauh
Inilah sauh yang digunakan untuk menambat sampan, beratnya hampir 15 kg, kebas tangan sebab kena tarik sauh apabila ingin berpindah lubuk memancing yang lain...

Joran
Ini adalah teknik susunan joran yang saya gunakan, teknik ini sesuai digunakan apabila memancing diatas sampan yang kecil..
ikan Duri
Habuan pertama saya pada hari tersebut, udang yang diharapkan tetapi si Duri yang meragut umpan. Apa -apa pun rezeki jangan ditolak.

Joran
Tiba - tiba umpan saya diragut ganas, sah ini bukan lagak si sepit biru..

Duri


Rupa - rupanya si Duri punya angkara, tetapi kali ini saiznya agak besar.....


Udang
Kemudia barulah udang menunjukkan dirinya kebanyakkannya kami hanya mendapat 2 atau 3 ekor udang sahaja dalam satu lubuk..

Duri
Kemudian si Duri pula menjamah umpan...adakalanya sampai terangkat hujung joran apabila di sentap si Duri yang bersaiz agak kasar...

Buntal
Selain duri, Buntal juga tidak ketinggalan menjamah umpan, tetapi Buntal cuma menjamah umpan semasa air pasang sahaja...

Angin kencang

Sedang asik kami memancing udang tiba-tiba cuaca berubah, angin menjadi kencang dan diikuti dengan hujan yang lebat...air sungai menjadi bergelora...Bapa saudara  mengarahkan saya  menarik sauk secepat yang mungkin, kemungkinan sampan akan terbalik sekiranya sauh tidak ditarik dari dasar sungai...

Bumbung sampan yang rosak
Semasa saya menarik sauk, bumbung sampan telah musnah dilanda angin yang kencang, tetapi alhamdulillah kami tidak ditimpa sebarang kecelakaan....


Inilah hasinya, 3 ekor ikan Duri dan hampir 2 kg udang, tetapi udang kali ini tidak ada yang bersaiz mega. Salah satu faktonya ialah musim udang belum tiba dan air sungai sejuk disebabkan musim tengkujuh...

Kolam Tow Foo Siri 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada 29.10.11 satu lagi trip ke kolam Tow Foo telah dirancang, trip kali ini cuma saya dan Abang Din...Ini pun atas sebab Abang Din telah terpengaruh dengan gambar-gambar terlampau saya di kolam Tow Foo....Salah satu motif trip kali ini ialah  untuk membalas kekumpauan saya pada 26.10.11 yang lepas dan merupakan sesi sual kenal abang Din dengan kolam Tow Foo....

house boat
Kami sampai di kolam Tow Foo lebih kurang jam 10.00 pagi, pada masa tersebut kolam hanya diduga oleh beberapa pemancing, mungkin mereka mula memancing dari malam sebelumnya...

Suasana pagi yang tenang
Suasana pagi yang tenang di kolam Tow Foo..kadangkala diselangi dengan sijantan berkokok.....

Lampam

Saya telah mendapat lasen pada hari itu seawal 30 minit yang pertama, kemudia umpan saya acap kali diragut oleh si Lampam...
Lampam
Sementara saya asik melayan lampam, Abang Din berjaya menaikkan seekor lampam..itulah lasen pertama beliau pada hari ini dan secara tidak lansung juga merupakan ikan pertama beliau di kolam Tow Foo...

Aksi sedang bertarung
Tiba - tiba umpan abang Din diragut penghuni kolam, lagaknya bagaikan ragutan si Patin, maka bermulalah aksi pertarungan.....

tiba-tiba ikan bagaikan tidak berganjak..puas abang Din menarik joran, ikan masih ditempat yang sama...rupa-rupanya ikan telah tersangkut di pelepah  sawit...

Lampam
Setelah bertungkus lumus hampir setengah jam menebang pelepah sawit, akhirnya si Lampam berjaya  didaratkan. Kemudia umpan abang Din acap kali diragut si Lampam...
Pacu 2kg
Lebih kurang jam 11.30 pagi, joran saya direntap kuat, saya ingatkan angkara si Lampam , sebab sebelum ni semedang sahaja saya mendapat lampam...setelah 2 minit bertarung, akhirnya saya berjaya menaikkan seekor Pacu...
Pacu 2kg
kemudia pacu lagi...
Pacu 2.5kg
 pacu lagi...
Pacu 3 kg
dan lagi...
Pacu 3 kg

kemudia pacu lagi...
Pacu 3.2 kg
Dan  pacu lagi...Beberapa kali perambut saya putus angkara si Pacu, abang Din pun mengalami nasib yang sama. Secara keseluruhannya trip kali ini boleh dianggap berjaya.

Kolam Tow Foo Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada hari Deepavali yang lepas saya dan Farid telah berkomplot untuk memancing pada waktu malam di kolam Tow Foo...Trip kali ini disertai oleh 3 pemancing tegar termasuk saya, Farid dan abang Farid.

Pacu
Pada malam tersebut saya sampai lewat ke lokasi disebabkan masalah teknikal, sebaik sahaja saya sampai ke lokasi, Farid dengan banganya menunjukkan gambar yang beliau telah menewaskan seekor pacu..

Lee Koh
Kemudia beliau berjaya pula menaikkan seekor Lee Koh... Kemudia beliau berjaya menaikkan darah saya..heehe..sebab saya kumpau malam tu..

Lee Koh
Berdasarkan prinsip persahabatan Farid telah membenarkan saya untuk meminjam ikan beliau untuk saya berposing...lihat gambar disebelah, saya telah menggunakan teknik posing yang hampir sama dengan seorang pemancing profesional di Tasik Conningbrook, Britain.

Teknik Selimut Kalbu
 Setelah penat bergambar dan menjadi jurugambar untuk Farid, saya telah mempraktikkan satu teknik yang biasa digunakan oleh pemancing yang kumpau dimalam hari..teknik tersebut lebih dikenali sebagai "teknik selimut kalbu"...

Pagi yang tenang
 Sebelah pagi...suasana tenang dan kadang-kala diselangi dengan bunyi ayam yang berkokok..

 Ini lah set yang saya gunakan...Joran Pro Power digandingkan dengan mesin simano Alivio 2500 fb

Semasa saya mengambil gambar set joran saya...Farid telah menggunakan manderam beliau dan dicampur dengan air kolam..heee..



Patin
Dan hasilnya beliau berjaya menaikkan seekor ikan patin..ternyata manderam yang beliau gunakan berhasil..

Pacu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Pacu...

Rohu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Rohu...

Setelah jam 12.30 petang, Farid dan abangnya   pulang terlebih dahulu ..maka tinggalah saya keseorangan "Tiada kawan dan tiada lawan"...

Lampam
Jam telah menunjukkan pukul 1 petang...hari pun semakin panas, maka saya pun meninggalkan kolam Tow Foo dengan seribu kenangan...