Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

MENENTUKAN BERAT IKAN JIKA TIADA ALAT PENIMBANG

MENENTUKAN BERAT IKAN JIKA TIADA ALAT PENIMBANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...kebanyakan kaki pancing pernah mengalami situasi seperti ini.. Bila nak timbang berat ikan, baru perasan yang penimbang tertinggal...Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mempratikan teknik ini... caranya ialah dengan mengambil ukura-ukuran tertentu pada bahagian ikan dan masukan nilainya kedalam fomular seperti dibawah:


Tetapi teknik ini tidak sesuai untuk ikan yang mempunyai bentuk yang panjang, contonya ikan keli, belut dan sebagainya. Teknik ini juga tidak sesuai untuk menentukan berat ikan Sebelah, ikan Pari, Pari2, En. Pariapan ataupun ikan masin...Sekian selamat mencuba..


Empangan Batu Ulu Yam

Assalamualaikum dan salam sejahtera... setelah hampir sebulan  menyepi tanpa sebarang aktiviti memancing. Pada 11 Disember 2011 saya telah kembali kearena memancing tanah air. Sebagai permulaan trip saya kali ini, saya terlebih dahulu pergi ke pasar borong Selayang bagi mendapatkan ikan keli. Ini kerana target saya pada hari ini ialah spesis yang sering menghantui perairan empangan Batu...

Pasar Borong Selayang
Toman
 Inilah target saya.....Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes....


Empangan Ulu Yam
Suasana pagi yang tenang.... kadang-kala kelihatan percikan air ditengah empangan, mungkin ikan spesis permangsa sedang memburu mangsanya ataupun ikan yang besar sedang mengambil nafas...


Kayak
Tiba - tiba saya ternampak sebuah kayak...maka terlintaslah difikiran saya satu idea yang bernas (atau gila), mungkin saya boleh berkayak dan melepaskan umpan di tengah empangan...

Kayak

Berkaya ditengah Empangan
Maka, saya memperatikkan idea saya yang bernas tadi...saya berjaya melepaskan umpan saya ditengah empangan....

Tilapia
Setelah hampir 4 jam menunggu....umpan keli saya masih belum diragut si Toman... maka terpaksalah saya menukar target saya, daripada memancing Toman kepada memancing Tilapia...

Tilapia
Nampaknya target saya  memancing tilapia berjaya, dalam masa 1 jam sahaja saya berjaya menaikkan 6 ekor ikan Talapia merah...walaupun saya tidak  mendapatkan seekor pun ikan toman, saya tetap berpuas hati kerana berjaya mengelakkan diri daripada menjadi "bangau" di empangan Batu Ulu Yam..