Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Tanjung Piai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada awal bulan Februari aku telah pergi ke "daratan paling hujung benua Asia". Tujuan utama pergi ke Tanjung Piai bukan untuk memancing, tetapi atas urusan rasmi, jadi aku memang tak buat apa-apa persediaan untuk memancing.



Taman Negara Tanjung Piai
Selesai tugas rasmi aku bergambar dihadapan tugu Tanjung Piai.

Resort Tanjung Piai
Sebaik sahaja selesai kerja rasmi pada lewat petang, kami telah mengambil keputusan untuk bermalam di Resort Tanjung Piai. Pada mulanya aku memang tak berminat nak memancing... tetapi sedang aku melepak dekat restoran resort Tanjung Piai, aku ternampak perkataan "Pancing untuk disewa, RM 25.00 beserta umpan". "Ibarat mengantuk disorongkan bantal" dengan pantas aku menyewa pancing tersebut.

Hasil pertama di daratan paling hujun benua Asia
Inilah hasil pertama aku di "daratan paling hujung benua Asia" ikan Buntal. Ingatkan boleh lah dapat pari kat tempat jauh macam ni, baru lah gempak..

Hasil kedua
Sekali lagi, aku dapat Buntal...

 Kemudia aku dapat seekor ikan...hmm.. aku sendiri pun tidak tahu ikan apa ni..

Ikan Belukang
Kemudia baru ada ragutan yang kuat.. aku membalas dengan satu sentapan dan pertarungan berlaku.. tapi sekejap jer bertarung.. akhirnya aku berjaya menewaskan seekor ikan Belukang.

Memancing diluar bilik
Sebelah pagi suasana baru rancak, mungkin disebabkan air tengah pasang. Jadi aku memancing betul-betul diluar bilik kami menginap.

Belukang ke 2
Tidak perlu menunggu lama, seekor Belukang berjaya ditewaskan.

Belukang ke 3
Kemudia seekor lagi belukang ditewaskan.

Hasil daripada Apollo
Dalam satu jam sahaja umpan aku dah habis, jadi aku terpaksa menggunakan apollo dan hasilnya aku mendapat 3 ekor ikan buntal dan 2 ekor ikan yang aku tak pasti namanya. Dan setiap buntal yang aku dapat telah memutuskan perambut apollo aku.

Memandangkan ini adalah trip memancing tidak sengaja, jadi boleh dikatakan aku berpuas hati dengan trip kali ini. Secara keseluruhanya aku berjaya menewaskan 3 ekor ikan belukang, beberapa ekor ikan buntal serta 3 ekor ikan yang aku tidak tahu namanya.














1 comment:

  1. Ikan yang first sekali tu macam ikan buntal je haha...jom lawat blog sy pulak

    ReplyDelete