Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah lubuk keli Selayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seminggu selepas memancing tengas di Pos Orang Asli  Gua Musang, aku pergi menerjah pula satu lubuk keli di Selayang.
 
Keli

Lokasi lubuk tersebut adalah lombong yang berhampiran dengan Jinjang. Ikan keli di lubuk ini kebiasaanya galak memakan umpan pada waktu awal pagi. Umpan yang biasa aku gunakan ialah cengkerik.

Keli

Hasil keseluruhan tangkapan
Dalam masa 2 jam, aku berjaya memperolehi hampir 2 kilo ikan keli. Kebanykan keli yang aku ambil adalah keli yang bersaiz juvana. Ini kerana keli yang lebih besar rasanya kurang enak jika dibandingkan dengan keli yang bersaiz juvana apabila dimasak nanti.

 "Trip One Fathom Bank"akan di update pada entry akan datang.


Terjah lubuk di Pos Orang Asli Gua Musang

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan Mei aku dikehendaki melakukan tugas rasmi dikawasan Pos Orang Asli di Gua Musang. Perjalanan daripada Kuala lumpur ke Gua Musang mengambil masa hampir 5 jam dengan menaiki Land Rover. Mengikut jadual kami dikehendaki melakukan lawatan  ke Pos Hau pada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya, kami bertolah seawal jam 7.00 pagi, ini kerana perjalanan daripada Gua Musang ke Kuala Betis mengambil masa 40 minit dan dari Kuala Betis ke Pos Hau mengambil masa 3 jam.

Jalan ke Pos Hau
Ini lah keadaan jalan yang kami lalui dari  Kuala Betis ke Pos Hau.

Jalan ke Pos Hau
Jalannya memang mencabar, hanya kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja yang boleh melaui jalan seperti ini.

Kesan tapak kaki gajah
Selain daripada jalan yang sukar, binatang buas juga merupakan satu acaman, namu kami bernasib baik kerana Gajah baru sahaja melaui kawasan tersebut.

Perkampungan Orang Asli
Sepanjang perjalanan kelihatan kampung-kempung kecil komuniti orang asli yang terdiri daripada beberapa buah rumah
Papan Tanda Amaran "Dilarang Menceroboh"
Sepanjang jalan kelihatan papan tanda amaran yang melarang pencerobohan  tanah/kawasan Orang Asli.
Pos Hau
Batu tanda Pos Hau, merujuk kepada peta. Pos Hau berhampiran dengan Cameron Highland, oleh yang demikian suhu disini adalah lebih kurang sejuk dengan suhu di Cameron Highland atau mungkin lebih sejuk. Ini kerana kawasan disini masih bebas daripada aktiviti pertanian komesil dan pembangunan.

Pos Hau
Perkampungan orang asli di Pos Hau, suasana disini  tenang dan udaranya sungguh menyegarkan. Kebanyakkan penduduk disini bertani dan ada antaranya mengembala kambing.

Plan Lokasi Pos Hau

Plan lokasi Pos Hau, aku bertanya kepada orang asli disini mengenai sungai-sungai didalam plan tersebut untuk mendapatkan lubuk memancing.

Memancing di anak sungai Pos Hau
Hasil maklumat daripada penduduk tempatan, kami telah pergi ke anak sungai yang berhampiran dengan kg Ladoi. Aku memancing sementara pemandu berehat dan membersihkan kenderaan.

Antara lubuk di Pos Hau
Antara lubuk yang terdapat di sekitar Pos Hau

Antara lubuk di Pos Hau
Antara lubuk yang terdapat di sekitar Pos Hau.

Tengas
Aku menggunakan teknik casting, namun hanya seekor tengas sahaja berjaya diperolehi.

Hasil tangkapan

 Memandangkan casting tidak mendapat sambutan, aku menggunakan teknik bottom dan berumpankan cacing. hanya dalam tempoh 45 minit aku berjaya memperolehi 7 ekor tengas. 

Memandangkan masa amat menceburui kami, kami terpaksa bertolak keluar ke bandar Gua Musang dan perjalanan akan mengambil masa hampir 4 jam. Aku terpaksa melupakan hajat untuk memancing lebih lama dilubuk tersebut.

Menurut kata beberapa orang asli di Pos Hau, sungai-sungai berhampiran dengan pos tersebut terdapat kalah, sebarau, tengas, baung dan beberapa spesies ikan yang lain. Namun ikan-ikan tersebut lebih mudah dipancig pada waktu malam. Mungkin inilah sebabnya aku hanya mendapat tengas sahaja.

"Terjah lubuk keli Selayang" akan di update pada entry akan datang.








Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 5)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Seperti yang dijanjikan  dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 4), kali ni aku update pula hasil aku terjah lubuk haruan Pasir Mas pada hari ke lima dan merupakan hari terakhir aku di Pasir Mas sebelum pulang ke Putrajaya pada keesokkan harinya.

Tepat jam 7.00 pagi aku dah berada didepan rumah Pak Su. Pak Su pun teperanjat, dia ingatkan aku cuma cakap main-main jer semalam nak datang rumah dia jam 7.00 pagi. Jam 7.30 pagi kami bertolak dan lebih kurang jam 10.00 pagi kami sampai tempat semalam.

Parit
Kali ni aku pergi ke parit yang jauh sedikit, sebab semalam aku tak sempat nak casting kat sini.

Tali putus

Aku terus melempar Soft Frog, Sebaik sahaja menyentuh permukaan air, soft frog terus disambar haruan. Haruan melarikan diri dibawah rumput, aku mengetatkan drag dan tali utama terputus disebabkan tegangan yang melampau.(Habis soft frog aku kena rembat dengan haruan)

Parit
Aku berjalan menyusuri parit sambil melempar soft frog dan beberapa ekor haruan berjaya aku tewaskan.

Parit
Dekat parit ni aku dapat 2 ekor haruan bersaiz juvana.

Lopak air
Terdapat juga  lopak air atau kolam kecil diantara parit-parit tersebut, kebanyakan ikan haruan yang besar bersembunyi didalam lopak seperti ini.
Haruan
Antara haruan yang berjaya aku tewaskan, tak banyak gambar yang sempat aku snap sebab aku banyak menghabiskan masa dengan casting.

Soft Frog
Soft Frog yang paling banyak menewaskan haruan yang bersaiz juvana.

Hasil terjah lubuk haruan Pasir Mas hari ke lima
Lebih kurang jam 3.00 petang kami bertolak balik, setiap seorang berjaya memperolehi hampir setengah guni haruan. Kesemua haruan yang di pancing pada hari ini dan yang semalam dikumpulkan untuk dijual oleh Pak Su kepada peraih di bandar Pasir Mas.

*Terima kasih Pak Su, nanti saya balik Pasir Mas, kita pergi mancing haruan lagi.

"Terjah lubuk di Pos Orang Asli Gua Musang" akan di update pada entry akan datang.






Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 4)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seperti yang dijanjikan dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 3). Kali ni aku update pula hasil aku terjah lubuk haruan pada hari ke empat. Kali ni aku komplot dengan Pak Su, beliau nak bawa aku ke lubuk dia mancing haruan. Katanya lubuk ni jauh sikit, jadi kena bertolak awal.

Jalan ladang getah
Kami bertolak jam 7.00 pagi, perjalanan mengambil masa 2 jam melalui kawasan kampung dan ladang getah. Sampai di satu kawasan kami terpaksa berjalan kaki hampir 30 minit disebabkan kereta tidak boleh memasuki kawasan tersebut.
Lubuk haruan

Setelah hampir 30 minit menapak, kami sampai disatu kawasan yang luas dan dipenuhi dengan parit serta lopak-lopak air.

Parit ladang getah
Aku dan Pak Usu berpecah, kami memancing disepanjang parit dan lopak air.
Parit ladang getah
Setiap parit pasti mendapat hasil antara 2 ekor  hingga 4 ekor ikan haruan. Yang lucut pun banyak.


Hasil hari ke empat terjah lubuk haruan Pasir Mas

Setelah hampir 3 jam  memancing Pak Usu ajak aku balik, katanya dia ada kenduri (kacau betul la, aku tengah syok casting haruan, dia ajak balik pulak).

 "Tak po Rizal esok kita mari lagi, esok kita ngail lama sikit" itu janji Pak Su kat aku. "Ok no problem Pak Su, esok jam 7.00 pagi saya datang rumah Pak Su".

*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 5) akan di update pada entry akan datang.




Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seperti yang dijanjikan dalam Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 2), maka aku akan update hasil hari ke-3 aku menerjah lubuk di Pasir Mas. Mengikut Pak Usu lubuk ni banyak ikan baung, ikan haruan dia tak pasti sebab dia tak pernah dapat ikan haruan kat sini.

Lubuk
Kali ni aku bertolak lewat sikit ke lokasi, sebab lokasi ni dekat dengan kampung orang rumah. Walau bagaimanapun hampir 30 minit aku sesat sebab tak biasa dengan kawasan dekat sini. Lubuk ni agak sunyi, kelihatan ikan sepat boiling dipermukaan air. Kadang-kala terdengar sambaran dari dalam terowong di hujung lubuk.

Haruan
Aku melempar gewang pencil, 30 minit casting masih tiada apa-apa tindak balas dari penghuni lubuk. Aku menggunakan killer frog, aku melempar gewang dibawah dahan-dahan pokok. 3 kali lempar terus killer frog aku disambar haruan.


Kulit Ular


Memandangkan killer frog mendapat sambutan dan lokasinya dibawah dahan-dahan pokok. Aku berganjak kedepan lagi bagi memudahkan aku melempar killer frog dibawah dahan-dahan kayu. Sedang aku syok casting tiba-tba ternampak kulit ular, alahai terus hilang mood. Dah lah aku sorang-sorang kalau jadi apa-apa kat aku kan susah.

Sebagai tindakan pencegahan aku terus balik. Aku percaya lubuk ni terdapat ikan haruan yang besar, mungkin lain kali aku akan komplot dengan beberapa pemancing yang lain, baru berani nak casting kat tempat macam ni.

*Mancing-mancing jugak, keselamatan harus diutamakan.

*Terjah Lubuk Haruan Pasir Mas (Siri 4) akan di update pada entry akan datang.