Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Toman Part 1(Lesen Tahun Baru)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...  Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat tahun baru pada semua followers dan pembaca blog joranbiru. Minta maaf sebab dah hampir satu bulan tak update entry. Hari ni aku nak update lesen tahun baru 2014 aku.

Seawal jam 8.00 pagi pada 1 Januari 2014 aku telah sampai ke lokasi untuk memancing toman.

Air yang tenang jangan disangka tiada toman
Suasana tasik cukup tenang, tiada sebarang tiupan angin dan membuatkan permukaan tasik kelihatan seperti cermin yang terbentang luas. Ini memudahkan aku untuk melihat sebarang aktiviti dipermukaan tasik terutama, sekiranya terdapat kumpulan anak toman bermain dipermukaan air.

Boiling anak toman
Hampir satu jam tanpa sebarang aktiviti, tiba-tiba aku ternampak sekumpulan anak toman dipermukaan air di tengah-tengah tasik. Aku mendayung sampan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan kumpulan toman tersebut.


Mama toman
Aku memberhentikan sampan dalam lingkungan 10-13 meter dari kumpulan toman tersebut. Ini untuk mengelakkan kumpulan tersebut terganggu dengan kehadiran aku. Gewang mula dilontar untuk menarik perhatian induk kumpulan tersebut.

Hampir satu jam melempar gewang akhirnya kesabaran siinduk sampai ke hadnya. Satu sambaran ganas membuatkan tali utama  keluar tanpa henti. Hampir 8 minit bertarung akhirnya siinduk menyerah diri.


Rehat sebentar untuk memerhatikan permukaan kolam

Jam menunjukkan angka 1.00 patang, suasana tasik mula berangin. Agak sukar untuk melihat sebarang aktiviti dipermukaan air apabila permukaan tasik mula beralun. Aku berpindah ke lokasi yang mempunyai teratai.

Anak toman
Dikawasan teratai aku menggunakan umpan katak getah. Beberapa sambaran menerjah umpan namun mata kail masih belum betul-betul kena kemulut ikan tersebut. Aku meneruskan melempar umpan ke lokasi yang aku rasakan berpontensi. Akhirnya seekor anak toman berjaya aku tewaskan.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment