Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....



Dikesempatan ini saya sebagai admin ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca, pengunjung dan follower joranbiru.blogspot.com sekiranya ada tulisan saya yang menyinggung atau menyakiti mana-mana pihak 

"Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kejahilan dan kesilapan saya sendiri".

 "Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan"

 
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"

Trip Pulau Sembilan, Perak.

Sehari selepas balik dari mesyuarat sambil memancing di pantai Pengkalan Balak, Melaka aku pergi pula ke satu trip memancing di perairan Pulau Sembilan, Perak. Trip ni dirancang oleh Asuan iaitu salah seorang yang terlibat dalam trip aku memancing di One Fathom Bank. Aku dimaklumkan berkenaan trip ni ialah 2 minggu sebelum tarikh trip. Memang aku tak pernah lagi memancing area pulau Sembilan ni jadi agak susah aku nak menolak pelawaan beliau.

Nama-nama pulau di Pulau Sembilan

Ni ialah nama-nama pulau yang terdapat di pulau Sembilan, gambar ni aku search kat google jer, sebab kami memang tak menjejakkan kaki dimana-mana pulau di Pulau Sembilan.

Memindah peralatan memancing

Kami bertolak di salah satu jeti di Marina island, nak cari jeti ni pun agak susah sebab kami semua pertama kali sampai ke sini. Nasib baik ada kawan Asuan yang telah lama bermastautin di Sitiawan, beliau  yang menjadi penunjuk arah kepada kami walaupun beliau tidak menyertai trip ini.

Antara set pancing yang digunakan
Dalam perjalanan ke lubuk pertama, kami semua bersiap sedia memasang kelengkapan memancing. Tak sabar rasanya nak memancing kat Pulau Sembilan.

Sementara ahli trip memasang kelangkapan memancing, aku mengambil kesempatan untuk menangkap gambar mereka.

Asuan
Ini ialah Asuan, beliau berasal dari Sabak Bernam dan beliau lah yang bertamggung jawab mengatur trip kali ini.

Asrul
Ahli trip ke-2 ialah Asrul, beliau ialah abang kepada Asuan. Tak payah bagi tahu lah beliau berasal dari mana, dah tantu sama dengan Asuan sebab dorang ni adik-beradik.

Gendut
Ini ialah ahli trip yang ke-3, berasal dari Tanjung Karang, beliau lebih senang dikenali dengan Gendut. Tengok badan lah, memang sesuai lah tu.

Rizal

Ahli trip ke-4, sapa lagi takkan tak kenal, aku la. Aku  berasal dari Selayang dan sekarang ni menetap di Putrajaya.

Abang Man
Ahli trip yang ke-5 ialah.... Sebenarnya trip kali ni cuma empat orang sahaja. walaupun pada awalnya trip ini akan disertai 8 orang pemancing, tetapi disaat-saat akhir empat orang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami berempat sahaja lah yang memancing.

Yang ni sebenarnya ialah Pakcik Man, beliau ialah awak-awak pada trip kali ini.

Tekong Yeop
Yang ni ialah tekong Yeop, walaupun beliau masih muda tertapi beliau cukup berpengalaman dengan selok-belok perairan pulau Sembilan.

Asrul dan Kerapu
 Asrul dengan tangkapan pertamanya, seekor kerapu yang berat hampir 1 kilo menjadi pembuka trip kali ini.
Aku dan ikan..?
 Kemudian aku pulak berjaya menaikkan seeor ikann sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa nama ikan ni.

Asuan dan Gerut-gerut
 Asuan pun tak mahu mengalah, beliau berjaya menaikkan seekor ikan gerut-gerut.

Gendut dan kerapu
 Gendut merupakan orang terakhir yang berjaya menaikkan ikan, seekor ikan kerapu telah beliau tewaskan.

Bergelut dengan penghuni dasar Pulau Sembilan
Sebelah petang kami beralih ke pulau Rumbia, banyak jugak ikan-ikan bersaiz kecil yang berjaya kami perolehi. Aku menggunakan 2 joran, satu joran aksi ringan dan satu lagi joran aksi serdahana.

Sedang aku melayan joran aksi ringan tiba-tiba joran aksi sederhana aku melentur kebawah, hujung joran hampir-hampir menyentuh permukaan laut. Aku mencapai joran dan melayan tarikan penghuni dasar pulau Rumbia. Hampir 4 minit baru ikan mula mengalah. Namun nasib tidak menyebelahi aku, tali perambut 50lb tiba-tiba putus apabila ikan hampir kepermukaan. Nasib baik Asuan ada rakam aksi aku, boleh lah dijadikan bahan bukti yang memang ada penghuni bersaiz bagak diperairan pulau Sembilan.

Selang beberapa minit Asuan pula bergasak dengan penghuni dasar Pulau Rumbia, seekor kerapu yang beratnya hampir 2 kg berjaya beliau tewaskan.

Hasil Trip Pulau Sembilan


Hasil Trip Pulau Sembilan
 Ini lah antara hasil yang  kami berempat perolehi di perairan pulau sembilan, tidak lah banyak sangat, walau bagaimanapun kami tetap bersyurkur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.S.W.T

Menikmati hasil tangkapan dari Pulau Sembilan

Akhir sekali sebagai penutup trip kali ini, kami berempat menjamu selera dengan antara hasil tangkapan yang kami perolehi. Memang sedap ikan fresh lagi, sorang makan 2 pinggan nasi, aku yang kering pun makan dah sama banyak dengan gendut. Lapar geng, masa atas bot makan sikit jer, takut perut meragam.

"Panduan mengunakan kekili baitcaster" akan di update pada entry akan datang











Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada pertengahan bulan Jun aku telah menghadiri satu mesyuarat tahunan selama 4 hari 3 malam  di Pengkalan Balak, Melaka. Mesyuarat bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Dari 5.30 petang hingga jam 7.00 malam ialah waktu riadah dan 8.30 malam sambung semula mesyuarat hingga jam 10.30 malam.

Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Jadi aku ambil kesempatan untuk memancing pada waktu riadah dan waktu selepas habis mesyuarat, memang letih tapi nak buat macam mana, tak kan nak tengok jer laut tu."Kalau joran dalam bilik, bukan kaki pancing namanya".

Memancing malam di pantai Pengkalan Balak Melaka
Malam pertama aku di pantai Pengkalan Balak, aku mula memancing dari jam 12.00 malam, lesen pertama aku ialah seekor ikan gelama. Banyak juga ikan yang makan umpan tapi susah nak kena sebab aku guna mata kail saiz besar.


Ikan Gelama
Memang silap aku, cuma bawa mata kail saiz besar. Ingat nak cari pari, duri atau ikan-ikan yang bersaiz besar. Ialah masa aku search kat google banyak jugak orang naik ikan besar-besar kat sini. Jadi aku pun terpengaruh la, tak pa esok minta tolong brother kat resort ni tolong belikan mata kail saiz kecil.

Penyu Karah Bertelur
Tengah aku menunggu sentapan dari penghuni pantai Pengkalan Balak, tiba-tiba aku ternampak beberapa orang pergi ke satu sudut pantai yang tidak berapa jauh dari aku. Mereka menyuluh lampu kearah satu "benda" hitam yang bergerak-gerak. Atas sifat ingin tahu aku pun menyebuk lah pergi tengok, rupa-rupanya "benda" hitam yang bergerak-gerak tu ialah seekor penyu Karah yang sedang bertelur.

Ini lah first time aku tengok panyu berteluk secara live, memang tak rugi lah aku turun memancing malam ni, walaupun "kumpaw" tapi aku dapat tengok penyu bertelur dengan mata kepala aku sendiri. Lebih kurang 3 jam baru lah penyu ni habis bertelur dan perlahan-lahan kembali ke laut. Aku pun dah mengantuk, terus balik sebab esok pagi ada mesyuarat lagi.

Memancing di pantai Pengkalan Balak, Melaka
Masa tea braek jam 10.00 pagi aku dah minta tolong brother kat resort tempat aku mesyuarat belikan mata kail saiz kecil. Jam 6.30 petang baru aku berkesempatan untuk memancing sebab mesyuarat hari ni break lewat sikit.

Ikan Todak
Lontaran pertama terus disambar todak, petang ni memang menjadi. Tak perlu lempar umpan jauh ketengah, cukup sekadar beberapa meter dari gigi air dan mengarau kekili perlahan-lahan.

Ikan Bebolos
Ikan bebolos juga banyak memakan umpan, kadang-kadan 2 ekor sekali naik.

Hasil memancing di pantai Pengkalan Balak
Ini lah hasil keseluruhan aku memancing selama 30 minit di pantai Pengkalan Balak. Alhamdulillah ikan memang galak memakan umpan. Kesemua ikan yang aku dapat aku bagi dekat brother yang tolong aku belikan  mata kail pagi tadi. Mungkin ikan tu memang rezeki beliau sebab menolong aku.

"Trip Pulau Sembilan" akan di update pada entry akan datang









Toman Juvana

Assalamualaikum dan salam sejahtera...  seminggu selepas trip di perairan Tioman, aku kembali semula memburu toman dilubuk kegemaran aku.Seperti biasa aku akan sampai lebih kurang jam 8.00 pagi. Cuaca yang baik dan cerah pada pagi ini memberikan suasana yang sesuai untuk memancing toman.

Lubuk teratai
Lokasi pertama aku ialah kawasan yang dipenuhi teratai. Aku menggunakan artificial frog untuk memikan toman yang bersembunyi di antara teratai dipermukaan tasik.

Merehatkan diri
Satu jam melempar artificial frog namun seekor toman pun tidak sudi menyambar. Aku merehatkan diri sambil memerhati permukaan tasik, mana lah tahu ternampak kumpulan anak toman dipermukaan air. Namun satu kumpulan toman pun aku tak nampak.

Mata kail yang dirosakkan
Aku beralih ke tebing tasik, aku menukar gewang ke jenis bad dog pencil lure bersaiz 8 mm. Aku melempar gewang dan menarik gewang supaya berenang menyusuri tebing tasik. Selepas lima atau enam kali melempar gewang, satu sambaran kuat terhadap gewang berlaku. Pertarungan berlaku hampir 5 minit dan  akhirnya ikan berjaya melepaskan diri dengan merosakkan mata kail pada gewang.

Selepas menukar mata kail pada gewang aku membuat beberapa lagi lontaran ditempat yang sama. Seekor toman bersaiz juvana berjaya aku tewaskan dan dilepaskan semula untuk populasi toman di tasik ini.

"Pantai Pengkalan Balak Melaka" akan di update pada entry akan datang