Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Kompleks Memancing Tasik Idaman, Dengkil

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca/follower.  Dah nak masuk bulan februari baru nak ucap tahun baru.. huu..huu.. sorry ler awal tahun busy sikit, tak sempat nak update blog...

Pada 20 Januari yang lepas aku ada pergi memancing di Kompleks Memancing Tasik Idaman. Sebenarnya kolam ni aku jumpa secara tidak sengaja pada minggu lepas (13 Januari). Masa tu aku hantar orang rumah ke Pusat Memandu Cemerlang. Masa nak balik tu ternampak ada kolam pancing kat tepi jalan, sebagai seorang pemancing tegar takkan aku tak singgah (walaupun masa tu tak bawa pancing). Dah alang-alang singgah tu, aku tanya lah kat Wak yang jaga kolam tu tips-tips nak mancing kat situ..

Kaunter Pendaftaraan
Ini lah dia kauter pendaftaran dan tempat Wak tu melepak.. tengok gambar tu pun dah tak tahan, macam-macam ikan ada.

Pakej Memancing


Ini pulak pakej yang ada.. dari pakej RM 20.00 hinggalah ke pakej RM 500.00, tapi aku ambil pakej RM 20.00  cukup lah... lagi pun ni first time aku mancing kat sini.

Jackpot lawan Tauke
Ini pulak "Jackpot Lawan Tauke". Sapa kaki Jackpot boleh lah join, aku baru nak berjinak-jinak dengan kolam ni tak boleh join lagi. kalau tak jadi tukang tepuk tangan ajer lah tengok orang lain ambil hadiah..

Restoran Terapung




Ini pulak restoran terapung, betul-betul dekat tepi tasik Idaman, restoran ni cuma beroperasi pada waktu malam sahaja. Tasik ni pun banyak ikan jugak, terutamanya ikan toman. Jadi kalau kumpau kat kolam boleh lah sambung mancing kat tasik pulak, sebab tasik ni free jer..



Umpan
Ini lah umpan yang aku gunakan, hasil daripada tips yang diberikan oleh Wak. Aku gunakan perisa strawberry (beli kat mydin jer)+ sos patin + roti dadu.

Patin 4.2 kg
Ini lah hasil pertama aku selipar Asadi saiz 7. Sebenarnya selipar tu sekadar untuk membezakan saiz ikan dengan saiz selipar aku. Patin ni aku dapat setelah setengah jam melontar umpan. 



Patin 4.2kg
Patin pertama..



Catch and Release
Kolam ni menggunakan konsep tangkap dan lepas, ikan yang bersaiz 2 kg kebawah sahaja yang boleh dibawa balik. Jadi patin ni aku lepaskan lah sebab beratnya 4.2 kg.



Patin 5.5 kg
Sedang aku merehatkan diri, tiba-tiba mesin aku menjerit... aku membuat satu sentapan dan disusuli dengan adengan tarik menarik.. setelah 5 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan seekor lagi patin. kali ni beratnya 5.5 kg.



Patin 4.7 kg
Patin ketiga dan patin terakhir untuk trip aku memancing di Kompleks Memancing Tasik Idaman. Patin ni aku daratkan pada jam 11.30 am (aku start memancing dari jam 8.30 am hingga 11.30 am) betul-betul masa tu aku dah nak pergi ke kaunter untuk serahkan semula card pendaftaraan.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan trip kali ni, purata berat ikan yang aku dapat ialah 4.8 kg. Dalam 3 jam sahaja aku boleh dapat 3 ekor patin, kira ok lah tu sebagai First time memancing kat sini.

Suasana kompleks memancing ni pun ok, ada pondok untuk pemancing berteduh, ada surau, restoran dan tandas. Kalau nak bawa keluarga bersantai memang sesuai.