Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Ikan Sungai Pahang (Temerloh)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua pembaca. Baru-baru ini saya telah  pergi ke  Temerloh. Seperti yang diketahui Temerloh adalah syurga untuk peminat ikan Patin...terdapat beratus pengusaha ikan sangkar disepanjang sungai Temerloh. Temerloh juga syurga untuk pemancing ikan air tawar, oleh yang demikian saya juga ingin menduga penghuni sungai Pahang...

Perjalanan ke Temerloh
Ternakan Ikan Sangkar
Oleh kerana ini adalah kali pertama saya ke Temerloh, maka saya terpaksa meminta bantuan dari penduduk tempatan....saya pun meronda mengikuti jalan dipersisiran sungai Pahang menghala ke Teriang... tiba-tiba sampai di Kg Pangsenam saya ternampak papan tanda "Ikan Sangkar" maka saya pun  singgah di situ..konon-kononnya nak beli ikan laa..tapi sebenarnya nak korek rahsia kat mana lubuk memancing yang best kat Temerloh ni...

Ikan Tilapia dan Patin sangkar

Sangkar untuk Patin
 Melawat sangkar ikan Patin, Tilapia, Krai dan Baung......
Sangkar untuk Patin dan Tilapia
Terdapat hampir 60 sangkar ikan Patin, Tilapia, Krai dan Baung
Tilapia
Sambil melawat sangkar tu saya pun tanyalah lubuk-lubuk best kat Temerloh. Pekerja sangkar tu memang peramah, beliau telah memberi tahu dimana antara lubuk-lubuk yang best kat Temerloh ni, sambil tu saya telah membluetooth koleksi gambar ikan yang pernah beliau dapat di lubuk tersebut....

Kaloi

Belida

Patin Buah

Ikan Lais


Pelbagai spesis ikan sungai Pahang

Kenarak
Temelian


Ini lah pekerja sangkar yang saya maksudkan tadi, beliau lebih mersa dengan panggilan Along. Walaupun hanya baru beberapa jam  beliau mengenali saya, beliau telah banyak berkongsi ilmu memancing dengan saya....Tetapi menurut beliau, sekarang ni bukanlah masa yang sesuai untuk memancing ikan, maka beliau menasihatkan saya supaya memancing udang aje laa....

Patin masak tempoyak
Setelah penat berjalan dan melawat sangkar ternakan ikan Patin, Tilapia, Krai & Baung, akhirnya saya mengalas perut saya dengan masakan yang popular di Temerloh...Apa lagi " Patin masak tempoyak"..

12 ulasan:

  1. Ni hari pertama, aku tak mancing. Cuma jalan-jalan N korek tips dari penduduk tempatan...heee..hee

    BalasPadam
  2. datan t4 aku le.... kat kuala kerdau.... baru tau ikan punya besar... he he.... datang ke sutchiagro sdn bhd...

    BalasPadam
  3. datan t4 aku le.... kat kuala kerdau.... baru tau ikan punya besar... he he.... datang ke sutchiagro sdn bhd...

    BalasPadam
  4. insyaallah Sutchi Agro.. kalau ada kelapangan saya datang..

    BalasPadam
  5. Bagi saya..di sniew jualan agak mahal..wlaupun bnyak pilihan..lbih baik tuan beli di area temerloh sangkar kepunyaan mat amin.bliau lagi expert selok belok sg pahang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih farith semari. Saya pun dah lama tidak turun memancing di Temerloh. Insyaallah ada masa saya akan cari sangkar kepunyaan Mat Amin.

      Padam
    2. Sama2..snang erti kata,sg pahang ni mmg kaya ngan spesis eksotik..slamat memancing

      Padam
  6. assalamau alaikum, ambo nok minta tolong dapatkan no tel. agen pancing / chalet terapung temerloh. sebab ambo nok bawa kawan2 ambo memancing udang di sungai temerlon. sebab demo ni teliur nengok dalam majlah tv3.
    minta totlong ya

    BalasPadam
  7. Sepa ada grup wasap atau telegram memancing ikan patin .. Masukkan sya dalam tu ek. Tq

    BalasPadam
  8. Ikan bergahak tu bang bukan ikan lais... Kalo tak silap ikan tu ade dalam sg phg je...

    BalasPadam
  9. Boleh share sikit umpan ape untuk mancing patin sungai temerloh...

    BalasPadam