Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Panduan menyelenggara Kekili Baitcaster

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada entry yang lepas aku ada kongsi  panduan menggunakan kekili baitcaster. Kali ni aku nak kongsi panduan menyelenggara atau service kekili baitcaster.

Mungkin ada pembaca yang sudah biasa melakukan penyelenggaraan sendiri. Mungkin juga ada pembaca-pembaca diluar sana yang lansung tidak pernah melakukan penyelenggaraan sendiri. Dengan ada panduan ni,  insyaAllah lepas ni anda semua boleh melakukan sendiri penyelenggaraan kekili baitcaster dirumah.

Manual
Manual
Sebelum kita melakukan service, kita harus tahu part-part yang terdapat pada kekili tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan merujuk manual yang diberikan semasa kita membeli kekili.

Kekili Baitcaster

Untuk memudahkan lagi, aku akan berikan nama beberapa part pada kekili beserta fungsi asasnya:
  •  Handel - Bahagian untuk kita memusingkan/menggerakan spool ( handel disambung dengan gear metal dan gear metal pula disambung dengan driver gear. Driver gear pula akan bersentuh dengan pinion gear. Shaft  spool yang dipegang pinion gear akan menyebabkan spool berpusing apabila kita menggerakan handel)
  • Star Drag - Bahagian yang mengawal pusingan spool apabila kita bertarung dengan mangsa.(Pusingan star drag kedalam menyebabkan penigkatan tekanan terhadap D-washer. D-washer pula melekap dengan washer yang bersentuhan dengan driver gear. Driver gear akan bersentuh dengan pinion gear dan pinion gear akan memegang shaft spool yang telah dipasang pada spool. Ini lah sebabnya apabila kita mengetatkan star drag maka spool juga akan menjadi ketat/berat)
  • Tension Knob - Bahagian yang mengawal pusingan spool apabila kita melakukan lontaran (semaking kita mengetatkan tension knob maka semaking banyaklah geseran yang akan diberikan kepada shaft  spool)
  • Thum Bar- Bahagian dimana untuk release spool. ( Apabila thum bar ditekan kebawah, clutch bar yang bersambung dengan clutch cam akan menggerakan clutch cam keatas. Diatas clutch cam terdapat clutch yang memegang pinion gear. Apabila clutch cam bergerak keatas dan secara tidak lansung pinion gear juga akan turut bergerak keatas. Pergerakan pinion gear keatas akan menyebabkan pin pada shaft spool dilepaskan dan secara tidak lansung spool akan menjadi free)
  • Spool - Bahagian dimana tali disusun/disimpan. Pada spool juga terdapat centrifugal brake(cara menyelaraskan centrifugal brake telah ditunjukkan pada entry yang lepas)
  • Level Wind - Fungsinya adalah untuk menyusun tali pada spool.( Lewel wind akan bergerak kekiri dan kekanan disepanjang worm shaft apabila kita memusingkan spool. Sebenarnya pada hujung worm shaft ini terdapat worm pinion gear. Worm pinion gear ini akan menyentuh os gear yang telah dipasang pada metal gear.Ini lah sebabnya kenapa level wind turut bergerak apabila kita mengerakkan handel)

Plam side cover
PROSES MEMBUKA/MELERAIKAN

Langkah 1
  • Buka Plam side cover
Keluarkan Spool
Langkah 2
  • Keluarkan spool
Star Drag, leaf Washer dan Handel
 Langkah 3
  • Buka handel, star drag dan tension knob

Side cover
Langkah 4
  • Buka Gear side cover

Driver Gear, Pinion Gear, Cluth
 Langkah 5
  • Keluarkan ball bearing yang terdapat pada gear side cover
  • keluarkan driver gear
  • keluarkan rachet
  • keluarkan washer
  • keluarkan OS Gear
  • keluarkan coil spring
  • keluarkan clucth
  • keluarkan pinion gear
Bearing Plate, Gear metal
 Langkah 6
  • Buka tap screw dan tanggalkan gear metal 
  • Keluarkan bearing plate (dibawah bearing plate ini terdapat lagi satu ball bearing untuk melancarkan pusingan gear metal)

Clucth Cam, Kick Lever
 Langkah 7
  • Apabila bearing plate dikeluarkan barulah clucth cam dan kick lever boleh dikeluarkan.

Tap Screw dan Hood
  Langkah 8
  • Tanggalkan  hood dari frame (apabila hood telah ditanggalkan barulah level wind boleh dibuka)

Clucth Bar, Level Wind Nut dan pipe
  Langkah 9
  • Buka screw yang memegang clucth bar untuk menanggalkan thum bar daripada frame
  • Buka level wind nut

All part
 Langkah 10
  • Kumpulkan semua part
PROSES PEMBERSIHAN


Spool assembly, Side cover, frame
 Langkah 1
  • Bersihkan semua bahagian palm side cover dan frame

Spool, Frame handel
 Langkah 2
  • Bersihkan semua bahagian spool

Driver Gear, Washer, D-Washer,Racher, Clucth Spring,Pinion Gear
 Langkah 3
  • Bersihkan semua gear, washer, clucth dan spring dengan zippo oil. (Ada juga individu lain yang menggunakan akohol, kerosene  dan sebagainya)

All bearing
Langkah 4
  • Bersihkan semua ball bearing dan one way clucth.
PROSES PELINCIRAN

Dalam proses pelinciran, aku membahagiakn part/bearing kepada dua bahagian iaitu:

1. Bahagian untuk kerja-kerja ringan
  • Ball bearing untuk spool
  • ball bearing untuk tension gear
  • Ball bearing untuk spool assembly 
* Bahagian untuk kerja-kerja ringan ialah bahagian yang terlibat semasa kita ingin melakukan lontaran, bahagian ini tidak memerlukan grease. Grease mempunyai tahap kelikatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan minyak pelincir(cth:Minyak singer/minyak pelicir yang dibekalkan semasa kita membeli kekili).
*Kelikatan yang tinggi akan menyebabkan gaseran dan akan menganggu pusingan spool apabila lontaran dilakukan.
* Bahagian untuk kerja-kerja ringan juga mudah untuk diberi pelinciran, ini kerana untuk melincirkan bahagian ini kita hanya perlu membuka palm side cover dan mengeluarkan spool sahaja.

2.  Bahagian untuk kerja-kerja berat
  • One way Cluctch
  • Ball bearing dibawah bearing plate
  • Driver gear
  • Pinion Gear
  • Clucth Cam
  • Kick lever
  • Worm Shaft
*Bahagian kerja-kerja berat lebih kepada bahagian didalam gear side cover. Bahagian ini ialah bahagian yang penting semasa kita bertarung dengan mangsa.
*Oleh kerana bahagian ini terletak dibahagian dalam(kecuali worm shaft) penggunaan grease adalah amat sesuai. Ini kerana grease lambat kering dan mempunyai kelikatan yang tinggi untuk menggurangkan tahap hakisan antara gear yang bersentuh antara satu sama lain.

 
One way Clutch
 Langkah 1
  • Masukkan grease kedalam One way clucth
Centrifugal Assembly
Langkah 2
  • Sapukan minyak pelincir pada brake sistem
Worm Shaft, All Gear
 Langkah 3
  • Sapukan grease pada kesemua gear dan worm shaft


All Bearing
Langkah 4
  • Letakan minyak pelincir pada semua bearing
 PROSES PEMASANGAN SEMULA


Kick Lever, Clucth Cam, Clucth Bar, Clucth Spring
 Langkah 1
  •  Pasang semula kick lever
  • Clucth Spring
  • Clucth Cam
  • Bearing Plate
  • Gear Metal
Drag Easher, Driver Gear, Washer, Rachet, Pinion Gear
 Langkah 2
  • Pasang pinion gear pada Clucth
  • Pasang clucth pada Clucth Cam
  • Pasang Ciol spring pada Clucth
  • Pasang OS Gear  pada Gear Metal
  • Pasang Rachet pada Gear Meatl
  • Pasang Washer pada Gear Metal
  • Pasang Driver Gear Pada Gear Metal
  • Pasang Washer pada Gear Metal
  • Pasang D-Washer pada Gear Metal


Side cover, bearing, star drag washer
 Langkah 3
  • Pasang One Way Clucth pada Gear Side Cover
  • Pasang ball bearing pada Gear Side Cover
  • Pasang Gear Side Cover. (Sila pasang Gear Side Cover dengan cermat dan betul, ini kerana kesilapan memasang gear side cover boleh menyebabkan Coil Spring berada dalam kedudukan yang tidak betul. Kedudukan Coil Spring yang tidak betul/tepat boleh menyumbang kepada salah satu sebab thum bar tidak naik apabila handel digerakan)
  • Masukan washer, spring plate dan spring washer kedalam gear metal.

Tension Knob, Star Drag, Handel
 Langkah 4
  • Pasang tension knob
  • Pasang star drag
  • pasang leaf spring
  • Pasang handel
  • Pasang handel nut
  • Pasang handel retainer
  • Dan akhir sekali pasang screw untuk memegang handel retainer.

Frame, Side Cover, Spool.
Langkah 5
  • Masukkan semula spool kedalam frame dan pasang palm side cover untuk melengkapkan proses penyelenggaraan kekili baitcaster.
Ini lah panduan yang mampu aku kongsikan dengan pembaca-pembaca  joranbiru.blogspot.com. Mungkin anda mempunyai pandangan, pengalaman dan apa sahaja berkenaan penyelenggaraan kekili baitcaster, anda boleh meninggalkannya diruangan comments untuk manfaat kita bersama.

"Natural Exotic Fish Fishing Pond- Rawang" akan di update pada entry akan datang



15 ulasan:

  1. terbaik bro. bukan mudah nak servis bc. informasi macam ni memang membantu.

    Blog Tepen Caster: Unite in the name of the game

    BalasPadam
  2. Bro..ada toman lego la size besar sekor.
    pc.khairuladnan@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah Khairul, sekarang ni susah nak dapat toman yang saiz besar2..

      Padam
  3. Bro nak tnya sikit.sy pakai btg abu.6 kaki medium heavy 8-17 lb line.kekili abu garcia black max 1.masalah skang blingan sy x jauh sangat bila cba ringat kan spool untuk cba bling jauh.selalu kene bihun.adakah sbb btg joran sy or kekili sy yg membuat kan sy punya balingan x jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa kaki btg joran yg sesuai untuk main sebarau.

      Padam
  4. Antara faktor yang menetukan jarak balingan ialah:
    1)Panjang joran
    2)Jenis joran(heavy,medium,UL,Fast action dll)
    3)Saiz main line dan saiz leader
    4)Berat lure
    5)Jenis lure
    6)Setting pada kekili
    7)Teknik lontaran(over head, side, flipping dll)
    8) Arah tiupan angin
    9)Kemahiran pemancing dll

    Kesemua faktor tersebut akan mempengaruhi jarak lontaran, tetapi kemahiran pemancing itu sendiri adalah faktor utama dan ianya boleh diperolehi dengan latihan yang beterusan.

    Kalau ikut spec yang tuan yusyusry yusry, saya rasa set tu memang dah sesuai. Mungkin kena cuba adjust brake sistem atau beratkan sedikit lure yang digunakan(ikut kesesuaian) tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya tiada satu ukuran yang tetap berkenaan panjang joran yang harus digunakan untuk memancing sebarau. Ianya bergantung kepada kesesuaian pemancing itu sendiri.

      Sekiranya yusyusry yusry ingin cast di tebing (land based) dan tempat tersebut adalah terbuka, mungkin joran yang agak panjang (6'/7' atau lebih) adalah sesuai.

      Tapi bila memancing ditempat yang sukar seperti di jeram dan memerlukan trekking, rod yang pendek(5'-6') dan ringan adalah sesuai.

      Bergitu juga bila boating, joran antara 5'-6' sudah memadai..TQ

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Assalam tuan...perlu tak letak grease pada drag carbon.....

    BalasPadam
  7. Tuan boleh bantu saya? Saya kehilangan manual bc banax elan lh , saya lupa cara nak masukan ke tempat asal dua item di dlm bc tersebut. Mohon bantuan .. šŸ˜„

    BalasPadam
  8. Saya yusri nak tanya mcm mana nak buka spool baitcastint ajiking arrowcast tuan..

    BalasPadam