Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Casting Toman with Customized Buzzbait


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada hujung bulan November aku telah menerjah secara solo ke sebuah tasik di  Dengkil untuk memburu antara spesies ikan yang menjadi kegilaan kaki-kaki caster iaitu ikan toman.

Customized Buzzbait
Beberapa hari sebelum ke tasik tersebut aku telah membuat persediaan terlebih dahulu. Aku telah  customized beberapa peralatan menjadi  "Buzzbait".

Air yang tenang jangan disangka tiada toman
Jam 7.00 pagi aku  sampai ke tasik tersebut. Aku memerhati permukaan tasik untuk melihat sama ada terdapat toman atau spesis lain bermain dipermukaan air. Namun suasana tasik bergitu tenang. Aku membuat beberapa lontaran dan kocakan daripada spinning propeller serta pelanggaran antara spinning propeller dan cracker memecah kesunyian dipagi tersebut.

Induk toman
Aku menyusuri tebing tasik sambil melempar "Buzzbait" diantara rumput-rumput air dan tepi tebing tasik. Tiba-tiba aku ternampak sekumpulan anak toman diantara celah-celah rumput air. Aku melempar "Buzzbait" untuk memikat induknya namum masih belum berjaya.

Bergambar bersama induk Toman
Hampir satu jam aku mengikut kumpulan tersebut. Lontaran demi lontaran aku lakukan sehingga satu sambaran kuat diikuti dengan bunyi letupan dipermukaan air. Tali utama keluar tanpa henti, siiduk membawa "Buzzbait" diantara celah-celah rumput air dan ranting pokok tumbang di tepi tebing tasik. Aku meningkatkan tegangan pada tali utama untuk mengelakkan ikan terbelit diantara ranting pokok. Setelah hampir 20 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan induk toman tersebut.

Ambil data untuk rekod peribadi
Ukuran panjang, ukur lilit dan berat diambil untuk rekod peribadi.

Catch And Release
Setelah mengambil beberapa gambar dan data-data untuk direkod, induk tersebut dilepaskan semula untuk  pemancing generasi akan datang.







Casting Kolam RM3.00 Jugra, Banting.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada pertengahan bulan November aku telah berkomplot bersama Chef Endrawan untuk memancing di kolam RM3.00 Jugra, Banting. Ini merupakan kali pertama aku memancing dikolam tersebut dan merupakan kali kedua bagi Chef Endrawan. Chef Endrawan  yang ingat-ingat lupa jalan ke kolam tersebut telah membawa kami sesat hampir ke pulau Carey. Sudahnya 3 jam selepas bertolak dari Putrajaya barulah kami sampai ke kolam RM3.00 Jugra.


Terdapat 3 package memancing yang disediakan dikolam ini. 

Package pertama RM3.00
  • Bayar RM3.00 boleh mancing sampai lebam
  • Boleh mancing mana-mana kolam(Kolam Siakap, Kolam Jenahak dan Kolam Kerapu)
  • Dapat ikan kena timbang dan kena bawa balik.

Siakap/ Jenahak RM 17.00/kg
Kerapu RM 35.00/kg

Package kedua  RM30.00/ 2 jam(CNR)
  • Package ni hanya untuk kolam siakap sahaja.

Package ketiga  RM50.00/ 2 jam(CNR)
  • Package ni boleh memancing dekat mana-mana kolam pun.

Umpan Udang
Udang hidup juga ada dijual, sekor 0.20 sen.

Kolam jenahak
Kemudahan asas ada disediakan, pondok untuk pemancing atau ahli keluarga berteduh juga banyak.

Chef Endrawan vs Jenahak
Hasil daripada nasihat  Chef Endrawan, kami telah mengambil package ketiga, iaitu package CNR. Kami memilih untuk casting di kolam jenahak. Sebaik sahaja melempar soft plastic, ragutan terus diterima dari sijenahak.

Jenahak
Akibat teperanjat dengan ragutan tersebut Chef Endrawan terus menjadi sawan.
Kerapu
Sawan beliau bertambah parah apabila soft plastic beliau disambar kerapu. Beliau hampir menjilat ikan tersebut namun sempat dihalang oleh pemancing-pemancing lain.

Jenahak
Selang beberapa minit kemudian soft plastic aku pula diragut sijenahak.

Jenahak
Pada masa yang sama Chef Endrawan turut bertarung dengan sijenahak. Setalah diberi minum air kolam, sawan beliau semakin pulih.

Siakap
Setelah menaikkan 3 ekor jenahak, aku pergi pula ke kolam siakap. Siakap juga galak menyambar soft plastic . Namun siakap  pandai melepaskan diri semasa bertarung.

Jenahak

Setelah puas menaikkan 4 ekor siakap aku kembali semula ke kolam jenahak. Hasilnya aku menewaskan seekor lagi jenahak.


Package 2 jam telah sampai kepenghujungnya, kami berjaya mendapat 10 atau 11 ekor jenahak, seekor kerapu dan aku tak pasti berapa ekor siakap yang kami dapat keseluruhannya sebab aku cuma kira siakap yang aku dapat sahaja.

Secara keseluruhanya komplot kali ini amat memuaskan. Nasib baik kami ambil package CNR kalau tidak entah berapa ratus kami kena bayar untuk bawa balik ikan.









Fish Valley Siri 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada awal bulan November aku telah berkomplot dengan dua orang sahabat iaitu Farid dan Zamree untuk memancing di kolam Fish Valley. Komplot kali lebih kepada untuk memperkenalkan Zamree dengan aktiviti memancing ikan di kolam  air tawar. Sebab beliau baru sahaja berpindah dari Labuan dan jarang memancing ikan air tawar.

Belida 2.3 kg
Kami sampai di Fish Valley lebih kurang jam 10.00 pagi. Lebih kurang 30 minit selepas melempar umpan, Farid terus mendapat ragutan pertama. Sentapan dibuat dan kelibat seekor ikan yang leper dan panjang  melompat dipenjuru kolam. Setelah bertarung hampir 4 minit  akhirnya Farid berjaya menewaskan seekor ikan belida yang beratnya 2.3kg

Pacu 2 kg
Kemudia joran Zamree pula melentur, sentapan dibuat dan pertarungan bermula. 5 minit selepas itu beliau berjaya menewaskan seekor pacu seberat 2 kg.
Pacu 5 kg
Beberapa minit selepas itu joran Zamree melentur lagi. Spool mesin berbunyi tanpa henti. Ikan membawa lari tali hingga ketengah kolam. Pertarungan mengambil masa hampir 7-8 minit. Akhirnya seekor lagi pacu berjaya ditewaskan oleh Zamree.

Pacu 3.4 kg
Ikan "frenzy" ditengah-tengah kolam. Kami melempar umpan ke arah kumpulan tersebut. Beberapa ekor berjaya ditewaskan, ada juga yang berjaya melepaskan diri. Aku juga berjaya menewaskan seekor pacu seberat 3.4 kg.

Lunch time
Satu jam selepas itu suasana kolam menjadi tenang. Tiada sebarang sentapan dari mana-mana ikan. Kami mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dan mengalas perut.

Keli 7.3kg

Sedang aku menikmati makanan tengah hari, tiba-tiba spool mesin aku berbunyi kuat. Aku membalas dengan satu sentapan dan si ikan berenang meluru ketengah-tengah kolam. 5 minit bertarung, akhirnya renangan si ikan semakin perlahan namum masih belum menampakkan dirinya. Hampir 3 minit selepas itu barulah aku berjaya menewaskan seekor keli seberat 7.3kg.


khemah

Lebih kurang jam 3.00 petang suasana semakin suram, keadaan kolam menjadi tenang tanpa ada riak ikan bermain dipermukaan kolam. Beberapa mini selepas itu hari mula hujan dan kami semua berteduh dibawah kanvas yang sebelum ini dijadikan alas untuk berehat.

Strike dalam hujan
Jangkaan kami ikan tidak memakan umpan semasa hujan jauh meleset. Beberapa ekor pacu berjaya ditewaskan semasa hujan lebat. Kebanyakan ikan memakan umpan yang dilempar tidak jauh dari tebing.

Secara keseluruhannya komplot kali ini amat memuaskan, banyak juga ikan yang berjaya ditewaskan, terutamanya ikan pacu. Zamree yang sebelum ini memancing laut di Labuan juga teruja memancing ikan air tawar, sebab beliau sudah terkena "renjatan" tarikan ikan di Fish Valley.