Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada hari Deepavali yang lepas saya dan Farid telah berkomplot untuk memancing pada waktu malam di kolam Tow Foo...Trip kali ini disertai oleh 3 pemancing tegar termasuk saya, Farid dan abang Farid.

Pacu
Pada malam tersebut saya sampai lewat ke lokasi disebabkan masalah teknikal, sebaik sahaja saya sampai ke lokasi, Farid dengan banganya menunjukkan gambar yang beliau telah menewaskan seekor pacu..

Lee Koh
Kemudia beliau berjaya pula menaikkan seekor Lee Koh... Kemudia beliau berjaya menaikkan darah saya..heehe..sebab saya kumpau malam tu..

Lee Koh
Berdasarkan prinsip persahabatan Farid telah membenarkan saya untuk meminjam ikan beliau untuk saya berposing...lihat gambar disebelah, saya telah menggunakan teknik posing yang hampir sama dengan seorang pemancing profesional di Tasik Conningbrook, Britain.

Teknik Selimut Kalbu
 Setelah penat bergambar dan menjadi jurugambar untuk Farid, saya telah mempraktikkan satu teknik yang biasa digunakan oleh pemancing yang kumpau dimalam hari..teknik tersebut lebih dikenali sebagai "teknik selimut kalbu"...

Pagi yang tenang
 Sebelah pagi...suasana tenang dan kadang-kala diselangi dengan bunyi ayam yang berkokok..

 Ini lah set yang saya gunakan...Joran Pro Power digandingkan dengan mesin simano Alivio 2500 fb

Semasa saya mengambil gambar set joran saya...Farid telah menggunakan manderam beliau dan dicampur dengan air kolam..heee..



Patin
Dan hasilnya beliau berjaya menaikkan seekor ikan patin..ternyata manderam yang beliau gunakan berhasil..

Pacu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Pacu...

Rohu
Kemudia saya berjaya menaikkan seekor Rohu...

Setelah jam 12.30 petang, Farid dan abangnya   pulang terlebih dahulu ..maka tinggalah saya keseorangan "Tiada kawan dan tiada lawan"...

Lampam
Jam telah menunjukkan pukul 1 petang...hari pun semakin panas, maka saya pun meninggalkan kolam Tow Foo dengan seribu kenangan...

4 ulasan:

  1. boleh masuk liga kumpau...dah qualify dah tu...heheh...bila nak repit..

    BalasPadam
  2. Sekarang ni line x clear...bulan depan le repeat..

    BalasPadam
  3. besar punyee!! sngah dulu blog shimano.com
    http://arjuna512.blogspot.com/2012/08/shimano-tetap-pilihan-pemburu-kelah.html

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam