Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Toman Fish Valley

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu selepas balik dari One Fathom Bank, aku pergi pula casting toman di Fish Valley... "Apa Fish Valley ada toman, biar betul", mungkin itu yang bermain difikiran korang sekiranya korang pernah memancing di Fish Valley.

Sebenarnya kolam toman di Fish Valley baru dibuka pada 1 Mei 2014, mengikut kata pekerja dikolam tersebut, 1000kg toman telah dilepaskan pada fasa pertama. Kemudian 1000kg toman lagi telah dilepaskan pada minggu kedua selepas kolam tersebut dibuka. 

Toman merupakan sasaran utama bagi kaki-kaki caster dikolam tersebut, namun beberapa spesies ikan yang lain juga ada, antaranya baung, pacu, belida dan haruan.

Pintu masuk ke Fish Valley

Kolam dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi pada hari sabtu dan ahad sahaja. Jadi seperti biasa aku akan sampai awal untuk mendapat lokasi memancing yang terbaik.

Jam 6.45 pagi aku dah sampai di Fish Valley, pintu pagar pun masih belum dibuka. Nasib baik  pintu tidak dikunci, jadi boleh lah aku masuk.

Notice Board
Aku menunggu penjaga kolam di kaunter pondok pendaftaran. 10 minit menunggu pekerja tersebut pun sampai."Bang awal sampai" itu perkataan pertama dari penjaga kolam tersebut. Biasalah tangan dah ketar nak casting ni, kalau kolam ni buka 24 jam tengah-tengah malam lagi aku dah sampai.

Stiker Pendaftaran

Bayaran untuk memancing dikolam ini ialah RM100.00 untuk empat jam tiga puluh minit. Satu stiker akan dililit pada pergelangan tangan untuk menandakan kita telah membuat bayaran. Hanya single hook sahaja boleh digunakan dan setiap ikan yang kita perolehi akan disauk oleh penjaga kolam.

Kolam Toman Fish Valley

Ikan memang banyak boiling dipermukaan air, terutamanya dibahagian tengah kolam. Memandangkan ikan bermain dipermukaan atas, aku menggunakan buzzbait. Memang banyak sambaran namun tiada seekor pun yang kena pada mata kail buzzbait .

Dihadapan aku terdapat beberapa pemancing yang menggunakan gewang jenis pencil. Tiga ekor toman berjaya mereka tewaskan namun aku masih tidak memperolehi apa-apa hasil walaupun menggunakan gewang yang sama jenis.
Toman Fish Valley
Lebih kurang jam 9.30 pagi toman mula kurang bermain dipermukaan air, gewang pencil yang aku lempar lansung tidak mendapat sambutan.

Aku menukar gewang jenis top water ke jenis sinking. Hasilnya memang memuaskan, seekor toman yang beratnya 2 kg berjaya aku tewaskan.

Toman Fish Valley
Kemudian aku menggunakan killer frog with propeller dan melemparnya di celah-celah ranting kayu yang berada di tengah kolam. Beberapa sambaran aku terima namun toman masih belum menyambar betul-betul pada mata kail. Aku meneruskan melempar gewang dan akhirnya seekor toman yang beratnya dalam lingkungan 2 kg berjaya aku tewaskan.

Penangan Toman

Aku pergi ke hujung kolam yang agak sunyi dan terdapat sebuah pondok di tengah kolam tersebut, aku menggunakan gewang jenis "wide tail dancer" dan melempar gewang berhampiran dengan pondok tersebut. Sedang aku mengaksikan gewang tiba-tiba satu bayang hitam yang besar keluar dari bawah pondok tersebut dan menyambar "wide tail dancer" aku.

Pertarungan bermula dan aku mengetatkan drag, sebab ikan tersebut ingin membawa gewang aku ke bawah pondok. Aku tidak memberikan peluang lansung dan akhirnya ikan tersebut berjaya melepaskan diri dengan mematahkan ekor gewang aku.

Toman Fish Valley

Walaupun ekor "wide tail dancer" aku dah patah, namun ianya masih tidak mematahkan semangat aku. Aku masih melempar gewang kearah pondoh tersebut dan sekali lagi gewang aku disambar ikan. Tapi kali ini aku berjaya menewaskan ikan tersebut, dan hasinya seekor toman yang beratnya hampir 2 kg berjaya aku perolehi.

Recovery area

Setiap ikan yang berjaya dipancing oleh mana-mana pemancing akan dimasukan dahulu ke satu ruang untuk ikan tersebut recovery. Ini untuk mengelakkan ikan yang dipancing akan mati sebaik sashaja dilepaskan semula kedalam kolam.

Secara keseluruhanya aku amat berpuas hati dengan hasil yang aku perolehi pada hari ini. Memang banyak sambaran yang aku perolehi namun aku tidak bernasib baik sebab ikan tidak mengenai mata gewang. 

Buat masa yang terdekat ni ikan masih mahu memakan gewang namun apabila sudah terlalu banyak ikan yang terkena gewang dan dilepaskan semula, mungkin pada satu masa ikan akan takut untuk memakan gewang. Pihak pengurusan Fish Valley harus melepaskan ikan secara berkala untuk mengelakan pemancing-pemancing toman  di Fish Valley menjadi kumpau..

"Trip memancing di perairan Tioman" akan di update pada entry akan datang







4 comments:

  1. sekarang toman culas makan tp tetap dpt strike.. slalunya kalaupg sana sy stanby dihujung kolam dlm pukul 10 pg pekerja dia buang sisa makanan dari restoran kat situ. masa tu pakai gewang apa pun ikan makan... syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ke faqha2209, saya dah lama tak memancing di Fish Valley.Ada juga kawan2 ajak saya memancing di sini, insyaAllah ada kelapangan saya akan turun ke sini semula.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete