Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Rumah Api Morib

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 13 Januari 2012 yang lepas saya telah mengikuti satu trip ke rumah api Morib, Selangor. Trip kali ini disertai 9 pemancing dan ini merupakan kali pertama saya memancing di rumah api..

Jadual Pasang Surut
Sebagai persediaan awal saya terlebih dahulu menyemak jadual pasang surut yang dikeluarkan oleh  Jabatan Meteorologi Malaysia...

Tekong Pak Dollah
Sebaik sampai di jeti, pak Dollah tekong bot telah menunggu kami...

Gaya seorang pemancing profesional
Nama beliau ialah Azri, salah seorang dari ahli trip kali ini... beliau telah bertekad untuk menaikkan seekor pari gergasi dalam trip kali ini, sebab tu la beliau membawa banyak joran, takut joran patah bila bertarung dengan pari nanti.....

Angkut barang ke Boat
Boat Pak Dollah
Rumah Api Morib
Ini lah rumah api Morib.....cuba tengok dalam gambar, Azri duduk paling depan sekali dalam boat, maklumlah tak sabar nak naikkan pari la katakan...

Rumah Api Morib

Rumah Api Morib
Sebaik saja sampai, halangan pertama yang harus dihadapi oleh pemancing ialah memanjat tangga...halangan ini seolah-olah halangan  yang sering dilalui oleh komando semasa latihan...hanya pemancing yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi sahaja berjaya melepasi halangan ini...

Rumah Api Morib
Sebaik sahaja sampai diatas rumah api, halangan kedua pula menunggu...tetapi halangan kali ini hanya untuk Azri, sebab halangan ini hanya untuk pemancing yang bertekat untuk menaikkan pari...Halangan ini lebih dikenali sebagai halangan " Menyapu Batu" ianya adalah untuk menguatkan otot-otot tangan dan otot pinggang...
Umpan Udang Hidup
Ini adalah umpan yang digunakan dalam trip kali ini...

5 in 1
Sedang kami semua leka melihat Azri menempuh halangan " Menyapu Batu" salah seorang dari ahli trip (Mat John) telah terlebih dahulu melabuhkan 5 umpan...sambil membelakangkan kami, beliau telah menggunakan manderam "kuda laut"
Kerapu Mat John
 Dan ini lah hasilnya, seekor kerapu telah berjaya beliau tewaskan.....

Kerapu Prince Assad
Kemudia tanpa disedari Kerapu Mat John telah dirampas oleh salah seorang ahli trip, maka bermula adengan bergambar bersama Kerapu.....

Kerapu Azri
 kemudian kerapu tersebut dirampas pula oleh Azri....sekali lagi adengan bergambar dilakukan....

Teknik Mengelamun Peringkat ke-3
Disebabkan kecewa kerana tidak berjaya merampas kerapu daripada Azri, salah seorang ahli trip (Mazly) telah berbaring sambil mengelamun...mungkin beliau tengah memikirkan bagaimanakah caranya ingin merampas kerapu yang masih di tangan Azri...

Ikan ?
Tiba-tiba joran saya melentur bagaikan "Melentur buluh biar dari rebungnya"...saya pun membalas lenturuan tersebut dengan satu rentapan yang penuh gaya...akhirnya saya berjaya menaikkan seekor ikan yang saya sendiri tidak tahu  spesisnya...

Hasil Tangkapan
Secara keseluruhannya hasil tangkapan trip kali ini tidaklah memberangsangkan, mungkin disebabkan faktor air yang agak tidak sesuai...Tetapi sebagai seorang pemancing tegar, itu semua bukanlah halangan...mungkin lain kali kami akan memperolehi hasil yang lebih baik...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment