Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Menjejak Lubuk Haruan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ahad terakhir sebelum  ramadan aku telah menjejaki lubuk-lubuk haruan di kawasan lembah klang yang pernah aku terjah beberapa tahun yang lepas.
Lubuk pertama

Lubuk pertama agak kecil dan terpencil serta airnya cetek. Satu jam aku casting seekor haruan pun tak sambar umpan. Aku pun tak tahu kemana menghilangnya semua ikan-ikan haruan dekat lubuk ni. Mungkin pemancing-pemancing lain dah "rembat" semua haruan dekat ni.

Lubuk kedua
 Disebabkan kumpau dilubuk pertama, aku menerjah kelubuk kedua. Lubuk ni agak jauh sedikit kedalam belukar. Kena redah semak baru boleh sampai. Tapi ada jugak orang lain pernah masuk lubuk ni sebab aku ada nampak denai ke lubuk ni.

Lubuk kedua
Dekat lubuk ni pun aku kumpau jugak. Walaupun ada ternampak beberapa ekor anak ikan haruan, tapi haruan mega lansung tidak menyambar gewang.

Pemancing memancing ikan tilapia

Sebelah petang aku pergi pula kelubuk seterusnya. Sampai sahaja dah ramai pemancing sedang memancing. Sebenarnya lubuk ni lebih kepada sebuah tasik, kebanyakkan ikan-ikan besar bermain ditengah tasik.

Tilapia dan Red Parrot

Kebanyakkan pemancing disini memancing ikan tilapia dan ada juga yang mendapat ikan red parrot.

Gewang

Disebabkan ramai pemancing yang mendapat tilapia merah, kemungkinan ikan pemangsa disini memburu anak ikan tilapia merah sebagai makanan utama. Maka aku menggunakan gewang yang bewarna merah untuk mengumpan meraka.

Ternyata teori aku benar. 30 minit casting, gewang aku diragut ikan. Tetapi nasib tidak menyebelahi aku,   ikan membawa lari gewang kepulau rumput ditengah-tengah tasik dan akhirnya tali utama putus disebabkan gewang tersangkut pada pulau rumput tersebut..

Haruan 1.4 kg
Kemudian aku mengunakan gewang Rapala "Wide tail dancer". Ternyata lenggokan gewang berjaya menarik perhatian seekor haruan. setelah ditimbang didapati beratnya 1.4 kg.

Secara keseluruhannya boleh dikatakan tasik ini terdapat haruan yang bersaiz mega, cuma nak kena tahu dekat mana lubuknya.Toman pun ada sebab memang boleh nampak kumpulan anak ikan toman di beberapa lokasi.

12 ulasan:

  1. Terbaik bang... lama dah rasanya xmancing haruan ni...

    BalasPadam
  2. Wahhh best seh... x sabar nk balik kampong...kerja dibandar x de masa gi memancing ##.saya ni baru lagi dalam teknik casting... casting memang best!!!

    BalasPadam
  3. Wahhh best seh... x sabar nk balik kampong...kerja dibandar x de masa gi memancing ##.saya ni baru lagi dalam teknik casting... casting memang best!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... yang paling best masa ikan sambar gewang..

      Padam
  4. Boleh bagi tau lubuk mana de aruan kat klang lama ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat area Klang Lama ni susah nak cari port haruan.. sekarang ni kami cari haruan kat area Sepang n Banting.. itu pun kadang-kadang jer dapat..huu..huu..

      Padam
    2. Sepang kat area mana tu bos?

      Padam
    3. Dekat ladang sawit KLIA 2 Mr Zarul...

      Padam
  5. Bro. nak resepi ikan haruan kering dan kongsi maklumat boleh la ke:

    www.haruan.my

    :)

    BalasPadam