Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Auto Feeder

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Aku percaya ramai kaki pancing yang mempunyai akuarium..  Aku pun ada akuarium. Tiap - tiap pagi sebelum aku pergi kerja mesti aku bagi ikan aku makan, ikan aku pun dah tahu, jam 7.00 pagi jer dia dah main kat permukaan air... Tapi bila aku balik kampung nanti sapa nak bagi dia makan... kesian, takkan aku nak biarkan dia kebuluran...

Auto Feeder
Ini  dia "Auto Feeder" sebenarnya terdapat banyak jenis Auto Feeder dipasaran, tapi aku beli yang ni ajer lah, sebab yang di jer yang ada kat kedai tu (Hmm sebenarnya yang ni jer yang paling murah)...

Auto Feeder
Memang mudah nak gunakan alat ni, cuma tekan button ON dan tekan button SET untuk set berapa kali kita nak bagi dia makan..cuma terdapat 2 pilihan sahaja, iaitu untuk feeder 12 jam sekali atau feeder 24 jam sekali.. jadi kalau nak bagi ikan makan tiga kali sehari atau lebih tak boleh lah. Alaa ikan zaman sekarang kena lah berdikari sikit, cari lah makanan kat celah-celah batu tu, ada yang tercicir tu...huu..huu..


 Pacu dan Patin
 Ini lah ikan yang aku bela, ada 3 ekor pacu dan seekor patin...Tapi dalam gambar ni ada seekor Pacu dan Seekor Patin, sebab yang lain tu segan nak bergambar..

Pacu dan Patin
Dengan adanya Auto Feeder ni senang lah sikit aku nak balik kampung, tak payah nak fikir pasal ikan kat rumah... lagi pun ikan tu tak pernah pun fikir pasal aku kat kampung...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... suasana raya  makin terasa, kawan-kawan semua sibuk.  Ada yang sibuk pergi beli baju raya, ada yang sibuk buat kuih raya, ada yang buat-buat sibuk dan ada yang menyibuk..Tapi ada sorang kawan aku ni, dia  sibuk nak ajak aku pergi memancing... sorry lah geng sekarang ni tengah mood nak raya..kita mancing lepas raya ajer la huu..huu...
Memandangkan Aidilfitri yang hampir tiba ni, jadi aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" kepada semua pengujung blog aku ni... kepada yang balik kampung tu berhemah lah semasa memandu.. ingat orang yang tersayang... Apa yang penting, lepas raya kita mancing..