Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Zoo Negara

Zoo Negara

Pada pertengahan bulan Mei yang lepas aku telah melawat Zoo Negara. Sebagai seorang kaki pancing, tempat pertama yang aku lawati mestilah Akuarium Tunku Abdul Rahman. Mana boleh lepaskan peluang nak tengok spesies ikan yang mungkin sebelum ni aku tak pernak tengok.... lagi pun secara tidak lansung ianya boleh menambahkan pengetahuan tentang spesies ikan, habitat dan negara asalnya.. 

Belida
 Ini ikan pertama yang aku tengok, aku rasa besarnya hampir 6 kg... kalau nak mancing ikan ni biasanya gunakan umpan anak ikan....Ikan ni boleh dijumpai di sungai, lombong dan tasik di Malaysia.

Boeseman's rainbow
Ini pulak ikan Boeseman's rainbow... Ini bukan lah spesis ikan tempatan, ikan ni berasal dari Indonesia..

Butter Catfish
 Ini pulak Butter Catfish, ikan ni boleh dijumpai di Afrika..

Daun. (Carp minnow)
Ini ialah ikan Carp Minnow atau lebih dikenali sebagai daun..... Goreng pun sodap ni...

Green chromide
Ini pulak ikan Green chromide, ikan ni kebiasaanya boleh dijumpai di India dan Sri Langka..

Hangus. Bala shark
Ini pulak ikan Bala Skark ataupun Hangus, ikan ni boleh dijumpai di Borneo dan di Sumatra. Kebiasanya ikan ni dijadikan sebagai ikan hiasan..


Kelah merah
Ini ikan Kelah Merah, kalau masih ada lagi kaki pancing yang tak kenal ikan Kelah, baik tak yah mancing la.. ikan ni biasanya menghuni sungai-sungai di perdalaman tasik Kenyir....Umpan yang popular digunakan untuk memancing ikan kelah ialah Sawit peram.....

Kenarak. Goonch
Ini ialah ikan Kenarak... ikan ni merupakan pemangsa utama di sungai Kali India, sebenarnya ikan ni juga boleh dijumpai di Malaysia.... Pada 2 Tahun lepas seorang sahabat ku berjaya menaikkan ikan ini di sungai pahang, Temerloh.

Krai emas. Golden barb
 Ini ialah ikan Krai emas, ikan ni kalau gorang memang sedap... ikan krai biasanya dijumpai di sungai-sungai di Malaysia.


Tapah
 Ini ialah ikan Tapah, ikan ni boleh dijumpai di sungai-sungai dan lombong di Malaysia. Aku pernah menonton satu video XPDC memancing Tapah di kawasan lombong di Ipoh. Ikan ni memang mempunyai daya tarung yang kuat, memang puas hati lah kalau dapat mancing ikan ni.


Toman
Ini pulak ikan Toman, aku menganggarkan berat ikan Toman yang berada di zoo ni dalam lingkungan 15kg-22kg. Ikan ni boleh dijumpai di sungai, tasik, lombong dan empangan di Malaysia. Aku pernah menaikan ikan ini di Empangan Batu, Ulu Yam.

Memang seronok melawat Zoo Negara, terutamanya melawat akuarium Tunku Abdul Rahman. Pelbagai spesis ikan dapat aku lihat. Untuk kaki-kaki pancing memang sesuai melawat akuarium Tunku Abdul Rahman bagi menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan ikan...


No comments:

Post a Comment

Post a Comment