Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Terjah lubuk di Pos Orang Asli Gua Musang

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada awal bulan Mei aku dikehendaki melakukan tugas rasmi dikawasan Pos Orang Asli di Gua Musang. Perjalanan daripada Kuala lumpur ke Gua Musang mengambil masa hampir 5 jam dengan menaiki Land Rover. Mengikut jadual kami dikehendaki melakukan lawatan  ke Pos Hau pada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya, kami bertolah seawal jam 7.00 pagi, ini kerana perjalanan daripada Gua Musang ke Kuala Betis mengambil masa 40 minit dan dari Kuala Betis ke Pos Hau mengambil masa 3 jam.

Jalan ke Pos Hau
Ini lah keadaan jalan yang kami lalui dari  Kuala Betis ke Pos Hau.

Jalan ke Pos Hau
Jalannya memang mencabar, hanya kenderaan jenis pacuan empat roda sahaja yang boleh melaui jalan seperti ini.

Kesan tapak kaki gajah
Selain daripada jalan yang sukar, binatang buas juga merupakan satu acaman, namu kami bernasib baik kerana Gajah baru sahaja melaui kawasan tersebut.

Perkampungan Orang Asli
Sepanjang perjalanan kelihatan kampung-kempung kecil komuniti orang asli yang terdiri daripada beberapa buah rumah
Papan Tanda Amaran "Dilarang Menceroboh"
Sepanjang jalan kelihatan papan tanda amaran yang melarang pencerobohan  tanah/kawasan Orang Asli.
Pos Hau
Batu tanda Pos Hau, merujuk kepada peta. Pos Hau berhampiran dengan Cameron Highland, oleh yang demikian suhu disini adalah lebih kurang sejuk dengan suhu di Cameron Highland atau mungkin lebih sejuk. Ini kerana kawasan disini masih bebas daripada aktiviti pertanian komesil dan pembangunan.

Pos Hau
Perkampungan orang asli di Pos Hau, suasana disini  tenang dan udaranya sungguh menyegarkan. Kebanyakkan penduduk disini bertani dan ada antaranya mengembala kambing.

Plan Lokasi Pos Hau

Plan lokasi Pos Hau, aku bertanya kepada orang asli disini mengenai sungai-sungai didalam plan tersebut untuk mendapatkan lubuk memancing.

Memancing di anak sungai Pos Hau
Hasil maklumat daripada penduduk tempatan, kami telah pergi ke anak sungai yang berhampiran dengan kg Ladoi. Aku memancing sementara pemandu berehat dan membersihkan kenderaan.

Antara lubuk di Pos Hau
Antara lubuk yang terdapat di sekitar Pos Hau

Antara lubuk di Pos Hau
Antara lubuk yang terdapat di sekitar Pos Hau.

Tengas
Aku menggunakan teknik casting, namun hanya seekor tengas sahaja berjaya diperolehi.

Hasil tangkapan

 Memandangkan casting tidak mendapat sambutan, aku menggunakan teknik bottom dan berumpankan cacing. hanya dalam tempoh 45 minit aku berjaya memperolehi 7 ekor tengas. 

Memandangkan masa amat menceburui kami, kami terpaksa bertolak keluar ke bandar Gua Musang dan perjalanan akan mengambil masa hampir 4 jam. Aku terpaksa melupakan hajat untuk memancing lebih lama dilubuk tersebut.

Menurut kata beberapa orang asli di Pos Hau, sungai-sungai berhampiran dengan pos tersebut terdapat kalah, sebarau, tengas, baung dan beberapa spesies ikan yang lain. Namun ikan-ikan tersebut lebih mudah dipancig pada waktu malam. Mungkin inilah sebabnya aku hanya mendapat tengas sahaja.

"Terjah lubuk keli Selayang" akan di update pada entry akan datang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan