Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fishing Bay Resort, Mersing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada awal bulan Mei yang lepas saya dan  dua orang sahabat telah pergi ke Mersing atas urusan rasmi.. Ramai kaki pancing sedia maklum bahawa Mersing merupakan salah satu dari syurga untuk kaki pancing. Oleh yang demikian kami telah mengambil kesempatan ini mencuba nasib memancing di Mersing...

Suara's Chalet
Setelah selesai kerja, kami telah menyewa bilik di Suara's Chalet, bukan nak tidor sangat pun, cuma nak simpan barang-barang sebab malam nanti nak pergi memancing... 



Ini lah permandangan di hadapan Suara's Chalet... cukup untuk membakar semangat kami untuk memancing..


Tetapi sebelum memancing, peralatan haruslah disediakan terlebih dahulu.. kelihatan Abg Din dan Johnson bersemangat memilih peralatan untuk memancing.. nasib baik dorang tak borong semua mesin kat kedai tu...Sedang mereka sibuk memilih peralatan memancing, saya telah menemubual beberapa kaki pancing yang kebetulan berada dikedai tersebut.. diantara port memancing yang mereka syorkan kepada saya ialah sungai Mersing dihadapan pasaraya KINI, pantai di Fishing Bay Resort dan beberapa lagi port...

Pasaraya KINI
Ini lah pasaraya yang dimaksudkan oleh kaki pancing tadi...Pasaraya KINI...

Sungai Mersing
 Inilah sungai Mersing yang dimaksudkan oleh kaki pancing tadi....

Sungai Mersing
Kelihatan beberapa pemancing sedang sebuk memancing... Kami bertiga sekadar melihat, lagipun masa tu air tengah surut..memang tak sesuai nak mancing pun...

Fishing Bay Resort
Pada sebelah malam barulah aktiviti memancing dimulakan. kami sebulat suara memilih pantai berhampiran Fishing Bay Resort sebagai lokasi kami untuk memancing...

Ikan gelama
Inilah tangkapan pertama saya, seekor ikan gelama berjaya ditewaskan dengan berumpankan irisan isi ikan selayang..

Hasil tangkapan
Setelah puas dimamah sang nyamuk, inilah hasil keseluruhan tangkapan pada malam tersebut.. hasil kurang memuaskan.. tak tahan digigit nyamuk, setelah empat jam memancing kami semua sepakat untuk balik tidur...

Hari Buruh di Kolam Tow Foo

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bagi kebanyakan orang, cuti 1 Mei akan dimanfaatkan dengan aktiviti bersama keluarga, sama ada berkelah atau melawat tempat-tempat menarik... Tetapi bagi kaki pancing cuti 1 Mei adalah cuti untuk memancing... buktinya sebaik sahaja saya sampai ke Tow Foo pada jam 1.00 pagi (1 Mei ) kolam telah dipenuhi dengan kaki-kaki pancing... ini semua tidak mematahkan semangat saya, saya masih mengharapkan agar ada pemancing yang akan balik dalam jam 2.00 @ 3.00 pagi. Harapan tinggal harapan tiada seorang pemancing pun yang balik, ... pada mulanya saya fikir nak tunggu sampai pagi jer, nak tunggu partner saya si Farid, sebab sekarang ni beliau tengah kerja( Walaupun saya acap kali meracun beliau untuk ponteng kerja, tetapi beliau tetap jugak nak pergi kerja).  Tapi saya tak boleh sabar apabila mendengar jeritan mesin pemancing-pemancing lain disambar ikan...maka saya pun membuat satu keputusan yang drastik, saya terpaksa memancing didalam semak berhampiran dengan padang golf... .rupa-rupanya, inilah salah satu lubuk di Tow Foo....



Pacu
Tangkapan pertama saya....seekor pacu yang beratnya hampir 4 kg berjaya dinaikkan sebaik sahaja umpan dilemparkan...

Pacu
 Pada mulanya saya menyangkakan tangkapan pertama hanyalah kebetulan... tetapi selang sepuluh minit saya melempar umpan.... joran saya melendut lagi, mesin menjerit bagaikan dirasuk histeria.. maka seekor lagi pacu berjaya saya tewaskan..

Patin
Kemuadian diikuti dengan Patin..

Pacu

 Kemudian Pacu.....

Patin
Diselangi dengan patin pulak... Adoi hai tangan dah lenguh ni... dah lah sorang2, sauk pun xder...nayer betul..

Pacu
Kemudian Pacu pulak..

Patin
Dalam jam 5.00 pagi, ikan tak makan lansung... jadi dapat lah saya melelapkan mata...... Tiba-tiba tidur saya dikejutkan dengan bunyi mesin yang menjerit, lantas saya mencapai joran, maka bermulalah aksi pertarungan antara saya dan peragut umpan...... dan akhirnya seekor patin berjaya saya tewaskan..

Pacu
Jam pun dah menunjukkan masa 7.30 pagi...ini adala masa yang sesuai untuk memancing...

Pacu
Ternyata apa yang saya fikirkan benar belaka... lebih kurang 10 minit umpan dilemparkan saya berjaya menarik perhatian seekor pacu, akhirnya 2 minit bertarung, pacu tersebut berjaya saya tewaskan..

Patin
Kemudia umpan saya disambar patin pulak..

Pacu
Kemudia diikuti dengan Pacu...

Patin
Setelah tali perambut putus beberapa kali (mungkin kerja si pacu) akhirnya saya berjaya menaikkan seekor patin... ini adalah patin terbesar dalam trip kali ini..beratnya 5.15  kg....


Secara keseluruhannya trip kali ini amat berjaya... walaupun pada awalnya saya hampir putus asa sebab semua port dah penuh... tapi hasil dari percubaan saya memancing di tepi semak berhampiran padang golf rupa-rupanya memang membuahkan hasil...