Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley, Semenyih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... dah hampir dua bulan aku tak memancing, tangan ni dah rasa menggigil-gigil sebab tak dapat tarik ikan... baru-baru ni, kebetulan aku cuti, jadi aku talah menggunakan kesempatan tersebut untuk melepaskan gian menarik ikan. Lokasi yang menjadi pilihan aku ialah Fish Valley Semenyih...Trip kali ini telah dirancang secara tidak sengaja dengan Rex Farid serta sahabat beliau...

Fish Valley, Semenyih
Ini lah papan tanda sebelum sampai ke kolam Fish Valley....

Resit Fish Valley
Apa-apa pun sebelum mancing, mestilah kena bayar dulu.. kami cuma bayar RM 20.00 sebab mancing selepas jam 12.00 t/hari...

Dedak yang digunakan

Umpan dedak yang digunakan.. Dedak Bomb 286 (merah) + Dedak Bomb 286 (biasa)..

Umpan yang digunakan

Setelah kedua-dua dedak tadi digaul hingga sebati, barulah dicampur dengan sos ciptaan aku sendiri...dan dicampur dengan roti potong dadu sebagai resipi tambahan...

Pacu
 Ini lah ikan pertama yang aku dapat, seekor pacu yang beratnya hampir 5.00 kg...

Lampam
Ini pulak ikan pertama yang Rex Farid dapat.....

Patin
Setelah mendapat sindiran kerana hanya menaikkan seekor Lampam... akhirnya Rex Farid membutikan beliau juga seorang pemancing yang tidak boleh "dipandang hanya  sebelah mata". Beliau berjaya menewaskan seekor Patin seberat 9.00 kg hanya menggunakan tali utama 10 lb.

Lee Koh
Ini ikan terakhir dalam trip kali ini...sedang aku dan Rex Farid mengemas barang, tiba-tiba joran aku melentur-lentur kecil. Aku ingatkan kerja si Lampam, rupa-rupanya si lee koh punya angkara... Secara keseluruhannya trip kali ini kami cuma mendapat empat ekor ikan.. mungkin dalam suasana raya ni ikan taknak makan dedak, dia nak makan lemang atau ketupat agaknya..


6 ulasan:

  1. bro..mntak tlg btaw port haruan serendah

    BalasPadam
  2. Port tu saya jumpa secara tidak sengaja pada tahun 2008. Ianya berhampiran dengan kebun sayur (kat belakang Poliklinik & Klinik pergigian Serendah)Sekarang ni saya tidak pasti sama ada port tu masih ada atau tidak...TQ

    BalasPadam
  3. banyak nye ikan kat kolam ni, besar pulak tu.. Lumayaaaaan...

    BalasPadam
  4. Ikan memang banyak, tapi kalau tak kena umpan, susah sikit nak dapat..

    BalasPadam
  5. Bro kongsi laa resipi SOS tuu mmg menjd jer tgk ni hishhh

    BalasPadam
  6. Bro kongsi laa resipi SOS tuu mmg menjd jer tgk ni hishhh

    BalasPadam