Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Udang Sungai Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 23.1.2011 iaitu pada tahun baru cina, saya dah keluarga telah balik ke kampung di Teluk Intan. Seperti tahun-tahun yang lepas, setiap kali balik ke Teluk Intan saya tidak akan melepaskan peluang memancing udang di sungai Perak...

Menara Condong Teluk Intan
Bergambar kenangan berlatar belakangkan menara condong Teluk Intan.. Menara Condong ni terletak disuatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar. ketinggiannya  85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Sekali pandang nampak macam lapan tingkat, tapi sebenarnya cuma tiga tingkat jer.. Manakala sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat...

Persediaan sebelum memancing
Persiapan sebelum memancing udang...tali utama terpaksa di tukar dengan tali jenis braided, ini untuk mengelakkan tali putus digigit si buntal...

Mencari Lubuk

Mencari lubuk untuk memancing udang...

Lubuk Udang
Lubuk pertama.....tetapi hampeh, sekor pun tak dapat...

Menjaring Udang

Kemudia segala persoalan kenapa tak dapat udang terjawab...Hasil dari siasatan yang yang dijalankan, rupa-rupanya dah hampir sebulan penduduk tempatan memasang jaring (atau dalam bahasa tempatan lebih dikenali sebagai Memelat) disepanjang lubuk udang...

Mengutip udang
Penduduk tempatan mengutip udang hasil dari jaring yang dipasang ..

Udang pertama

Setelah puas bertukar lubuk...akhirnya saya berjaya manaikkan seekor udang... kemudia diikuti dengan beberapa ekor udang, kemudian udang lagi dan lagi..tapi saiz kecil jer...

Hasil tangkapan
Ini lah hasinya 10 ekor udang...

Udang goreng
Dan ini lah hasilnya selepas di goreng....sedap....Secara keseluruhannya trip kali ini  kurang memberangsangkan...terlalu banyak orang yang memancing udang dan terdapat beberapa penduduk tempatan yang memasang jaring... Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dengan trip kali ini..


1 ulasan:

  1. salam...bro,kalau bleh lepas ni,dapat udang betina yang ade telur tu lepaskanlah supaya ia boleh membiak.bukan ape,untuk kite jugak di kemudian hari...

    BalasPadam