Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley Semenyih Siri 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Setelah hampir 2 bulan tidak menjejak kaki ke Fish Valley. Akhirnya pada pertengahan bulan November yang lepas aku kembali semula ke Fish Valley... kali ini aku ditemani pula oleh seorang Chef iaitu Chef Indrawan (Gambar beliau tak da sebab beliau segan nak bergambar)

Joran Baru
Aku sampai ke Fish Valley lebih kurang jam 11.00 pagi, masa ni Chef tak sampai lagi. Mungkin beliau tengah memasak sarapan pagi kat umah dia..

Sebaik sahaja sampai aku terus mengeluarkan joran 9 kaki yang aku baru beli kat Selayang seminggu sebelum tu... Saja nak test joran baru...
Hypostomus plecostomus

Setelah setengah jam melempar umpan, tiba- tiba joran melentur-lentur kecil... aku pun membalas dengan satu rentapan ringan... sebaik direntap, siperagut umpan tidak berapa melawan...Ini sah ikan kecil..tak kisah lah janji dapat lesen .....setelah dikarau, akhirnya aku mendapat seekor anak  ikan Sturgeon. Ehh..hh. setahu aku ikan Sturgeon cuma hidup di Eropah jer.. macam mana boleh ada kat kolam Fish Valley ni...Setelah diteliti baru aku sedar yang sebenarnya aku telah menaikan ikan Hypostomus plecostomus atau lebih dikenali sebagai ikan "Bandaraya".

Lampam

Kemudia joran ku sekali lagi melentur... aksi lenturanya lebih kurang macam ragutan anak ikan Sturgeon tadi.. tak kisah lah ikan apa, janji dapat... Rupa-rupanya ikan Lampam punya angkara...

ROHU

Setelah aku mendapat ikan Lampam... joran ku sunyi tanpa sebarang ragutan...hampir 4 jam aku menunggu.. Nasib baik Chef dah sampai, ada lah jugak teman bawa bersembang...Kalau tak aku dah jadi "kera sumbang"

Sedang aku rancak bersembang dengan Chef untuk mendapatkan resepi memasak (konon-kononnya lepas ni nak tukar hobi memasak pulak, tak nak memancing lagi) Tiba-tiba joran ku melentur dan diikuti dengan jeritan mesin... Aku terus mencapai joran dan mengarau mesin. Siperagut umpan masih tidak mahu mengalah, aku mengetatkan spool sedikit demi sedikit.. Tali masih keluar tanpa henti, aku hanya melayan aksi siperagut umpan yang berenag kekiri dan kekanan dan makin lama makin jauh ke tengah kolam.. Aku tak boleh membiarkan perkara ini terus berlaku. Aku mengetatkan spool dan mengangkat joran setinggi yang mugkin untuk memberikan tegangan yang maksimum kepada tali..Akhirnya siperagut umpan kepenatan dan aku berjaya menewaskan seekor ikan Rohu yang beratnya hampir 7.00 kg

Pacu
Jam telah menunjukkan angka 7.00 malam, maka berakhirlah trip memancing pada hari ini, aku pun berkemas untuk pulang ke rumah.. sedang aku berkemas, tiba-tiba joran aku menjerit lagi...Ehh..h ikan ni taknak bagi aku balik ker, perut dah lapar ni. Bebekalkan sisa-sisa tenaga yang ada, aku gagahkan untuk mengarau mesin. Setelah hampir 4 minit bertarung, akhirnya aku berjaya menaikkan seekor pacu yang beratnya hampir 5.00 kg

Secara keseluruhannya trip kali ini aku cuma dapat 4 ekor ikan sahaja, tetapi 2 ekor darinya ikan yang bersaiz agak besar dan aksinya cukup memuaskan...