Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Panduan menggunakan kekili Baitcaster

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Casting atau mengilat merupakan salah satu teknik memancing yang amat digemari dikalangan kaki pancing masa kini. Terdapat dua jenis kekili yang popular dikalangan peminat-peminat casting. Iaitu kekili jenis "Spining" dan  kekili jenis "Baitcaster". Kekili jenis baitcaster pula terdiri dari dua jenis yang utama iaitu Round Baitcaster (RBC) dan Low Profile Baitcaster (LPBC).
 
Low Profile Baitcaster
Hari ni aku nak kongsi dengan peminat-peminat casting,  teknik asas untuk mengedalikan kekili jenis low profile baitcaster. Aku rasa ramai pembaca yang sudah mahir manggunakan kekili jenis baitcaster, anda boleh berkongsi ilmu, pandangan, pengalaman dan apa sahaja mengenai kekili baicaster di ruangan "comments". Semuanya untuk kita kongsi bersama dan secara tidak lansung boleh menjadi rujukan kepada pembaca-pembaca yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan kekili jenis ini.

Kekili  Baitcaster

Tapi sebelum kita menggunakan kekili baitcaster, kita kena tahu terlebih dahulu bahagian-bahagian yang terdapat pada kekili tersebut.
  • Handel - Bersambung dengan gear metal dan disambug pula dengan driver gear supaya spool boleh berpusing apabila kayuhan dilakukan. (gear metal dan driver gear terletak didalam frame, Gear side cover harus dibuka terlebih dahulu sekiranya ingin melihat kedua-dua part yang sebutkan tadi) 
  • Star Drag - Untuk mengawal kelajuan pusingan  spool apabila kita bertarung dengan mangsa. 
  • Tension Knob - Untuk mengawal pusingan spool apabila lontaran dilakukan.
  • Thum Bar - Untuk release spool apabila ingin melakukan lontaran, Sekirannya thum bar telah ditekan    kebawah, spool tidak akan berpusing walaupun kita menggerakan handel.
  • Level Wind - Untuk menyusun tali pada spool.Spool - Tempat dimana tali disimpan.

Plam Side Cover
Hari ni aku menggunakan kekili LPBC dari TeamSeahawk Bass Infinity 103L . Kalau anda guna kekili jenama lain pun boleh, sebab asas pengendaliannya adalah sama.

Lagkah pertama, kita haruslah menyelaras sistem brake pada kekili tersebut. Brake yang aku maksudkan ialah centrifugal brake. Brake ini terdapat didalam Frame dan kita harus membuka Plam Side Cover.



Centrifugal Brake
Selepas membuka Plam Side Cover barulah kita akan nampak centrifurgal brake, ini bahagian yang paling penting untuk menghindari dari berlakunya backlash (meehon). Tujuan brake ialah untuk mengawal kelajuan pusingan spool apabila kita melontar gewang. Kalau kita lihat terdapat dua sistem brake, iaitu outer brake(Warna putih) dan Inner brake(warna merah).Kedua-dua brake ini haruslah diselaras mengikut berat gewang dan aksi rod (light action, medium action dll) yang ingin kita gunakan. Walau bagaimanapun berat gewang adalah perkara yang amat penting dalam penyelarasan sistem brake.

Sebagai permulaan ON 2 atau 3 outer brake dan Inner brake, kemudian pasang semula Plam Side Cover dan gantung gewang dihujung rod.

Setting Tension Knob
Tekan thum bar dan biarkan gewang turun sehingga ke bawah. Sekiranya gewang tidak turun, longgarkan tension knob perlahan-lahan sehingga gewang turun.

Gewang menyentuh tanah

Sekiranya gewang menyentuh tanah dan spool masih berpusing ini bermaksud "landing overrun" dan ini akan menyebabkan backlash apabila lontaran dilakukan nanti. Sekiranya ini berlaku setting tension knob sedikit demi sedikt sehingga spool tidak berpusing sebaik sahaja gewang menyentuh tanah.

Seterusnya cuba lakukan lontaran, lihat apa yang terjadi, sekiranya berlaku lagi backlash, ini bermaksud tension knob perlu diketatkan sedikit. (kadang-kala tension knob dah betul setting, mungkin kita tidak menghentikan spool dengan ibu jari apabila gewang ingin menyentuh permukaan air, ini semua kena dipelajari dengan pratikal dan latihan yang lebih kerap).

Sekiranya tidak berlaku backlash tetapi gewang tidak pergi jauh. Ini bermaksud kita telah memberi geseran yang tinggi pada  spool. Buka  semula Plam Side CoverOFF satu atau dua outer brake dan Inner brake yang kita ON sebelum ni. 

Dengan mengetatkan semula tension knob, lakukan lontaran sekali lagi, sekiranya tidak berlaku backlash, longgarkan tension knob perlahan-lahan sehigga gewang boleh dilontar dengan lebih jauh.

Ada sesetengah pemancing lansung tidak menggunakan sistem brake, kesemua outer brake dan Inner brake dalam keadaan OFF. Manalaka tension knob dilonggarkan sehingga maksimum. Ini akan memberikan rintangan yang paling minimum pada spool. Namun mempunyai potensi yang tinggi untuk berlaku backlash. Walau bagaimanapun sekiranya kita sudah mahir menggunakan baitcaster, kita boleh mengawal pusingan spool hanya dengan menggunakan ibu jari.

Tips:

*Sekiranya berlaku  backlash diawal lontaran, tambah brake pada centrifugal brake, sekiranya backlash   berlaku dihujung lontaran, ketatkan sedikit tension knob.

Level Wind
*Selaraskan level wind berada ditengah-tengah sebelum lontaran dilakukan. Ini untuk mengurangkan geseran  pada tali apabila lontaran dilakukan. (Level wind tidak akan bergerak apabila thumb bar ditekan kebawah. Sekiranya level wind berada disebelah kanan spool, tali yang keluar dari sebelah kiri akan memberi geseran semasa lontaran dilakukan. Bergitu juga sebaliknya. Sekiranya level wind berada disebelah kiri, geseran akan berlaku apabila tali keluar dari sebelah kanan spool)

Untuk mendapat gambaran yang lebih mudah, korang boleh tengok video yang aku upload kat youtube..

 

Ini lah antara teknik yang selalu aku gunakan untuk setting LPBC. Mungkin ada pembaca-pembaca yang lain mempunyai teknik yang berbeza atau lebih baik. Boleh kongsikan diruangan comments untuk kebaikan kita bersama. Selamat mencuba dan terima kasih.

"Panduan menyelenggara kekili baitcaster" akan di update pada entry akan datang

3 comments:

  1. Ilmu yg bergune aq juga mggunakn lpbc, pada pendapat aq gune lpbc ni lontaran gewang juga kene relex supaya x trjadinye backlash... :)

    ReplyDelete