Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Menjejak Lubuk Haruan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ahad terakhir sebelum  ramadan aku telah menjejaki lubuk-lubuk haruan di kawasan lembah klang yang pernah aku terjah beberapa tahun yang lepas.
Lubuk pertama

Lubuk pertama agak kecil dan terpencil serta airnya cetek. Satu jam aku casting seekor haruan pun tak sambar umpan. Aku pun tak tahu kemana menghilangnya semua ikan-ikan haruan dekat lubuk ni. Mungkin pemancing-pemancing lain dah "rembat" semua haruan dekat ni.

Lubuk kedua
 Disebabkan kumpau dilubuk pertama, aku menerjah kelubuk kedua. Lubuk ni agak jauh sedikit kedalam belukar. Kena redah semak baru boleh sampai. Tapi ada jugak orang lain pernah masuk lubuk ni sebab aku ada nampak denai ke lubuk ni.

Lubuk kedua
Dekat lubuk ni pun aku kumpau jugak. Walaupun ada ternampak beberapa ekor anak ikan haruan, tapi haruan mega lansung tidak menyambar gewang.

Pemancing memancing ikan tilapia

Sebelah petang aku pergi pula kelubuk seterusnya. Sampai sahaja dah ramai pemancing sedang memancing. Sebenarnya lubuk ni lebih kepada sebuah tasik, kebanyakkan ikan-ikan besar bermain ditengah tasik.

Tilapia dan Red Parrot

Kebanyakkan pemancing disini memancing ikan tilapia dan ada juga yang mendapat ikan red parrot.

Gewang

Disebabkan ramai pemancing yang mendapat tilapia merah, kemungkinan ikan pemangsa disini memburu anak ikan tilapia merah sebagai makanan utama. Maka aku menggunakan gewang yang bewarna merah untuk mengumpan meraka.

Ternyata teori aku benar. 30 minit casting, gewang aku diragut ikan. Tetapi nasib tidak menyebelahi aku,   ikan membawa lari gewang kepulau rumput ditengah-tengah tasik dan akhirnya tali utama putus disebabkan gewang tersangkut pada pulau rumput tersebut..

Haruan 1.4 kg
Kemudian aku mengunakan gewang Rapala "Wide tail dancer". Ternyata lenggokan gewang berjaya menarik perhatian seekor haruan. setelah ditimbang didapati beratnya 1.4 kg.

Secara keseluruhannya boleh dikatakan tasik ini terdapat haruan yang bersaiz mega, cuma nak kena tahu dekat mana lubuknya.Toman pun ada sebab memang boleh nampak kumpulan anak ikan toman di beberapa lokasi.

Fish Valley Siri 4 Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan Julai aku dan seorang sahabat (Abang Halim) telah berkomplot untuk memancing di Fish Valley. Ini merupakan kali pertama bagi Abang Halim memancing di Fish Valley. Sebelum ini beliau hanya melihat gambar hasil tangkapan aku, disebabkan termakan dengan "Racun" yang aku "tuba" akhirnya beliau nekad ingin menduga penghuni Fish Valley.

Seperti yang dirancang kami akan berjumpa di Shell jalan Semenyih.Selepas bersarapan kami bertolak ke Fish Valley bagi menduga penghuni-penghuni mega di sana.

Patin 5.1 kg
Tangkapan pertama aku pada hari tersebut.. Seekor Patin seberat 5.1 kg. Ingatkan dah dapat Mekong, dia punya tarikan tu memang lain macam, sampai ke hujung kolam.. Sekali naik Patin biasa jer..

Baung 1.3 kg
Kemudian aku dapat Baung pulak.. ini kalau masak asam pedas memang terbaik...

Pacu 4.8 kg
Sedang kami bersembang, tiba-tiba mesin Abang Halim "menjerit" kuat. Beliau memcapai joran dan membuat satu sentapan. Maka bermula aksi tarik-menarik antara beliau dan penghuni kolam...Setelah beberapa minit beraksi, akhirnya siperagut umpan tewas. Seekor Pacu seberat 4.8 kg berjaya didaratkan oleh Abang Halim.
 
Otai beraksi
Hampir 30 minit selepas berjaya mendaratkan Pacu 4.8 kg tadi. Mesin Abang Halim "menjerit" lagi, jeritan kali ini agak panjang. Joran melentur-lentur menahan asakkan siperagut umpan. Abang Halim beradu kekuatan dengan siperagut umpan. Masa pertarungan hampir mencecah 5 minit tetapi tanda-tanda kepenatan masih tidak kelihatan pada siperagut umpan.

Mata Kail Patah
Sedang Abang Halim menahan asakkan siperagut umpan, tiba-tiba tali menjadi kendur. Setelah mesin dikarau didapati mata kail patah dikerjakan siperagut umpan. Maka "Putih Mata" aku dan Abang Halim sebab terlepas seekor ikan yang aku rasa Pacu yang agak besar.

Pacu 5.1 kg
Selepas Abang Halim terlepas ikan tadi, suasana kolam kembali tenang. Tiada sebarang aktiviti ikan dipermukaan kolam. Mungkin ikan ketakutan disebabkan kekacauan sebentar tadi.

Satu jam kemudian barulah aktiviti ikan kembali aktif dipermukaan kolam. Tiba-tiba mesin aku pula "menjerit". Macam biasalah aku membuat satu sentapan dan siperagut umpan memecut ke tengah kolam. 3 minit bertarung siperagut umpan berjaya aku tewaskan. Setelah ditimbang didapati berat pacu menunjukkan angka 5.1 kg dialat penimbang.

Keli 15.4 kg

Sedang aku melihat Abang Halim melayan asakkan si Pacu, aku terdengar mesin aku "menjerit". Aku menyentap joran dan terasa amat berat, tetapi pergerakannya tidak laju seperti si Pacu. Nak kata Mekong pun bukan sebab kalau Mekong mesti dia dah tarik sampai ke hujung kolam. Aku meneruskan menarik siperagut umpan. Setelah sampai ditebing baru ternampak kepalanya, seekor keli yang besar. Setelah ditimbang dan di ukur panjangnya didapati beratnya 15.4 kg dan panjangnya 91.4 cm. Ini merupakan rekod keli peribadi terbesar yang pernah aku dapat.

Secara keseluruhannya komplot kali ini amat memuaskan. Pacu berat purata 5 kg paling banya kami dapat.Sebelah petang pula ikan lebih besar memakan umpan cuma nasib dan kemahiran menentukan keadaan.

Marhaban Ya Ramadhan


Ikan Keli Ikan Haruan,
"Catch And Release" Harus Di Amalkan,
Aktiviti Memancing Satu Kemestian,
Amal Ibadat Jangan Di Tinggalkan,