Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Jelajah Lubuk sekitar Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha aku telah pergi menjejak beberapa lubuk di sekita Putrajaya. Susah jugak nak cari port memancing kat area Putrajaya. Walaupun Putrajaya dikelilingi dengan banyak tasik, namun kebanyakkan kawasannya ialah kawasan larangan memacing.

Lubuk Pertama
Lubuk pertama yang aku jumpa, tiada sebarang aktiviti ikan pun.  30 minit casting namun tiada sebarang sambaran. Puas aku menukar gewang, dari gewang jenis buzzbait, soft plastic frog, Popper dan Pencil satu pun tidak berjaya menarik perhatian penghuni lubuk. Mungkin teknik bottom berkesan kat lubuk ni.


Lubuk kedua
Lubuk kedua, dijumpai 50 meter dari lubuk pertama. Terdapat banyak ikan lampam bermain dipermukaan air. Gewang agak sukar untuk dilempar kerana lubuk ini ditutupi dengan semak samun yang tinggi. Air dilubuk ini jernih dan mengalir. Hasil daripada pemerhatian yang aku lakukan. Disyaki terdapat ikan sebarau dilubuk ini.
Lubuk ketiga
Lubuk ketiga dijumpai hampir 150 meter dari lubuk kedua. Air dilubuk ini cetek dan tidak mengalir. Terdapat sekelompok anak ikan haruan beberapa meter dari tebing. Aku melekukan beberapa lontaran gewang untuk memujuk si ibu haruan, namun akhirnya aku gagal.


Gewang yang digunakan untuk memujuk ibu haruan.

Lubuk keempat

Lubuk keempat dijumpai bertentangan dengan lubuk ketiga. Lubuk ini merupakan sebuah kolam. Airnya tidak mengalir dan agak jernih, kadangkala ternampak kelibat ikan berenang namun gewang aku masih gagal menarik perhatian penghuni lubuk ini.

Lubuk kelima
Lubuk kelima dijumpai bersebelahan dengan lubuk ketiga. Lubuk ini kelihatan lebih menarik. Airnya tidak mengalir dan disesetengah tempat permukaan airnya diselaputi oleh lumut.

Haruan
Lontaran gewang kali kedua terus disambar oleh si haruan.

Haruan
Lontaran gewang terus dilakukan untuk memujuk si haruan. Beberapa kali sambaran berjaya diperolehi namun mata kail tidak betul-betul mengenai mulut ikan. Sambaran terakhir agak ganas, namun ikan berjaya melepaskan diri dengan gewang  dimulutnya. Ini kerana snap pin  terbuka akibat sambaran tersebut. 



Kolam Tow Foo

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan Oktober aku telah merancang satu komplot bersama Farid  ke kolam Tow Foo. Ini merupakan kali pertama aku ke kolam Tow Foo bagi tahun 2013.

Kami sampai ke kolam Tow Foo lebih kurang jam 3.00 pagi. Masa tu hanya ada 3 group pemancing sedang memancing. Tapi port yang kami selalu memancing telah diambil oleh salah satu  dari group tersebut. Jadi kami terpaksa memancing di port  yang lain.

Lampam
Lesen pertama diperolehi oleh Farid. Seekor lampam yang beratnya hampir 1 kg.

Ikan Selat

Lesen pertama aku di kolam tow foo bagi tahun 2013, Seekor ikan Selat.

Tilapia
Kemudian aku mendapat seekor ikan tilapia yang beratnya hampir 1 kg.

Patin
Setelah hampir 4 jam tanpa sebarang hasil, akhirnya umpan diragut ikan dan seekor patin berjaya ditewaskan.

Patin
1 jam selepas patin pertama ditewaskan, aku berjaya menewaskan seekor lagi patin. Patin kali ini agak besar dimana setelah ditimbang beranya mencapai 5.4kg.
 
Secara keseluruhanya hasil komplot kali ini kurang memuaskan. Ikan agak kurang menjamah umpan, aktiviti "boiling" juga kurang. Kadangkala keadaan kolam menjadi sunyi tanpa sebarang aktiviti dari penghuni kolam.


SEKITAR SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 3/ 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Pada 29 September 2013 telah diadakan Sirkit pancing Putrajaya 3/2013. Aku telah pergi ke sana bukan sebagai peserta sebaliknya sebagai pemerhati. Aku sampai ke lokasi pertandingan pada jam 12.00 pm. Masa tu ada diantara peserta dah balik. Mungkin dah putus asa sebab masa tinggal lagi 30 minit.

Gelagat peserta

Hasil dari pemerhatian aku, didapati ramai peserta mengunakan joran yang panjang lebih dari 7'. Antara umpan yang paling banyak digunakan ialah dedak dan roti. Ada juga peserta mengunakan anak ikan keli, anak ikan lampam, buah kelapa sawit, buah ara, cengkerik dan cacing.

Aktiviti memancing udang

Acara memancing udang juga turut menarik ramai pemancing. Semasa Sirkit Pancing Putrajaya masih berjalan, aktiviti memancing udang disertai oleh kanak-kanak. Sebaik sahaja Sirkit Pancing Putrajaya tamat pada jam 12.30 pm, ramai peserta pertandingan menyertai aktiviti memancing udang. Mungkin mereka ingin mencuba nasib memancing udang pulak sebab "kumpau" semasa memancing ikan.

Tenggalan
Antara ikan yang diperolehi oleh peserta.

Toman dan Lampam
Antara ikan yang diperolehi oleh peserta.

Peserta menuju ke khamah utama
Jam 12.30 pm, peserta berpusu-pusu ke khemah utama.
 
Khemah hakim

Ada diantara peserta melihat hasil tangkapan  di khemah hakim.

Nombor Cabutan bertuah

Peserta melihat no cabutan bertuah.

Hadiah pertandingan
Antara hadiah yang ditawarkan.

Pentas utama
Pentas utama penyampaian hadiah.

PEMENANG SIRKIT PANCING PUTRAJAYA 3/ 2013

JUARA     : Nik Nazriariffin Nik Hassan  TANGKAPAN: Tenggalan, 3.1 kilogram (kg).
N JUARA :Mohd Akmal Hashim          TANGKAPAN: Tenggalan 2.4 kilogram
KE-TIGA  : Mohd Akmal Hashim         TANGKAPAN: Tenggalan 1.9 kilogram


Memang sudah menjadi lumrah, kebanyakan peserta yang memenangi pertandingan Sirkit pancing Putrajaya ialah peserta yang berjaya mendapat ikan Tenggalan. Ini kerana ikan tersebut memberi markah yang paling tinggi iaitu 10 markah.

Taniah kepada semua pemenang, kepada yang tewas jangan berputus asa, sesungguhnya rezeki itu ketentuan tuhan.