Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan  dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 1), kali ni aku update pulak lubuk yang aku terjah dihari kedua aku kat Pasir Mas.

Hari selasa, adalah hari berlangsungnya perkahwinan adik ipar aku. Biasa lah dari malam tadi sampai ke pagi, aku, sedara-mara orang rumah dan jiran-jiran sibuk membuat persiapan untuk majlis kenduri tersebut. Sepanjang tempoh persiapan tu aku pun sembang-sembang lah dengan jiran-jiran dan sedara-mara orang rumah aku, mana lah tahu dorang tahu port-port mancing kat Pasir Mas ni.

Adik ipar kahwin

Hasil usaha aku yang ringan mulut bertanya akhirnya berjaya, rupanya Pak Usu orang rumah aku kaki jaring dan menjala  ikan. Dia bagi tahu aku antara port-port dia tangkap ikan. Selepas asar majlis kenduri pun selesai, apa lagi aku terus pergi port yang Pak Usu tu cakap.

Lubuk ikan
Port ni memang cantik, ada kawasan yang airnya mengalir deras dan ada kawasan yang airnya tenang serta terdapat pokok teratai. Aku pergi ke kawasan air yang agak jernih dan airnya mengalir deras. Aku menggunakan spoon dan sebarau adalah sasaran aku. Namun tidak ada sebarang sambaran.

Haruan
Aku beralih pula kekawasan yang tenang dan terdapat pokok teratai, aku menggunakan soft frong sebagai umpan. 30 minit melempar umpan terdapat satu sambaran namun ikan berjaya melepaskan diri. Aku terus melempar soft frog dan  sekali lagi sambaran dari bawah teratai. Kali ini aku tidak melepaskan peluang, aku terus menyentap joran dan ikan berenang laju ke bawah teratai.

Haruan
Aku terus menarik joran namun ikan tidak mahu bergerak. Aku pergi kearah yang bertentangan dan akhirnya berjaya memaksa ikan keluar dari bawah teratai.

*TQ Pak Usu sebab bagi tahu port baik..
*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 3) akan di update pada entry akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan