Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Trip Pulau Sembilan, Perak.

Sehari selepas balik dari mesyuarat sambil memancing di pantai Pengkalan Balak, Melaka aku pergi pula ke satu trip memancing di perairan Pulau Sembilan, Perak. Trip ni dirancang oleh Asuan iaitu salah seorang yang terlibat dalam trip aku memancing di One Fathom Bank. Aku dimaklumkan berkenaan trip ni ialah 2 minggu sebelum tarikh trip. Memang aku tak pernah lagi memancing area pulau Sembilan ni jadi agak susah aku nak menolak pelawaan beliau.

Nama-nama pulau di Pulau Sembilan

Ni ialah nama-nama pulau yang terdapat di pulau Sembilan, gambar ni aku search kat google jer, sebab kami memang tak menjejakkan kaki dimana-mana pulau di Pulau Sembilan.

Memindah peralatan memancing

Kami bertolak di salah satu jeti di Marina island, nak cari jeti ni pun agak susah sebab kami semua pertama kali sampai ke sini. Nasib baik ada kawan Asuan yang telah lama bermastautin di Sitiawan, beliau  yang menjadi penunjuk arah kepada kami walaupun beliau tidak menyertai trip ini.

Antara set pancing yang digunakan
Dalam perjalanan ke lubuk pertama, kami semua bersiap sedia memasang kelengkapan memancing. Tak sabar rasanya nak memancing kat Pulau Sembilan.

Sementara ahli trip memasang kelangkapan memancing, aku mengambil kesempatan untuk menangkap gambar mereka.

Asuan
Ini ialah Asuan, beliau berasal dari Sabak Bernam dan beliau lah yang bertamggung jawab mengatur trip kali ini.

Asrul
Ahli trip ke-2 ialah Asrul, beliau ialah abang kepada Asuan. Tak payah bagi tahu lah beliau berasal dari mana, dah tantu sama dengan Asuan sebab dorang ni adik-beradik.

Gendut
Ini ialah ahli trip yang ke-3, berasal dari Tanjung Karang, beliau lebih senang dikenali dengan Gendut. Tengok badan lah, memang sesuai lah tu.

Rizal

Ahli trip ke-4, sapa lagi takkan tak kenal, aku la. Aku  berasal dari Selayang dan sekarang ni menetap di Putrajaya.

Abang Man
Ahli trip yang ke-5 ialah.... Sebenarnya trip kali ni cuma empat orang sahaja. walaupun pada awalnya trip ini akan disertai 8 orang pemancing, tetapi disaat-saat akhir empat orang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami berempat sahaja lah yang memancing.

Yang ni sebenarnya ialah Pakcik Man, beliau ialah awak-awak pada trip kali ini.

Tekong Yeop
Yang ni ialah tekong Yeop, walaupun beliau masih muda tertapi beliau cukup berpengalaman dengan selok-belok perairan pulau Sembilan.

Asrul dan Kerapu
 Asrul dengan tangkapan pertamanya, seekor kerapu yang berat hampir 1 kilo menjadi pembuka trip kali ini.
Aku dan ikan..?
 Kemudian aku pulak berjaya menaikkan seeor ikann sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa nama ikan ni.

Asuan dan Gerut-gerut
 Asuan pun tak mahu mengalah, beliau berjaya menaikkan seekor ikan gerut-gerut.

Gendut dan kerapu
 Gendut merupakan orang terakhir yang berjaya menaikkan ikan, seekor ikan kerapu telah beliau tewaskan.

Bergelut dengan penghuni dasar Pulau Sembilan
Sebelah petang kami beralih ke pulau Rumbia, banyak jugak ikan-ikan bersaiz kecil yang berjaya kami perolehi. Aku menggunakan 2 joran, satu joran aksi ringan dan satu lagi joran aksi serdahana.

Sedang aku melayan joran aksi ringan tiba-tiba joran aksi sederhana aku melentur kebawah, hujung joran hampir-hampir menyentuh permukaan laut. Aku mencapai joran dan melayan tarikan penghuni dasar pulau Rumbia. Hampir 4 minit baru ikan mula mengalah. Namun nasib tidak menyebelahi aku, tali perambut 50lb tiba-tiba putus apabila ikan hampir kepermukaan. Nasib baik Asuan ada rakam aksi aku, boleh lah dijadikan bahan bukti yang memang ada penghuni bersaiz bagak diperairan pulau Sembilan.

Selang beberapa minit Asuan pula bergasak dengan penghuni dasar Pulau Rumbia, seekor kerapu yang beratnya hampir 2 kg berjaya beliau tewaskan.

Hasil Trip Pulau Sembilan


Hasil Trip Pulau Sembilan
 Ini lah antara hasil yang  kami berempat perolehi di perairan pulau sembilan, tidak lah banyak sangat, walau bagaimanapun kami tetap bersyurkur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.S.W.T

Menikmati hasil tangkapan dari Pulau Sembilan

Akhir sekali sebagai penutup trip kali ini, kami berempat menjamu selera dengan antara hasil tangkapan yang kami perolehi. Memang sedap ikan fresh lagi, sorang makan 2 pinggan nasi, aku yang kering pun makan dah sama banyak dengan gendut. Lapar geng, masa atas bot makan sikit jer, takut perut meragam.

"Panduan mengunakan kekili baitcaster" akan di update pada entry akan datang











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan