Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip One fathom Bank

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada pertengahan bulan Mei aku telah dipelawa untuk menyertai satu trip memancing di One fathom Bank. Ini merupakan salah satu lokasi memancing yang tidak pernah aku jejaki. Adalah mustahil untuk menolak pelawaan tersebut.

Lokasi One fathom Bank melalui google map
One Fathom Bank terletak di perairan Selat Melaka iaitu lebih kurang 30 km dari delta Klang. Kami bertolak dari jeti Tanjug Harapan dan mengambil masa hampir 2 setengah jam untuk sampai ke One Fathom Bank.

Mengumpul peralatan memancing di Tanjung Harapan
Trip kali ini disertai oleh 13 orang ahli , kebanyakannya daripada klinik kesihatan Seri Kembangan dan tekong  kami ialah  abang Samad.

Bertolak dari Tanjung Harapan

Setelah menunggu ahli trip yang lain, akhirnya lebih kurang jam 9.30 pagi barulah kami berlepas dari jeti Tanjung Harapan.

One Fathom Bank
Kali petama melihat One Fathom Bank, aku rasa tak sabar nak memancing.

Azlan dan Zam Organizer trip kali ini
Inil ialah Azlan dan Zam, sebaik sampai ke One Fathom Bank mereka makan terlebih dahulu, mungkin penat kot sebab menguruskan ahli-ahli trip bermula dari Seri Kembangan hinggalah ke One Fathom Bank. Sebenarnya mereka berdua adalah organizer untuk trip kali ini. Terima kasih Azlan dan Zam, kalau tidak tak merasa aku memancing kat rumah api yang sering menjadi sebutan kaki-kaki pancing di perairan Selat Melaka.

Dapur di One fathom Bank
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke One Fathom Bank, aku menjelajah keseluruh rumah api tersebut. Rupa-rupanya besar jugak rumah api ni. Kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi, surau, dapur dan ruang tamu pun ada.

Dapur di One fathom Bank
Ini ialah bahagian dapur One Fathom bank, terdapat dapur gas, peti ais,oven dan beberapa alat yang lain turut disediakan.
Meja makan di One fathom Bank
Meja makan di One Fathom Bank. Untuk kaki pancing seperti kami, meja seperti ni sudah cukup memadai.

Surau di One fathom Bank
Surau di One Fathom Bank, memancing adalah hobi tertapi amal ibadat adalah satu kewajipan.

Kesemua ahli trip sedang memancing
Sebaik aku selesai meninjau kawasan One Fathom Bank, aku pun mula nak memancing, sekali tengok dah penuh la. Tak pe, hero relaks jer..bagi diaorang mancing dulu, nanti malam aku pulak champion..hee..hee..

Lesen pertama aku di One fathom Bank
Disebabkan tidak tahan dengan kawan-kawan yang menaikan ikan dengan apollo, aku pun turut join memancing jugak(ingatkan nak relaks, rupanya iman tak kuat la)

Aku mengunakan teknik casting dan dipadankan dengan spoon. Hasilnya aku berjaya memperolehi lesen pertama aku di One Fathom bank, ikan apa pun aku tak tahu, janji aku dapat lesen.

Kulaan Pak Su dengan ikan Talang

Sebelah petang beberapa orang ahli trip mula merehatkan diri .Aku dan beberapa pemancing tegar yang lain masih terpacak kat pelantar One Fathom Bank. Lee atau lebih dikenali dengan Kulaan Pak Su mengunakan teknik casting digabungkan dengan set ultralight fishing dan  micro jig. Hasilnya seekor talang berjaya beliau daratkan.

Lubuk Kapal Karam
Lebih kurang jam 6 petang kami pergi ke lubuk kapal karam, lubuk ni lebih kurang 80m-100m jaraknya dari One fathom bank. Kami pergi dengan dua bot yang berlainan, bot yang lagi satu mendapat seekor jenahak dan talang serta beberapa kali tali putus disebabkan monster didasar lubuk.

Bot kami pula kurang bernasib baik, Aku terlepas ikan barakuda semasa ingin menaikkan ikan tersebut kedalam bot(Lain kali guna gancu, jangan pandai-pandai menaikkan ikan dengan tangan kosong). Manakala seorang lagi ahli trip iaitu Kerol terputus tali utama semasa bertarung.

Mencandat Sotong
Pada sebelah malam, seperti mana yang aku cakap awal-awal tadi, cuma pemancing tegar sahaja yang mampu bertahan. Yang lain sedang lena diulik mimpi..hee..hee..

Antara sotong yang berjaya aku candat
Lebih kurang jam 4.00 pagi sotong mula menunjukkan diri, bergitu juga dengan ikan selar. Hasilnya hampir 10 ekor sotong berjaya aku daratkan.

Kerol si pakar Tuka

Ini dia pakar ikan tuka, empat ekor tuka berjaya beliau daratkan.

One fathom Bank

Hari terakhir aku di One fathom Bank, sedang ahli-ahli trip yang lain menurunkan barang ke dalam bot, aku sempat lagi bergambar.


Hasil tangkapan


Hasil tangkapan

Antara hasil tangkapan kami di One Fathom Bank, Jenahak dan Talang  diperolehi di lubuk kapal karam, manakala hasil yang lain diperolehi di rumah api One fathom bank.

Selamat tinggal One Fathom Bank

Lebih kurang jam 10.30 pagi kami semua bertolak pulang ke jeti Tanjung harapan, harapan aku untuk memancing di One Fathom Bank telah tercapai.

Insyallah next trip pulak ialah memancing di perairan Tioman, Pahang.

"Toman Fish Valley" akan di update pada entry akan datang





10 ulasan:

  1. tempat memancing ikan laut yang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bro hantu, antara tempat memancing terbaik area klang...

      Padam
  2. assalam nk tanya cost untuk ke phanton bank klang brapa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalakummusalam..Azahar Omar OFB satu boat RM 1500. Bot boleh naik 15 orang. Nanti dia bawak pergi lubuk kapal karam, dekat situ lagi banyak ikan insya Allah..

      Padam
  3. As salam .boleh sy dapatkn contact utk ke OFB tak ?

    BalasPadam
  4. As salam .boleh sy dapatkn contact utk ke OFB tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Muhammad Fitri Arshad trip ni kawan saya yang arrange, jadi saya memang tak da no tekong tu. Nanti saya minta dari kawan saya no fon tekong untuk ke OFB. Saya akan letak dibahagian comment..

      Padam
    2. Maaf lambat Muhammad Fitri Arshad, saya baru dapat no tekong OFB. Nama dia Samat, no no dia:016-2771381

      Padam
    3. salam tuan.. boleh minta no tel kawan yang arrange tu??

      Padam