Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Toman part 2 (Tahun Baru Cina)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kebanyakan orang akan mengambil kesempatan cuti tahun baru cina untuk balik kampung atau beriadah bersama keluarga. Bergitu juga dengan aku, cuti tahun baru cina selama 3 hari dimafaatkan sepenuhnya. Aku balik ke kampung tapi pada masa yang sama aku akan memancing di kampung.

Kumpulan anak toman
Pagi-pagi selepas sarapan aku terus pergi ke sebuah tasik yang dulunya menjadi tempat aku memancing ikan tilapia. Jam 10.00 pagi sekumpulan anak toman mula bermain dipermukaan tasik. Aku menunggu dengan penuh sabar sehingga kumpulan anak toman tersebut berhampiran dengan tebing tasik.


Bad Dog Pencil Lure
Sebaik sahaja kumpulan toman tersebut berada dalam jangkauan lontaran gewang .Aku melempar gewang melepasi kumpulan tersebut dan menarik gewang supaya berenang merentasi kumpulan anak toman  untuk menarik perhatian induknya.

30 minit melempar gewang namum masih tiada sebarang reaksi dari induk toman. Aku menukar gewang dari jenis buzzbait ke jenis popper dan akhirnya menggunakan gewang jenis pencil, namun induk toman masih tiadak berjaya dipikat.

Toman
Aku terus mengikuti kumpulan anak toman tadi dengan menyusuri tebing tasik. 30 minit berlalu, entah berapa kali gewang telah aku lemparkan, induk toman masih "sombong" untuk membaham gewang. Aku terus melempar gewang dan tiba-tiba satu sentapan berlaku. Tali keluar tanpa henti, 5 minit bertarung akhirnya aku berjaya menewaskan seekor toman. 

Aku sangkakan induk kumpulan toman tersebut, rupa-rupanya toman bujang yang menyambar gewang. Aku melepaskan semula toman tersebut untuk mengekalkan populasi toman di tasik ini. Kumpulan anak toman tadi sudah beralih ke tengah tasik,  sekali-sekala kelihatan induknya timbul untuk mengambil udara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan