Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo (Analisis Kekerapan Patin Memakan Umpan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pada 16 Mac 2012 satu komplot ke Tow Foo telah dilakukan, komplot kali ini lebih kepada mengumpul data untuk analisis "Kekerapan Patin Memakan Umpan di Kolam Tow Foo". Macam biasa partner aku semestinya Farid. Sumbangan beliau amat tinggi pada komplot kali ini, sebab beliau akan membantu aku dari segi mendaratkan ikan dan menangkap gambar sebagai bahan dalam analisis kali ini..

Service Mesin
Sebelum komplot ini dilakukan, aku  terlebih dahulu membuat persediaan, diantaranya ialah service mesin. Ini adalah amat penting kerana komplot kali ini akan dilakukan pada waktu malam dan aku tidak menggunakan loceng, Maka bunyi mesin yang kuat (bunyi katak) adalah amat penting sebagai signal bahawa umpan telah diragut ikan...

Alat menimbang dan mengukur yang digunakan
Untuk mendapat data yang tepat , alat menimbang dan mengukur yang  baik haruslah digunakan..

Patin Pertama
Patin pertama
lkan patin pertama diperolehi dalam lingkungan jam 2.00 pagi

Kemudia aku menaikan ikan Selat... namun ikan ini bukanlah sampel yang aku perlukan..maka ianya tidak termasuk dalam analisis kali ini..

Patin ke-2

Patin ke-2
Patin kedua, diperolehi pada jam 5.30 pagi...

Patin ke-3
Patin ke-3
1 jam 20 minit selepas itu aku memperolehi patin ke-3 pula, beratnya ialah  4.00 kg..

Patin ke-4
Patin ke-4
Manakala patin ke-4 diperolehi pada jam 9.00 pagi..

Patin ke-5
 Dan patin terakhir diperolehi pada jam 10.30 pagi..

Hasil daripada graf diatas didapati 62.5 % ikan patin memakan umpan pada sebelah malam diantara jam 2.00 am hingga jam 7.00 am. Selebihnya 37.5% ikan patin memakan umpan diantara jam 8.00 am hingga jam 10.30 am. Dari graf juga didapati pada sebelah malam ikan lebih kerap memakan umpan pada ZON 1, ZON 4 dan ZON 2 dimana ketiga-tiga zon ini mewakili 62.5% jumlah keseluruhan kekerapan patin memakan umpan.

Dari segi berat pula purata ikan yang berjaya ditewaskan adalah 4.905 kg. Mengikut survey dan maklumbalas dari beberapa pemancing otai di sini, purata berat ikan patin yang berjaya mereka tewaskan adalah diantara 8.00 kg - 11.00 kg. Namun mungkin beberapa faktor penting harus dipertimbangkan diantaranya ialah:
  • Umpan
  • lokasi
  • Masa
  • Cuaca
  • dll
 Dengan adanya analisis ini, aku percaya peluang untuk mendapat patin pada masa akan datang adalah lebih cerah di kolam Tow Foo.

1 ulasan: