Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley Siri 1 Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Setelah hampir 4 bulan tidak menjejakkan kaki ke Fish Valley. Akhirnya awal bulan Mac, baru-baru ini aku memulakan aktiviti memancing disana. Kali ni aku datang sorang-sorang, sebab kebanyakkan member busy dengan kerja.

Kolam Fish Valley
Aku menggunakan dua joran, disebabkan satu stand tertinggal di rumah, maka aku terpaksa menggunakan satu hikmat yang dinamakan "hikmat selit buluh". Hikmat ni digunakan dengan menyelitkan joran diantara batang-batang buluh bagi memastikan joran tidak terjun kedalam kolam apabila umpan disentap ikan.


Perambut Putus
 30 minit menunggu tanpa sebarang sentapan, tiba-tiba mesin pada joran yang aku selit dibatang buluh berdesing kuat. Aku baru nak pegang joran, tiba-tiba mesin berhenti berdesing, mungkin ikan sudah terlepas. Aku meneruskan mengarau mesin sehingga ke hujung tali dan aku dapati tali perambut cable 20 lb aku terputus. Sah ini kerja si Pacu..
Pacu
Sedang aku mengikat perambut untuk menggantikan perambut yang putus tadi, mesin aku dijoran yang lagi satu berdesing, aku mencapai joran dan membalas dengan satu sentapan  bagi memastikan mata kail betul-betul melekat dimulut ikan. Sebaik sahaja terasa sentapan tersebut, ikan terus memecut laju ke tengah kolam dan melompat keudara beberapa kali, aku mengetatkan drag perlahan-lahan bagi memeberikan tegangan kepada tali utama. Setelah lebih kurang 4 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan seekor pacu yang beratnya 4.2 kg.

KEHADIRAN CHEF INDRAWAN


Aksi Chef Indrawan vs Pacu
Sedang aku merehatkan diri disebabkan pertarungan tadi, tiba-tiba aku disapa satu suara misteri dari belakang.."Woi gi mancing tak ajak aku".. Aku pun terperanjat lalu terus menoleh kearah suara misteri tersebut. Rupa-rupanya Chef Indrawan baru sampai untuk memancing, maka beliau terus melepak di port sama dengan aku.

Sebaik sahaja beliau membaling umpan, beliau terus mendapat sentapan pertama,  ilmu apa dia pakai ni, baling umpan terus ikan sentap..mungkin kebetulan kot pada fikiran aku.

Pacu
Setelah lebih kurang 4 minit bertarung akhirnya beliau berjaya menewaskan seekor pacu 3.5kg

Pacu

Setelah bergambar dan melepaskan semula pacu tadi, beliau membaling umpan ke tempat yang hampir sama dengan tempa beliau dapat pacu sebelum ini. Selang beberapa minit umpan beliau terus disentap ganas. Aku mula berfikir, ini bukan kebetulan, beliau memang ada mengamalkan  ilmu memancing pacu, tapi aku tak tahu peringkat keberapa...

Pacu

Kemudia beliau dapat lagi seekor pacu, lepas beliau ialah beliau lagi dan aku menjadi cameraman untuk beliau..

Walaupun aku berjaya menaikkan banyak pacu di kolam Bukit Antarabangsa dan kolam Tow Foo, tapi teknik tersebut kurang berkesan  diadaptasikan di kolam Fish Valley. Maka aku harus menuntut ilmu memancing pacu dari Chef Indrawan untuk  diadaptasikan di Fish Valley.

Lee Koh

Sedang aku bersembang dengan Chef Indrawan berkenaan ilmu memancing pacu, tiba-tiba joran aku melentur.. Eh..hh.. aku belum tamat menuntut ilmu memancing pacu, takkan pacu dah rembat umpan aku.. Laa rupa - rupanya lee koh punya kerja..

Lee Koh
Selang beberapa minit, sekali lagi joran aku melentur.. dan aku berjaya menewaskan seekor lagi Lee Koh.. Memang sudah menjadi lumrah di Fish Valley, Lee Koh suka memakan umpan pada sebelah petang, terutamanya bila masa dah nak habis. Itu yang kadang kala sampai terlajak masa, seronok sangat melayan Lee Koh.

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan hasil tangkapan kali ini..Aku mendapat seekor Pacu (beberapa ekor lepas disebabkan perambut putus) dan dua ekor Lee Koh. Manakala Chef Indrawan mendapat 4 @ 5 ekor pacu(aku tak berapa ingat sebab masa aku layan Lee Koh beliau ada jugak dapat Pacu).








2 comments:

  1. salam..sy nak ty mnaa senang nak cari ikan krai? tq :)

    ReplyDelete
  2. kat kuala krai

    ReplyDelete