Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Panduan menyelenggara Kekili Baitcaster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada entry yang lepas aku ada kongsi  panduan menggunakan kekili baitcaster. Kali ni aku nak kongsi panduan menyelenggara atau service kekili baitcaster.

Mungkin ada pembaca yang sudah biasa melakukan penyelenggaraan sendiri. Mungkin juga ada pembaca-pembaca diluar sana yang lansung tidak pernah melakukan penyelenggaraan sendiri. Dengan ada panduan ni,  insyaAllah lepas ni anda semua boleh melakukan sendiri penyelenggaraan kekili baitcaster dirumah.

Manual
Manual
Sebelum kita melakukan service, kita harus tahu part-part yang terdapat pada kekili tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan merujuk manual yang diberikan semasa kita membeli kekili.

Kekili Baitcaster

Untuk memudahkan lagi, aku akan berikan nama beberapa part pada kekili beserta fungsi asasnya:
  •  Handel - Bahagian untuk kita memusingkan/menggerakan spool ( handel disambung dengan gear metal dan gear metal pula disambung dengan driver gear. Driver gear pula akan bersentuh dengan pinion gear. Shaft  spool yang dipegang pinion gear akan menyebabkan spool berpusing apabila kita menggerakan handel)
  • Star Drag - Bahagian yang mengawal pusingan spool apabila kita bertarung dengan mangsa.(Pusingan star drag kedalam menyebabkan penigkatan tekanan terhadap D-washer. D-washer pula melekap dengan washer yang bersentuhan dengan driver gear. Driver gear akan bersentuh dengan pinion gear dan pinion gear akan memegang shaft spool yang telah dipasang pada spool. Ini lah sebabnya apabila kita mengetatkan star drag maka spool juga akan menjadi ketat/berat)
  • Tension Knob - Bahagian yang mengawal pusingan spool apabila kita melakukan lontaran (semaking kita mengetatkan tension knob maka semaking banyaklah geseran yang akan diberikan kepada shaft  spool)
  • Thum Bar- Bahagian dimana untuk release spool. ( Apabila thum bar ditekan kebawah, clutch bar yang bersambung dengan clutch cam akan menggerakan clutch cam keatas. Diatas clutch cam terdapat clutch yang memegang pinion gear. Apabila clutch cam bergerak keatas dan secara tidak lansung pinion gear juga akan turut bergerak keatas. Pergerakan pinion gear keatas akan menyebabkan pin pada shaft spool dilepaskan dan secara tidak lansung spool akan menjadi free)
  • Spool - Bahagian dimana tali disusun/disimpan. Pada spool juga terdapat centrifugal brake(cara menyelaraskan centrifugal brake telah ditunjukkan pada entry yang lepas)
  • Level Wind - Fungsinya adalah untuk menyusun tali pada spool.( Lewel wind akan bergerak kekiri dan kekanan disepanjang worm shaft apabila kita memusingkan spool. Sebenarnya pada hujung worm shaft ini terdapat worm pinion gear. Worm pinion gear ini akan menyentuh os gear yang telah dipasang pada metal gear.Ini lah sebabnya kenapa level wind turut bergerak apabila kita mengerakkan handel)

Plam side cover
PROSES MEMBUKA/MELERAIKAN

Langkah 1
  • Buka Plam side cover
Keluarkan Spool
Langkah 2
  • Keluarkan spool
Star Drag, leaf Washer dan Handel
 Langkah 3
  • Buka handel, star drag dan tension knob

Side cover
Langkah 4
  • Buka Gear side cover

Driver Gear, Pinion Gear, Cluth
 Langkah 5
  • Keluarkan ball bearing yang terdapat pada gear side cover
  • keluarkan driver gear
  • keluarkan rachet
  • keluarkan washer
  • keluarkan OS Gear
  • keluarkan coil spring
  • keluarkan clucth
  • keluarkan pinion gear
Bearing Plate, Gear metal
 Langkah 6
  • Buka tap screw dan tanggalkan gear metal 
  • Keluarkan bearing plate (dibawah bearing plate ini terdapat lagi satu ball bearing untuk melancarkan pusingan gear metal)

Clucth Cam, Kick Lever
 Langkah 7
  • Apabila bearing plate dikeluarkan barulah clucth cam dan kick lever boleh dikeluarkan.

Tap Screw dan Hood
  Langkah 8
  • Tanggalkan  hood dari frame (apabila hood telah ditanggalkan barulah level wind boleh dibuka)

Clucth Bar, Level Wind Nut dan pipe
  Langkah 9
  • Buka screw yang memegang clucth bar untuk menanggalkan thum bar daripada frame
  • Buka level wind nut

All part
 Langkah 10
  • Kumpulkan semua part
PROSES PEMBERSIHAN


Spool assembly, Side cover, frame
 Langkah 1
  • Bersihkan semua bahagian palm side cover dan frame

Spool, Frame handel
 Langkah 2
  • Bersihkan semua bahagian spool

Driver Gear, Washer, D-Washer,Racher, Clucth Spring,Pinion Gear
 Langkah 3
  • Bersihkan semua gear, washer, clucth dan spring dengan zippo oil. (Ada juga individu lain yang menggunakan akohol, kerosene  dan sebagainya)

All bearing
Langkah 4
  • Bersihkan semua ball bearing dan one way clucth.
PROSES PELINCIRAN

Dalam proses pelinciran, aku membahagiakn part/bearing kepada dua bahagian iaitu:

1. Bahagian untuk kerja-kerja ringan
  • Ball bearing untuk spool
  • ball bearing untuk tension gear
  • Ball bearing untuk spool assembly 
* Bahagian untuk kerja-kerja ringan ialah bahagian yang terlibat semasa kita ingin melakukan lontaran, bahagian ini tidak memerlukan grease. Grease mempunyai tahap kelikatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan minyak pelincir(cth:Minyak singer/minyak pelicir yang dibekalkan semasa kita membeli kekili).
*Kelikatan yang tinggi akan menyebabkan gaseran dan akan menganggu pusingan spool apabila lontaran dilakukan.
* Bahagian untuk kerja-kerja ringan juga mudah untuk diberi pelinciran, ini kerana untuk melincirkan bahagian ini kita hanya perlu membuka palm side cover dan mengeluarkan spool sahaja.

2.  Bahagian untuk kerja-kerja berat
  • One way Cluctch
  • Ball bearing dibawah bearing plate
  • Driver gear
  • Pinion Gear
  • Clucth Cam
  • Kick lever
  • Worm Shaft
*Bahagian kerja-kerja berat lebih kepada bahagian didalam gear side cover. Bahagian ini ialah bahagian yang penting semasa kita bertarung dengan mangsa.
*Oleh kerana bahagian ini terletak dibahagian dalam(kecuali worm shaft) penggunaan grease adalah amat sesuai. Ini kerana grease lambat kering dan mempunyai kelikatan yang tinggi untuk menggurangkan tahap hakisan antara gear yang bersentuh antara satu sama lain.

 
One way Clutch
 Langkah 1
  • Masukkan grease kedalam One way clucth
Centrifugal Assembly
Langkah 2
  • Sapukan minyak pelincir pada brake sistem
Worm Shaft, All Gear
 Langkah 3
  • Sapukan grease pada kesemua gear dan worm shaft


All Bearing
Langkah 4
  • Letakan minyak pelincir pada semua bearing
 PROSES PEMASANGAN SEMULA


Kick Lever, Clucth Cam, Clucth Bar, Clucth Spring
 Langkah 1
  •  Pasang semula kick lever
  • Clucth Spring
  • Clucth Cam
  • Bearing Plate
  • Gear Metal
Drag Easher, Driver Gear, Washer, Rachet, Pinion Gear
 Langkah 2
  • Pasang pinion gear pada Clucth
  • Pasang clucth pada Clucth Cam
  • Pasang Ciol spring pada Clucth
  • Pasang OS Gear  pada Gear Metal
  • Pasang Rachet pada Gear Meatl
  • Pasang Washer pada Gear Metal
  • Pasang Driver Gear Pada Gear Metal
  • Pasang Washer pada Gear Metal
  • Pasang D-Washer pada Gear Metal


Side cover, bearing, star drag washer
 Langkah 3
  • Pasang One Way Clucth pada Gear Side Cover
  • Pasang ball bearing pada Gear Side Cover
  • Pasang Gear Side Cover. (Sila pasang Gear Side Cover dengan cermat dan betul, ini kerana kesilapan memasang gear side cover boleh menyebabkan Coil Spring berada dalam kedudukan yang tidak betul. Kedudukan Coil Spring yang tidak betul/tepat boleh menyumbang kepada salah satu sebab thum bar tidak naik apabila handel digerakan)
  • Masukan washer, spring plate dan spring washer kedalam gear metal.

Tension Knob, Star Drag, Handel
 Langkah 4
  • Pasang tension knob
  • Pasang star drag
  • pasang leaf spring
  • Pasang handel
  • Pasang handel nut
  • Pasang handel retainer
  • Dan akhir sekali pasang screw untuk memegang handel retainer.

Frame, Side Cover, Spool.
Langkah 5
  • Masukkan semula spool kedalam frame dan pasang palm side cover untuk melengkapkan proses penyelenggaraan kekili baitcaster.
Ini lah panduan yang mampu aku kongsikan dengan pembaca-pembaca  joranbiru.blogspot.com. Mungkin anda mempunyai pandangan, pengalaman dan apa sahaja berkenaan penyelenggaraan kekili baitcaster, anda boleh meninggalkannya diruangan comments untuk manfaat kita bersama.

"Natural Exotic Fish Fishing Pond- Rawang" akan di update pada entry akan datang



Panduan menggunakan kekili Baitcaster

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Casting atau mengilat merupakan salah satu teknik memancing yang amat digemari dikalangan kaki pancing masa kini. Terdapat dua jenis kekili yang popular dikalangan peminat-peminat casting. Iaitu kekili jenis "Spining" dan  kekili jenis "Baitcaster". Kekili jenis baitcaster pula terdiri dari dua jenis yang utama iaitu Round Baitcaster (RBC) dan Low Profile Baitcaster (LPBC).
 
Low Profile Baitcaster
Hari ni aku nak kongsi dengan peminat-peminat casting,  teknik asas untuk mengedalikan kekili jenis low profile baitcaster. Aku rasa ramai pembaca yang sudah mahir manggunakan kekili jenis baitcaster, anda boleh berkongsi ilmu, pandangan, pengalaman dan apa sahaja mengenai kekili baicaster di ruangan "comments". Semuanya untuk kita kongsi bersama dan secara tidak lansung boleh menjadi rujukan kepada pembaca-pembaca yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan kekili jenis ini.

Kekili  Baitcaster

Tapi sebelum kita menggunakan kekili baitcaster, kita kena tahu terlebih dahulu bahagian-bahagian yang terdapat pada kekili tersebut.
  • Handel - Bersambung dengan gear metal dan disambug pula dengan driver gear supaya spool boleh berpusing apabila kayuhan dilakukan. (gear metal dan driver gear terletak didalam frame, Gear side cover harus dibuka terlebih dahulu sekiranya ingin melihat kedua-dua part yang sebutkan tadi) 
  • Star Drag - Untuk mengawal kelajuan pusingan  spool apabila kita bertarung dengan mangsa. 
  • Tension Knob - Untuk mengawal pusingan spool apabila lontaran dilakukan.
  • Thum Bar - Untuk release spool apabila ingin melakukan lontaran, Sekirannya thum bar telah ditekan    kebawah, spool tidak akan berpusing walaupun kita menggerakan handel.
  • Level Wind - Untuk menyusun tali pada spool.Spool - Tempat dimana tali disimpan.

Plam Side Cover
Hari ni aku menggunakan kekili LPBC dari TeamSeahawk Bass Infinity 103L . Kalau anda guna kekili jenama lain pun boleh, sebab asas pengendaliannya adalah sama.

Lagkah pertama, kita haruslah menyelaras sistem brake pada kekili tersebut. Brake yang aku maksudkan ialah centrifugal brake. Brake ini terdapat didalam Frame dan kita harus membuka Plam Side Cover.



Centrifugal Brake
Selepas membuka Plam Side Cover barulah kita akan nampak centrifurgal brake, ini bahagian yang paling penting untuk menghindari dari berlakunya backlash (meehon). Tujuan brake ialah untuk mengawal kelajuan pusingan spool apabila kita melontar gewang. Kalau kita lihat terdapat dua sistem brake, iaitu outer brake(Warna putih) dan Inner brake(warna merah).Kedua-dua brake ini haruslah diselaras mengikut berat gewang dan aksi rod (light action, medium action dll) yang ingin kita gunakan. Walau bagaimanapun berat gewang adalah perkara yang amat penting dalam penyelarasan sistem brake.

Sebagai permulaan ON 2 atau 3 outer brake dan Inner brake, kemudian pasang semula Plam Side Cover dan gantung gewang dihujung rod.

Setting Tension Knob
Tekan thum bar dan biarkan gewang turun sehingga ke bawah. Sekiranya gewang tidak turun, longgarkan tension knob perlahan-lahan sehingga gewang turun.

Gewang menyentuh tanah

Sekiranya gewang menyentuh tanah dan spool masih berpusing ini bermaksud "landing overrun" dan ini akan menyebabkan backlash apabila lontaran dilakukan nanti. Sekiranya ini berlaku setting tension knob sedikit demi sedikt sehingga spool tidak berpusing sebaik sahaja gewang menyentuh tanah.

Seterusnya cuba lakukan lontaran, lihat apa yang terjadi, sekiranya berlaku lagi backlash, ini bermaksud tension knob perlu diketatkan sedikit. (kadang-kala tension knob dah betul setting, mungkin kita tidak menghentikan spool dengan ibu jari apabila gewang ingin menyentuh permukaan air, ini semua kena dipelajari dengan pratikal dan latihan yang lebih kerap).

Sekiranya tidak berlaku backlash tetapi gewang tidak pergi jauh. Ini bermaksud kita telah memberi geseran yang tinggi pada  spool. Buka  semula Plam Side CoverOFF satu atau dua outer brake dan Inner brake yang kita ON sebelum ni. 

Dengan mengetatkan semula tension knob, lakukan lontaran sekali lagi, sekiranya tidak berlaku backlash, longgarkan tension knob perlahan-lahan sehigga gewang boleh dilontar dengan lebih jauh.

Ada sesetengah pemancing lansung tidak menggunakan sistem brake, kesemua outer brake dan Inner brake dalam keadaan OFF. Manalaka tension knob dilonggarkan sehingga maksimum. Ini akan memberikan rintangan yang paling minimum pada spool. Namun mempunyai potensi yang tinggi untuk berlaku backlash. Walau bagaimanapun sekiranya kita sudah mahir menggunakan baitcaster, kita boleh mengawal pusingan spool hanya dengan menggunakan ibu jari.

Tips:

*Sekiranya berlaku  backlash diawal lontaran, tambah brake pada centrifugal brake, sekiranya backlash   berlaku dihujung lontaran, ketatkan sedikit tension knob.

Level Wind
*Selaraskan level wind berada ditengah-tengah sebelum lontaran dilakukan. Ini untuk mengurangkan geseran  pada tali apabila lontaran dilakukan. (Level wind tidak akan bergerak apabila thumb bar ditekan kebawah. Sekiranya level wind berada disebelah kanan spool, tali yang keluar dari sebelah kiri akan memberi geseran semasa lontaran dilakukan. Bergitu juga sebaliknya. Sekiranya level wind berada disebelah kiri, geseran akan berlaku apabila tali keluar dari sebelah kanan spool)

Untuk mendapat gambaran yang lebih mudah, korang boleh tengok video yang aku upload kat youtube..

 

Ini lah antara teknik yang selalu aku gunakan untuk setting LPBC. Mungkin ada pembaca-pembaca yang lain mempunyai teknik yang berbeza atau lebih baik. Boleh kongsikan diruangan comments untuk kebaikan kita bersama. Selamat mencuba dan terima kasih.

"Panduan menyelenggara kekili baitcaster" akan di update pada entry akan datang