Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Udang Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hari  hari raya Aidiladha yang lepas saya dan keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan, Perak...Pada hari ke-tiga Aidiladha bapa saudara  mengajak saya menemani beliau memancing udang...Ibarat "orang mengantuk disorong bantal" tanpa berfikir sejenak saya terus menjawap "ok jugak tu, lagipun dah lama tak memancing udang kat sini"......

Enjin 2.2 hp
Ini lah enjin yang kami gunakan 2.2 hp

Jeti
Ini adalah jeti dimana bapa saudara saya dan beberapa penduduk kampung menambat sampan mereka.

menghidupkan enjin
Otai sedang menghidupkan enjin, saya hanya duduk di depan sampan dan bertugas sebagai penarik sauh...
Sauh
Inilah sauh yang digunakan untuk menambat sampan, beratnya hampir 15 kg, kebas tangan sebab kena tarik sauh apabila ingin berpindah lubuk memancing yang lain...

Joran
Ini adalah teknik susunan joran yang saya gunakan, teknik ini sesuai digunakan apabila memancing diatas sampan yang kecil..
ikan Duri
Habuan pertama saya pada hari tersebut, udang yang diharapkan tetapi si Duri yang meragut umpan. Apa -apa pun rezeki jangan ditolak.

Joran
Tiba - tiba umpan saya diragut ganas, sah ini bukan lagak si sepit biru..

Duri


Rupa - rupanya si Duri punya angkara, tetapi kali ini saiznya agak besar.....


Udang
Kemudia barulah udang menunjukkan dirinya kebanyakkannya kami hanya mendapat 2 atau 3 ekor udang sahaja dalam satu lubuk..

Duri
Kemudian si Duri pula menjamah umpan...adakalanya sampai terangkat hujung joran apabila di sentap si Duri yang bersaiz agak kasar...

Buntal
Selain duri, Buntal juga tidak ketinggalan menjamah umpan, tetapi Buntal cuma menjamah umpan semasa air pasang sahaja...

Angin kencang

Sedang asik kami memancing udang tiba-tiba cuaca berubah, angin menjadi kencang dan diikuti dengan hujan yang lebat...air sungai menjadi bergelora...Bapa saudara  mengarahkan saya  menarik sauk secepat yang mungkin, kemungkinan sampan akan terbalik sekiranya sauh tidak ditarik dari dasar sungai...

Bumbung sampan yang rosak
Semasa saya menarik sauk, bumbung sampan telah musnah dilanda angin yang kencang, tetapi alhamdulillah kami tidak ditimpa sebarang kecelakaan....


Inilah hasinya, 3 ekor ikan Duri dan hampir 2 kg udang, tetapi udang kali ini tidak ada yang bersaiz mega. Salah satu faktonya ialah musim udang belum tiba dan air sungai sejuk disebabkan musim tengkujuh...

3 ulasan:

  1. Memancing udang dikala musim tengkujuh, hanya otai yang mampu melakukannya..caya la Bro...

    BalasPadam
  2. lagi otai klu mancing batang bejuntai waktu cmni...pastu kena lak nasi ayam...perh!!..kenangan terindah...kehkehkeh...

    BalasPadam
  3. Betul tu..pekena nasi ayam, lepas tu pagi2 semua sakit perut...haaa..hampehh...

    BalasPadam