Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Fish Valley Siri 5 tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setelah puas beraya, dari pantai timur semenanjung hingga ke pantai barat semenanjung, akhirnya baru-baru ni aku kembali semula menjejak kaki ke Fish Valley. Komplot kali ni dirancang secara mengejut. Pada awalnya aku nak memancing sorang-sorang sahaja, tapi pada malam sebelum hari memancing tu aku cuba menghubungi seorang sahabat di Balakong. Kebetulan pula besoknya beliau memang free, maka terjadi lah komplot bersama beliau di Fish Valley pada keesokan harinya.


Jam 7.00 pagi di Fish Valley
Macam biasa aku mesti sampai ke Fish Valley pada awal-awal pagi. Masa aku sampai ni seorang kaki pancing pun tiada lagi. Palang dekat depan pintu masuk tu akulah yang naikkan(Masa aku sampai palang tu memang tak berkunci).

Pacu 5.1 kg
Lesen pertama aku dapat. Sekali baling umpan terus strike.. biasa susah nak dapat macam ni. Mungkin sebab awal pagi dan suasana masih sunyi lagi, sebab tu ikan rakus makan umpan.

Pacu 4.0 kg
Selang 30 minit aku dapat lagi pacu. Kalau setiap 30 minit dapat ikan kan best, mesti lenguh tangan dibuatnya.

KETIBAAN MOHD IZWAN


Pacu 4.2 kg
Lebih kurang jam 10.00 pagi baru Izwan sampai, beliau rakan komplot yang aku maksudkan pada awal tadi. Setengah jam selepas beliau melempar umpan, beliau terus memperolehi lesen pertama beliau pada hari itu. Iaitu pacu 4.2 kg.

Baung 1.2 kg
Lebih kurang jam 11.00 pagi joran Izwan melentur-lentur. Setelah dilakukan sentapan dan beberapa minit aksi pertarungan akhirnya beliau berjaya memperolehi seekor baung yang beratnya hampir 1.2 kg.

Pacu 4.3 kg
Kemudian joran aku pula melentur. Macam biasa satu sentapan dan aksi pertarungan pun bermula. Akhirnya aku berjaya menewaskan seekor pacu.

Pacu 5.6 kg
Lebih kurang jam 12.00 t/hari iaitu disaat-saat masa kecemasan (Kami cuma ambil pakej dari jam 7.00 pagi-12.00t/hari) joran aku melentur sekali lagi. Mesin menjerit kuat diikuti dengan tali keluar tanpa henti. Setelah hampir 5 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan seekor pacu dengan berat 5.6 kg.

Secara keseluruhannya komplot kali ini boleh dikatakan amat memuaskan. Ikan memang galak memakan umpan pada sebelah pagi terutama diantara jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Mohd Izwan beberapa kali terputus perambut disebabkan asakkan si pacu bergitu juga dengan aku.




2 comments:

  1. Replies
    1. Pacu ni guna umpan roti dan beberapa umpan ramuan sendiri... Ikut nasib jugak. Kadang-kadang Kumpaw..

      Delete