Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley, Semenyih Siri 2

Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Setelah mendapat pacu seberat 5.00 kg pada trip yang lepas, kali ni aku datang kembali ke Fish Valley, Semenyih.  Partner aku Kali ni pulak ialah Al' Hafiz ..Beliau tak sabar - sabar  nak memancing kat Fish Valley. Almaklum lah beliau dah terpengaruh dengan gambor pacu aku pada trip yang lepas....

Lesen Pertama
Setelah 30 minit sepi tanpa sebarang hasil, tiba-tiba joran Al' Hafiz melentur... beliau membalas dengan satu sentapan rakus... dan akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor Lampam..Tiba-tiba beliau lupa diri, beliau mula action sebab berjaya mendapatkan lesen lebih dulu dari aku...

Lampam 1
1 jam kemudia barulah aku berjaya mendapatkan lesen... Seekor lampam...

Lampam2
Kemudian aku dapat lagi... Lampam jugak..

Kemudian, aku dapat Lampam lagi... Tapi Al' Hafiz dah tak nak tangkap gambor aku, sebab dia jealous tak dapat ikan...( Itu lah akibatnya kalau action dengan aku haa..haa..)

Baung
Sedang aku melepak, tiba-tiba umpan aku diragut ikan, aku ingatkan Lampam punya kerja.. tetapi aksinya kali ini agak berbeza, siperagut akan menjunam ke dasar kolam setiap kali mesin dikarau... sah ini bukan  kerja silampam, aku teruskan mengarau mesin, dan akhirnya seekor Baung yang beratnya 1.5 kg berjaya aku tewaskan...

Hujan
Tiba - tiba cuaca berubah, hujan dari awam Cumulonimbus mencurah-curah dan diselangi dengan kilat yang menyambar... kami pun berteduh ditepi teratak yang disediakan...

Pacu
Setelah hujan berhenti, aktiviti memancing disambung semula...  sejam menunggu tanpa sebarang hasil, aku menukar teknik daripada bottom ke teknik floating. Aku melempar umpan betul-betul  jatuh  3 kaki dari kawasan ikan bermain... 

Tiba - tiba pelampung  hilang dari pandangan, mesin menjerit bagaikan "dirasuk histeria", tali utama keluar tanpa henti..aku membiarkan tali utama keluar selama 15 saat hingga 20 saat.. Dan aku membuat satu sentapan... mungkin terkejut dengan sentapan tadi, si Pacu melompat ke udara.. maka bermulalah aksi pertarungan. Si Pacu memecut kekiri dan kekanan, aku melonggarkan drag untuk menggelakan tegangan yang melampau pada tali utama. Setelah hampir 8 minit bertarung, akhirnya si Pacu menyerah diri... setelah ditimbang, tertera angka 9.8 kg.

Secara keseluruhan trip kali ini suam-suam kuku jer, sekor sahaja ikan yang melebihi 5.00 kg, yang lain cuma ikan Lampam.. Memang sudah menjadi lumrah dalam dunia memancing, kadang - kadang dapat banyak, kadang - kadang dapat sikit dan yang paling tak best, kadang - kadang lansung tak dapat...apa yang penting "Usaha tangga kerjayaan"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan