Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo Siri 3 (Analisis Kekerapan Pacu Memakan Umpan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada 3 Mac 2012 satu lagi trip ke Tow Foo telah dilaksanakan, macam biasa partner aku semestinya Farid. Trip kali ini agak berbeza dengan trip-trip yang lepas. Ini kerana pada trip kali ini aku akan membuat satu analisis kekerapan ikan pacu memakan umpan di kolam Tow Foo...

Pagi yang tenang
Untuk mendapatkan data analisis yang berkualiti, kami haruslah mendapat tempat memancing yang sesuai. Oleh yang demikian kami telah sampai di kolam Tow Foo pada sebelah malamnya lagi, ini adalah sebagai persediaan  awal bagi mendapatkan tempat yang strategik, kalau sampai lewat macam mana nak dapat port yang terbaik. Pada awal keesokan paginya kami telah bersedia untuk bertarung dengan penghuni kolam Tow Foo.. sampel analisis diambil dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang...

Pacu 2 kg
Sampel pertama aku .... seekor pacu yang beratnya 2 kg berjaya di tawan pada jam 8.30 pagi.

Pacu 1.5 kg
Kemudia diikuti dengan pacu 1.5 kg

Pacu 1.8 kg
Seterunya pacu 1.8 kg

Pacu 2 kg
Ini adalah pacu terakhir untuk sesi pagi, dimana selepas jam 12.00 t/hari kekerapan ikan memakan umpan semakin berkurangan. Ini adalah disebabkan cuaca yang semakin panas...

Pacu 2 kg
Sampel pertama untuk sesi petang diperolehi pada jam lebih kurang 4.00 petang, kemudia diikuti dengan 2 ekor lagi pacu yang berjaya ditewaskan..

Pacu 2.5 kg

Pacu 1.5 kg


Zon Kekerapan pacu memakan umpan

Statistik
Sehingga ke petang joran aku masih diasak si Pacu, adakalanya pacu berjaya melepaskan diri disebabkan perambut yang terputus semasa pertarungan...setelah mendapat sampel yang cukup maka aku telah membuat satu graf yang menunjukan kekerapan ikan pacu memakan umpan.

Sampel data dikumpul dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang pada tarikh 3 Mac 2012. Bedasarkan graf dan gambarajah zon kekerapan pacu memakan umpan didapati 57% pacu memakan umpan pada sebelah pagi iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari diantara zon 1, zon 2 dan zon 6. Manakala 43% pacu memakan umpan pada sebelah petang iaitu diantara jam 4.00 ptg hingga 6.00 ptg di zon 3, zon 4 dan zon 5. Manakala jika dilihat dari segi berat pula, pacu yang besar lebih kerap memakan umpan pada sebelah petang. Secara dasarnya aku masih tidak dapat membuat kesimpulan mengapa pacu lebih kerap memakan umpan pada sebelah pagi dan mengapa pacu yang besar lebih kerap memakan umpan pada sebelah petang.Walaubagaimanapun dengan adanya analisis ini, ianya dapat membantu aku menentukan masa yang paling sesuai untuk memancing pacu di kolam Tow foo..


2 ulasan:

  1. saya mohon untuk resepi umpan pacu yg berkesan...byk dah try tp tak jadi la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya Pacu ni spesies yang makan apa saja umpan..
      Antara umpan yang pernah saya guna ialah:
      i) Dedak
      ii) Cacing
      iii) Roti
      iv) Isi ayam
      v) Hati ayam
      vi) Potongan ikan(ikan sardin)
      vii) Anak ikan(ikan tilapia,lampam, anak ikan kap dan pin-pin.
      viii) Buah keras

      *Biasanya kita memancing ikan pacu ni dekat kolam. "Lain kolam lain caranya", cubalah umpan2 yg saya senaraikan diatas insya Allah pasti ada yang berjaya menarik selera sipacu.

      *Sesetengah kolam kebiasannya ikan ni makan apa yang ada dihabitatnya(Apa yg ada kat dlm kolam tu). Kalau kat kolam tu ada banyak anak ikan, cubalah guna anak ikan sebagai umpan, biasannya Pacu yang bersaiz mega menjadikan anak ikan sebagai menu utamanya. selamat mencuba...


      Padam