Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Misteri Sungai Chiku

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada 8 Julai yang lepas aku dan family balik ke kampung orang rumah aku di Felda Chiku 2, Gua Musang. Biasa lah dah nak puasa ni kena lah balik kampung orang rumah sebab tahun ni giliran beraya kat kampung aku pulak..haaa..haa.. Macam biasalah nama dah kaki pancing kemana sahaja pergi mesti ditemani joran... jadi kalau dah ada joran tu takkan nak biarkan jer kat dalam bonnet kereta kan... nanti reput pulak tali dia...jadi terpaksalah aku pergi memancing (terpaksa konon)

Umpan hirisan daging ayam
Ini lah umpan yang aku gunakan...hirisan daging ayam, bising orang rumah aku, ayam dia nak goreng dah kena rembat dengan aku..haaa..haa.. Apa nak buat, mana lah aku tahu kedai jual umpan kat area felda Chiku ni...Ayam pun ayam lah, mancing tetap mancing...

Senjata yang digunakan
Aku cuma guna dua joran jer, susah nak bawa banyak-banyak. Dah lah aku sorang-sorang, naik motor pulak tu. Nak pegang joran, nak pegang umpan, nak pegang air dan kudapan nak pegang surat khabar nak buat lapik tempat duduk...huuu seksa..walaubagaimanapun aku tetap berpegang kepada  peribahasa "Usaha tangga kejayaan" dan "Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudia".

Perambut Putus
Sentapan pertama penuh misteri, sekali sentap jer perambut terus putus.. kalau kat kolam, modus operandi seperti ini adalah kerja si Pacu, tapi kalau kat sungai...hmmm.. aku pun tak tahu...

Perambut 40 lb
Ini lah perambut yang aku gunakan, tali bran Tomman dengan kekuatan 40 ib. Kuat betul gigi penghuni sungai ni yang berjaya memutuskan perambut aku...

Tali utama putus
Setelah hampir satu jam tanpa sebarang sentapan, tiba-tiba joran aku melentur.. Nasib baik aku dah longgarkan spool kalau tidak memang dah terjun lah pancing aku...Sebaik sahaja aku membalas dengan satu sentapan, peragut umpan ayam aku terus menarik tali utama tanpa henti..Semakin lama semakin jauh tali pancing aku ditarik, aku mula mengetatkan spool, peragut umpan masih tidak mahu menyerah.. dan mimpi ngeri seorang pemancing menjadi kenyataan. Akhirnya setelah hampir 15 minit bertarung tali utama  putus disebabkan tidak tahan dengan daya tarikan yang diberikan oleh siperagut umpan dan peragut itu terus menjadi misteriiii....

Serangan Pacat
Setelah kepenatan melawan tarikan tadi, baru aku sedar yang kaki aku telah menjadi mangsa si Pacat durjana..
Ikan Tilan
Tengah aku concentrate memcuci kaki aku yang berdarah disebabkan si Pacat, tiba - tiba joran aku melentur lagi, tapi lenturan kali ini tidaklah sehebat lenturan pertama tadi.. tanpa melengahkan masa aku membalas dengan satu sentapan, maka bermula lah aksi pertarungan ( seminit jer) dan akhirnya aku berjaya menaikan seekor ikan Tilan..
Ikan Tilan
Ini lah ikan Tilan yang aku dapat, atas prinsip "catch and release" aku terpaksa melepaskan ikan Tilan tersebut. Secara keseluruhannya trip kali ini boleh dikatakan "Kumpau berdarah" sebabnya aku cuma dapat seekor ikan dan kaki aku berdarah disebabkan si Pacat. Walaubagaimanapun aku telah mengetahui bahawa terdapat penghuni yang besar di sungai Chiku. Mungkin ikan Baung, Toman, Tapah atau mungkin Labi-labi besar dan ianya terus menjadi MISTERI...

Kolam Tow Foo siri 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Rasanya dah hampir sebulan aku tak update blog,  bukan tak der pergi mancing, tapi tak sempat nak update... sebenarnya pada awal bulan Jun yang lepas aku ada pergi memancing di kolam Tow Foo. Kalau diikutkan statistik dah 6 kali aku mancing kat kolam Tow Foo sepanjang tahun ni dan 6 kali jugak lah Farid menjadi partner aku...huuu..huu beliau memang setia..

Umpan Roti Dadu
Ini lah umpan yang biasa aku gunakan apabila memancing di kolamTow Foo, roti potong dadu + perisa strawberi + sos yang aku  buat sendiri..

Teknik menggantung joran peringkat ke-3
Ini pulak teknik yang biasa aku gunakan semasa memancing di kolam Tow Foo, teknik ini lebih dikenali sebagai teknik "Menggantung Joran Peringkat Ke-3". Teknik ni biasanya aku gunakan apabila aku melepak di pondok reban ayam.

Tongsan
Ini lah hasil pertama aku seekor Tongsan yang beratnya hampir 9 kg. Masa mula-mula dapat tu terperanjat jugak, ingatkan ikan Kap rupanya Tongsan, first time dapat Tongsan yang colour macam ni..

Tongsan
Ini adalah Tongsan yang sama, cuma nak bagi nampak perbezaan antara Tongsan ni dengan selipar aku..huuuu..
Patin
Ini pulak Patin, hasil kedua pada siri kali ini...Agak-agak korang berapa berat ikan ni..haaa..haa "korang pikir lah sendiri".. cuma aku dan Farid sahaja yang tahu berat ikan ni.... Trip kali ini aku cuma dapat 2 ekor ikan sahaja, tetapi kedua-duanya saiz yang boleh dibanggakan...