Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Natural Exotic Fish Fishing Pond- Rawang.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Hampir dua bulan cuti dari aktiviti memancing, kali ni aku pergi ke Natural Exotic Fish Fishing Pond yang terletak di Rawang.

Natural Exotic Fish Fishing Pond

Gambar-gambar ikan yang berjaya dipancing
Aku sampai ke kolam Natural Exotic lebih kurang jam 9.00 pagi. Sampai dekat kauter jer aku dah terpegun tengok gambar-gambar hasil tangkapan pemancing-pemancing lain. Macam-macam spesies ikan ada, ini menyebabkan aku tak sabar nak memancing.

Bayaran dekat kolam ni RM 150.00 untuk 5 jam. Tapi kalau nak mancing 3 jam sahaja, baki lagi RM 50.00 akan dipulangkan semula.

Kolam untuk umpan anak ikan
Disebabkan aku baru first time memancing dekat kolam ni, jadi aku tanya dekat pekerja kolam, umpan apa yang biasa digunakan oleh pemancing-pemancing dekat sini. Beliau mengatakan umpan anak ikan antara yang paling kerap digunakan. Jadi aku pun beli 2 ekor lampam dan 3 ekor ikan koi.

Asian Redtail
Lebih kurang 5 minit melempar umpan. Tiba-tiba joran aku melentur, tali keluar tanpa henti, aku memberi satu sentapan untuk memastikan mata kail betul-betul melekat pada mulut ikan. Ikan memecut tanpa henti dan 2 minit selepas itu baru la ikan mengalah. Akhirnya seekor asian redtail berjaya aku tewaskan.

Pekerja kolam
Setiap ikan yang diperolehi oleh pemancing akan disauk dan mata kail akan dibuka oleh pekerja kolam. Mereka ni la juga menjadi jurugambar untuk aku sebab aku datang sorang sahaja.

Amazon Redtail
Lebih kurang jam 10.00 pagi ikan mula mengganas, setiap umpan yang dilempar pasti akan diragut, Umpan 5 ekor anak ikan yang aku beli tadi memang tak cukup. Jadi aku top-up lagi 15 ekor, maka terbanglah duit aku RM15.00. Lain kali kalau aku nak datang sini aku mancing dulu anak ikan lampam kat lombong lepas tu bawa datang sini, baru jimat sikit.

Mata kail "terkangkang" dikerjakan oleh ikan
Beberapa kali mata kail yang aku gunakan terkangkang. Tali utama  putus semasa bertarung pun ada berlaku.
Amazon Redtail
Amazon Redtail, antara spesies ikan yang tak pernah aku tewaskan lagi sebelum ni. Tapi hari ni aku dah dapat lesen  Amazon Redtail.

Amazon Redtail
Bukan sekor tetapi 2 ekor dalam selang masa 5 minit. Memang puas hati, dia punya lawan pun boleh kebas tangan dibuatnya.

Antara hasil tangkapan
Antara hasil tangkapan yang berjaya aku perolehi. Tiga ekor Amazon redtail dan seekor Asian Redtail, yang lain telah aku lepaskan sebelumnya. Secara keseluruhannya hari ni aku berjaya tewaskan 8 ekor Redtail dalam masa 3 jam. Pekerja kolam tu cakap pernah pemancing lain dapat hampir 40 ekor Redtail dalam masa 3 jam, tak tahu la umpan apa orang tu guna sampai boleh dapat banyak macam tu. 

Mungkin  aku kena buat kajian sikit berkenaan kolam ni, umpan apa yang sering digunakan, pondok/port  mana yang paling banya ikan, jam berapa paling kerap ikan makan, perambut dan mata kail macam mana yang sering digunakan (sebab mata kail aku beberapa kali terkangkang) dan beberapa faktor lain yang perlu diambil kira.

 "Peacock Bass Tasik Prima Puchong" akan di update pada entry akan datang




1 comment: