Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Light Jigging Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Selain dari casting. Jigging juga merupakan salah satu teknik memancing yang aku suka. Pada awal bulan November aku telah "diracun" oleh Chef Endrawan untuk menyertai trip light jigging di perairan Port Dickson. Akibat termakan "racun" pekat dari beliau akhirnya aku sudi menyertai beliau untuk ke trip tersebut.

Shopping
Persediaan pertama, aku telah menerjah ke beberapa kedai di Lembah Klang untuk  membeli beberapa ketul metal jig.
Jig dan lure yang aku bawa
Ni antara metal jig yang aku beli, aku sediakan juga beberapa keping heavy jig  dan beberapa lure. Mana lah tahu tiba nak main casting pulak kan.
Chef Endrawan
Sebelum tu aku kenalkan ahli trip kami... Ini adalah ketua kepada trip kami, beliau ialah Chef Endrawan, beliau lah yang bertanggungjawab "meracun" aku supaya menyertai trip ini.
Herry
Ahli trip yang seterusnya ialah  Herry, beliau juga telah diracun  semasa  membeli rod second hand daripada Chef Endrawan.
Apek
Ini pulak antara tekong jigging terbaik di Port Dickson, beliau lebih dikenali dengan gelaran "Apek".
Aku
Ini pulak ahli trip yang paling handsome...heee..eee

Aksi Herry melawan asakan si Talang
Kami turun ke laut lebih kurang jam 9.00 pagi, 30 minit kemudia sampai ke lubuk pertama. Selang beberapa minit kelihatan boiling Talang dan Tenggiri dipermukaan air, kami melempar jig kearah boiling tersebut dan hasilnya Herry orang pertama yang memdapat strike..

Aku melawan Tenggiri
Setelah lucut pada strike yang pertama, aku memperkemaskan lagi teknik sentapan dan pengawalan kekili dan hasinya aku berjaya memperolehi lesen pertama jigging di Port Dickson.

Chef Endrawan melawan Talang
Kemudia ketua trip pula mendapat lesen... seekor Talang berjaya beliau tewaskan.

Talang yang ditewaskan oleh Chef Endrawan
Tekong terus menjejak boiling Talang dan Tenggiri.. kami berselang-seli menaikan hasil tangkapan.

Talang yang ditewaskan oleh Herry
Herry dengan Talang yang  berjaya beliau tewaskan..

Tenggiri yang aku tewaskan
Aku pula sempat bergambar dengan Tenggiri yang berjaya aku tewaskan. Tak banyak gambar yang sempat aku tangkap, sebab kami semua sibuk dengan aktiviti jigging, senang kata "tak menang tangan" nak melayan sentapan dari Talang dan Tenggiri.

Ini lah hasil keseluruhan tangkapan kami pada trip kali ini. 16 ekor Tenggiri dan 20 ekor Talang. Yang terlepas tak sempat nak kira entah berapa belas ekor.


Alhamdulillah...secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan trip kali ini, terima kasih pada Chef Endrawan kerana "meracun" aku supaya menyertai beliau ke trip ini.Terima kasih juga kepada ahli trip yang lain iaitu Herry dan terima kasih kepada Apek selaku tekong yang cukup berpengalaman dan tidak lokek berkongsi ilmu..

Terjah lubuk haruan di KLIA 2 akan di update pada entry akan datang...












Terjah Lubuk haruan Penang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Dua minggu selepas aku balik dari terjah lubuk haruan di Machang aku pergi pula terjah lubuk haruan di Penang. Terjahan kali ini adalah diatas pelawaan adik aku yang menetap di Penang.

Lubuk "Sang Bedal"
Terjahan kali ini dilakukan selama dua hari, hari pertama aku terjah beberapa lubuk haruan di Seberang Jaya, lubuk "sang bedal" adalah lubuk pertama yang aku terjah, hasilnya "kumpau" sebab takut kena bedal, aku memancing sekejap sahaja..

Haruan bersaiz juvana
Setelah kumpau di lubuk sang bedal aku terjah pula beberapa lubuk di Permatang Pauh, hasilnya 3 ekor haruan bersaiz curut berjaya aku perolehi.

Lubuk "Karpet Hijau"
Setelah hampir kumpau dihari pertama, hari kedua aku komplot dengan adik aku. Beliau membawa aku ke tempat yang beliau biasa memburu sikepala ular. Tempat pertama adalah di Sg Lokan, tempat memang menarik. Permukaan air dipenuh dengan "karpet" hijau.

Haruan bersaiz juvana

Haruan bersaiz juvana
Setiap  dua atau tiga kali lontaran pasti ada yang menyambar, cuma saiznya antara 350g hingga 700g sahaja.
Antara lubuk yang diterjah
Kami meneruskan terjahan, beberapa lubuk haruan kami temui, ada yang berpenghuni dan ada juga yang kosong bergitu sahaja.


Parit yang berpenghuni
Terjahan diteruskan hingga ke Kg Manggis dan kg Tok Sani, beberapa parit kami terjah,banyak juga sambaran yang diperolehi, tetapi cuma 3 ekor yang bersaiz curut berjaya ditawan. 

Parit yang berpenghuni
Terjahan diteruskan hingga ke Sg Dua dan Sg Perai, banyak juga parit dan paya yang dijumpai.

Lubuk Air Hitam
Antara paya yang paling banyak hasilnya, kami namakan lubuk air hitam

Double strike di lubuk Air Hitam
Double strike, kebanyakan haruan bersaiz sederhana, namum tidak sombong untuk menyambar gewang.


Antara hasil di lubuk Air Hitam
Antara hasil tangkapan di hari kedua, 8 ekor haruan diperolehi dalam tempoh 1 jam 30 minit di lubuk air hitam.

Secara keseluruhannya  terjahan kali in kami berjaya memperolehi 22 ekor ikan haruan, tangkapan paling banyak di hari kedua iaitu di lubauk air hitam. Banyak juga "miss call" sebab haruan yang menyambar bersaiz kecil, sekiranya menggunakan umpan kata hidup mungkin peluang untuk terlepas adalah tipis.

Trip Light Jigging Port Dickson akan di update pada entry akan datang...







Terjah Lubuk Haruan Machang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Baru-baru ni aku pergi melawat adik ipar di Machang, macam biasa sebagai seorang pemancing, joran memang tidak pernah dilupakan walaupun sebenarnya aku memang tak pernah memancing kat Machang ni.

Machang, Kelantan
Sepanjang perjalanan aku sentiasa memerhatikan kawasan sekeliling mana lah tahu ternampak port mancing baik punya..Tetapi aku lebih fokus bila dah nak sampai ke Machang, aku ternampak kawasan sawah padi dan terdapat parit-parit yang dipenuhi tumbuhan akuatik (siapa yang biasa memancing korang mesti dah terbayang ikan apa yang ada kat tempat macam ni kan).

Sawah
Kami sampai lebih kurang jam 2.00 petang, aku rehat-rehat dulu (sambil terbayang port sawah tadi). Selepas asar aku terus ambil joran dan menuju ke sawah yang aku nampak tadi.
Haruan Machang
Sebaik sampai ke sawah, aku terus melempar gewang ke tali air berhampiran sawah, lemparan ke-3 terus mendapat sambutan. Seekor haruan berjaya aku tumpaskan. Aku berjalan menyusuri tali air, beberapa lagi sambaran berjaya aku perolehi namun sambaran tersebut tidak tepat mengenai mata kail.(mungkin juga ikan yang menyambar gewang terlalu kecil)

Salah satu Port haruan di Machang
Ini antara port terbaik disepanjang tali air tersebut, aku melempar gewang hingga kemulut palong, tiba-tiba satu sambaran berlaku dari dalam palong menyebabkan aku "terkejut beruk" namun ianya tidak tepat mengenai gewang. Aku meneruskan melontar gewang namun tiada sebarang sambaran lagi, mungkin ikan tersebut bersembunyi jauh didalam palong.
Haruan Machang
Aku meneruskan menjelajah dipinggir  sawah, sambil tu aku melempar gewang ditempat yang aku rasakan berpenghuni. Dan hasilnya seekor lagi haruan berjaya aku perolehi.

Haruan Machang
Lagi sekor aku perolehi di kotak sawah yang lain, saiznya hampir sama dengan haruan yang sebelum ni. Aku rasa haruan sawah memang besar-besar ni jer kot..

Haruan Machang
Apabila hampir senja lagi banyak sambaran yang aku perolehi, ada yang terlepas dan ada juga yang sambar tak tepat. 
Akhirnya dalam masa hampir 3 jam aku berjaya memperolehi 6 ekor haruan yang kesemua saiznya hampir sama dan dilepaskan semula untuk generasi akan datang.

"Terjah Lubuk haruan Penang" akan di update pada entry akan datang.







Bottom Toman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Baru-baru ni ada kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman, jadi beliau meminta aku untuk mendapatkannya.

Kebetulan aku pun dah lama tak menarik toman yang besar, jadi aku pun berusaha  mendapatkan toman untuk beliau. Kebiasaanya aku menggunakan teknik casting untuk mendapatkan toman, tapi kali ni aku menggunakan teknik bottom. Potensi untuk mendapatkan toman yang besar lebih tinggi jika  menggunakan teknik ni, sebabnya aku boleh menggunakan pelbagai jenis umpan dan aku juga boleh menggunakan banyak joran (lagi banyak joran lagi tinggi peluang untuk mendapat ikan) dan aku cuma perlu tunggu sehingga toman memakan umpan.

Perambut Toman
Disebabkan aku dah lama tidak menggunakan teknik bottom, maka aku  membuat persediaan lebih rapi. Aku menggunakan mata kail bercabang tiga dan diikat dengan cable sebagai perambut.

Perambut Toman
Ini lah perambut yang aku gunakan untuk memancing toman nanti.

Perambut Toman
Perambut toman yang telah siap...

Teknik memancing Toman
Ini lah teknik aku memancing toman apabila menggunakan kaedah bottom. Selepas melempar umpan ditempat sasaran, aku akan meyelaras drag pada tahap yang sesuai, kemudian tali dibiarkan bebas keluar dari spool. Tali yang keluar tadi ditindih dengan apa-apa barang yang agak ringan. Tujuannya ialah apabila toman menyambar umpan, alat/barang yang menindih tali tadi akan terpelanting/bergerak. Tali akan keluar dan aku akan biarkan toman membawa umpan. Setelah aku yakin toman betul-betul telah memakan umpan barulah aku melakukan sentapan.

Toman
Toman 4.59 kg

Ini lah hasilnya, seekor toman yang berat hampir 4.59 kg berjaya aku perolehi. Maka tercapailah hajat kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman.

"Terjah Lubuk haruan Machang" akan di update pada entry akan datang.




Peacock Bass Tasik Prima Puchong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... bagi kaki pancing sekitar lembah klang, pasti ramai yang tahu tentang tasik Prima di Puchong. kali ni aku dan Arul berkomplot ingin memburu Ikan Raja, atau lebih dikenali dengan Peacock Bass (PB).

Sampan Fiber

Komplot dimulakan dengan mengambil sampan di rumah Arul, sampai sahaja ditepi tasik Prima kelihatan air tasik agak keroh. Mengikut pengalaman Arul keadaan bergini agak sukar untuk menjinakkan Peacock Bass.

Red Parrot
Kami mendayung ke sebuah pulau rumput yang tidak jauh dari tebing. Hasilnya beberapa ekor ikan red parrot berjaya diperolehi oleh Arul, sedangkan aku masih kumpau lagi.

Red Parrot
Berkat kesabaran akhirnya aku mendapat seekor ikan red parrot. Ikan Peacock Bass yang diburu masih belum menyambar umpan.

Peacock Bass
Kami berpindah ke pulau rumput yang lain, akhirnya Peacock Bass yang dicari-cari berjaya aku tawan, walaupun saiznya kecil tetapi aksinya cukup bertenaga terutama apabila aku menggunakan rod aksi ringan.

Peacock Bass
Kemudian aku dapat  sekor lagi Peacock Bass curut, dan lagi serta lagi Peacock Bass curut, kali ni Arul menjadi jurugambar aku haa..haa..

Peacock Bass
Kemudia tiba-tiba kekili Arul berbunyi kuat, tali keluar tanpa henti siperagut umpan menyelinap masuk dibawah pulau rumput yang berhampiran. dengan pengalaman yang ada akhirnya Arul berjaya menewaskan seekor Peacock Bass.

Bermula dari detik itu, joran Arul tak habis-habis diasak Peacock Bass. Aku sekadar menjadi pemerhati dan kadang-kala umpan aku diragut ganas, namum siperagut berjaya melepaskan diri (Adoii..i menyesal betul aku gelakan Arul tadi, kali ni dia gelakan aku pulak).

Peacock Bass
Ini lah hasil keseluruhan komplot pada hari tersebut, selain dari ikan red parrot 12 ekor ikan Peacock Bass berjaya kami perolehi. 

Peacock Bass
Yang besar-besar dalam gambar tu semuanya Arul yang dapat, aku dapat yang kecil jer. Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan komplot kali ni, walaupun aku dapat yang curut-curut jer tapi apa yang lebih penting aku dapat tips macam mana nak memancing Peacock Bass.

 "Bottom Toman " akan di update pada entry akan datang