Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Toman Lombong Puchong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hujung bulan Oktober aku telah berkomplot dengan Chef Endrawan untuk memburu Toman di lombong Puchong. Komplot kali ini mengunakan teknit casting dan berkonsepkan catch and release (CNR). Urusan penyewaan boat fiber telah dilakukan oleh Chef Endrawan dan guide kami ialah En.Norhisham Mohd Nordin.

Lombong Puchong
Seawal jam 8.00 pagi kami telah sampai di tepi lombong. Terdapat beberapa pemancing sedang memancing. Kebanyakan mereka memancing secara land based fishing dan menggunakan teknik casting.

Lombong Puchong
Lokasi pertama yang dibawa oleh En.Norhisham Mohd Nordin, terdapat sekelompok anak ikan haruan dipermukaan air, namum induknya tidak dapat dijinakkan dengan gewang.

Lombong Puchong
Lokasi kedua, beberapa sambaran diterima namum ikan tidak menyambar betul-betul pada gewang dan kami masih gagal menaikan seekor ikan pun dilokasi tersebut.

Norhisham Mohd Nordin danToman
En.Norhisham Mohd Nordin membawa kami ke lokasi yang lain, terdapat sekumpulan anak toman dipermukaan air. Kami melontar gewang namun masih gagal memikat induknya. En.Norhisham Mohd Nordin menukar gewang dari buzzbait ke popper frog dan hasilnya beliau berjaya menjinakkan seekor toman bersaiz sederhana.

Lombong Puchong
Lebih kurang jam 10.30 pagi suasana dipermukaan lombong menjadi gamat, toman mula bermain dipermukaan air. Beberapa kelompok anak ikan toman dapat dilihat memburu ikan-ikan kecil.

Toman yang aku dapat (curut jerr)
Buzzbait digunakan untuk memikat siinduk namun masih gagal. Aku menukar  buzzbait dengan popper frog dan hasinya aku berjaya menjinakan anak toman.

Aksi Chef Endrawan
Aktiviti casting diteruskan ke beberapa lokasi, beberapa ekor toman besaiz sederhana hanya sekadar mengejar gewang namum masih "liat" untuk membaham gewang.

Chef danToman

Chef Endrawan menukar  gewang pencil ke popper dan hasilnya seekor lagi toman saiz sederhana berjaya ditewaskan.

Pada jam 1.00 petang aktiviti memancing terpaksa ditangguhkan sementara kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Jam 5.00 petang aktiviti memancing disambung semula sehingga jam 7.00 malam.







Pulau Tioman Part 2


En.Mansor dengan hasil tangkapannya
Hari kedua kami di pulau Tioman. Orang paling bersemangat nak memancing ialah En.Mansor, pagi-pagi lepas solat subuh dia dah mula memancing. Beliau pakar menggunakan "koyan", aku nak baling umpan pun tak reti kalau guna koyan ni.


Kerapu
Aku dan Sham guna teknik casting, gewang jenis "spoon" memang menjadi. Banyak juga kerapu yang berjaya kami tewaskan.


Port casting sotong
Sebelah petang pula kami pergi memancing sotong, lokasinya berhampiran dengan Berjaya resort.

Sotong
Kami menggunakan teknik casting dan hasilnya beberapa ekor sotong berjaya ditewaskan.

Hasil memancing di pulau Tioman
Ini antara hasil yang kami perolehi di pulau Tioman, secara keseluruhanya kami amat berpuas hati dengan komplot kali ini. Mungkin lain kali hasilnya akan lebih lumayan sebab kami sudah tahu antara port-port memancing area pulau Tioman.







Pulau Tioman Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada pertengahan bulan Oktober aku telah berkomplot dengan dua orang sahabat untuk memancing di Pulau Tioman. Ini merupakan kali pertama kami memancing di pulau Tioman. Komplot kali ini, kami memancing  dengan konsep "Land Based Fishing". Teknik yang digunakan ialah teknik bottom dan teknik casting.

Suara's Chalet
Menggikut perancangan kami akan terus ke pulau Tioman pada hari yang sama kami bertolak dari Kuala Lumpur. Tetapi disebabkan kesilapan teknikal kami sampai lambat ke jeti Mersing, maka kami bermalam terlebih dahulu di Mersing.

Chalet yang menjadi pilihan kami ialah "Suara's Chalet", chalet ni terletak di tepi pantai dan 8 km dari bandar Mersing.

Pasar Mersing
Pagi sebelum bertolak ke Tioman, kami telah pergi ke pasar segar bandar Mersing untuk membeli umpan. Macam-macam jenis ikan ada dijual dekat pasar ni. Sotong dan ketam pun ada dijual, kesemuannya segar-segar dan harganya amatlah berpatutan.

Suasana di jeti Mersing
Mengikut jadual feri akan bertolak dari jeti Mersing pada jam 10.00 am. Jadi pada jam 9.30 am kami ke jeti Mersing sebab takut tertinggal trip feri. Sebaik sampai di jeti, ramai penumpang telah menunggu, dan jam 11.00am baru feri sampai. 30 minit selepas itu feri terus bertolak ke Pulau tioman.

Chalet Peladang
Perjalanan dari jeti Mersing ke Pulau Tioman mengambil masa hampir 2 jam. Kami turun di jeti kg Tekek dan bermalam di chalet Peladang.

Jeti Marina kg Tekek
Sebelah petang kami cuma berjala-jalan sekitar kampung Tekek dan menemubual beberpa penduduk kampung bagi mendapatkan port untuk memancing.

Siakap Merah Pualau Tioman
Malam barulah aktiviti memancing dimulakan, kami menggunakan teknik bottom dan memancing di jeti Marina kg Tekek, hasilnya seekor ikan siakap merah berjaya diperolehi.


*Cerita seterusnya akan disambung pada Pulau Tioman Part 2.