Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fishing Bay Resort, Mersing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada awal bulan Mei yang lepas saya dan  dua orang sahabat telah pergi ke Mersing atas urusan rasmi.. Ramai kaki pancing sedia maklum bahawa Mersing merupakan salah satu dari syurga untuk kaki pancing. Oleh yang demikian kami telah mengambil kesempatan ini mencuba nasib memancing di Mersing...

Suara's Chalet
Setelah selesai kerja, kami telah menyewa bilik di Suara's Chalet, bukan nak tidor sangat pun, cuma nak simpan barang-barang sebab malam nanti nak pergi memancing... 



Ini lah permandangan di hadapan Suara's Chalet... cukup untuk membakar semangat kami untuk memancing..


Tetapi sebelum memancing, peralatan haruslah disediakan terlebih dahulu.. kelihatan Abg Din dan Johnson bersemangat memilih peralatan untuk memancing.. nasib baik dorang tak borong semua mesin kat kedai tu...Sedang mereka sibuk memilih peralatan memancing, saya telah menemubual beberapa kaki pancing yang kebetulan berada dikedai tersebut.. diantara port memancing yang mereka syorkan kepada saya ialah sungai Mersing dihadapan pasaraya KINI, pantai di Fishing Bay Resort dan beberapa lagi port...

Pasaraya KINI
Ini lah pasaraya yang dimaksudkan oleh kaki pancing tadi...Pasaraya KINI...

Sungai Mersing
 Inilah sungai Mersing yang dimaksudkan oleh kaki pancing tadi....

Sungai Mersing
Kelihatan beberapa pemancing sedang sebuk memancing... Kami bertiga sekadar melihat, lagipun masa tu air tengah surut..memang tak sesuai nak mancing pun...

Fishing Bay Resort
Pada sebelah malam barulah aktiviti memancing dimulakan. kami sebulat suara memilih pantai berhampiran Fishing Bay Resort sebagai lokasi kami untuk memancing...

Ikan gelama
Inilah tangkapan pertama saya, seekor ikan gelama berjaya ditewaskan dengan berumpankan irisan isi ikan selayang..

Hasil tangkapan
Setelah puas dimamah sang nyamuk, inilah hasil keseluruhan tangkapan pada malam tersebut.. hasil kurang memuaskan.. tak tahan digigit nyamuk, setelah empat jam memancing kami semua sepakat untuk balik tidur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan