Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kolam Tow Foo Siri2

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada 29 Februari 2012 satu lagi trip ke kolam Tow Foo telah dilaksanakan... macam biasalah partner saya semestinya Farid... Apa nak buat..., beliau masih belum membocorkan rahsia kumpau beliau, terpaksa lah ajak beliau mancing sekali...manalah tau tengah leka borak masa nak tunggu ikan menyentap umpan beliau terlepas cakap  rahsia kumpau beliau...boleh saya gunakan rahsia tu untuk saya pulak...

Pemasangan Tali utama yang baru
Sebelum turun ke Tow Foo saya telah terlebih dahulu menukar tali utama saya ke tali jenis braided berkekuatan 40 lb.. ini untuk menggelakan tali terputus semasa aksi pertarungan.. Tak sanggup dikecewakan lagi..

Mendayung sampan
Kebetulan sebaik sahaja kami sampai di pondok, terdapat sebuah sampan, maka saya pun mendayung sampan tersebut untuk memancing di hujung kolam...

Tangkapan Pertama

Ini lah tangkapan pertama pada malam tersebut, seekor Lampam dan diikuti dengan seekor Pacu...

Mentari terbit di ufuk timur
Permandangan yang indah....suasana yang sungguh tenang dan diselanggi dengan sijantan yang berkokok..

Saya masih menunggu sentapan pertama untuk pagi tersebut...

Akhirnya seekor Lampam yang beratnya hampir 1 kg tewas pada pagi tersebut..


Setelah penat mendayung, akhirnya saya telah berpindah ke pondok tempat Farid melepak...saya telah menggunakan teknik terbaru yang lebih dikenali sebagai "Teknik menggantung Joran"..

Dan hasinya seekor pacu yang beratnya hampir 2 kg tewas ditanggan saya..

Kemudia Farid pula berjaya mendaratkkan seekor pacu...

Ini lah dia dari pandangan hadapan, pacu yang Farid tumpaskan tadi..


Sedang kami rancak berborak, sebaik sahaja Farid ingin membuka rahsia kumpau beliau..tiba- tiba joran Farid menjerit bagaikan dirasuk histeria... Maka dengan pantas beliau menyentap joran....maka bermulalah aksi pertarungan diantara Farid dan siperagut umpan....akhirnya beliau berjaya mendaratkan seekor patin dan beliau terlupa dengan topik kumpau beliau tadi...maka rahsia kumpau beliau masih tetap menjadi misteri....


Kemudia joran saya pulak yang menjerit...mungkin terpengaruh dengan histeria yang dialami oleh joran Farid (sebab orang kata histeria ni boleh menjankit).. maka saya pun membuat satu sentapan yang lemah lembut tetapi tegas dan bergaya.. akhirnya seekor patin tumpas ditangan saya...

Secara keseluruhannya trip kali ini amat memberangsangkan...joran kami acap kali diragut umpanya, cuma nasib tidak menyembelahi kami, sebab ikan berjaya melepaskan diri...

1 ulasan: