Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Bottom Toman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Baru-baru ni ada kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman, jadi beliau meminta aku untuk mendapatkannya.

Kebetulan aku pun dah lama tak menarik toman yang besar, jadi aku pun berusaha  mendapatkan toman untuk beliau. Kebiasaanya aku menggunakan teknik casting untuk mendapatkan toman, tapi kali ni aku menggunakan teknik bottom. Potensi untuk mendapatkan toman yang besar lebih tinggi jika  menggunakan teknik ni, sebabnya aku boleh menggunakan pelbagai jenis umpan dan aku juga boleh menggunakan banyak joran (lagi banyak joran lagi tinggi peluang untuk mendapat ikan) dan aku cuma perlu tunggu sehingga toman memakan umpan.

Perambut Toman
Disebabkan aku dah lama tidak menggunakan teknik bottom, maka aku  membuat persediaan lebih rapi. Aku menggunakan mata kail bercabang tiga dan diikat dengan cable sebagai perambut.

Perambut Toman
Ini lah perambut yang aku gunakan untuk memancing toman nanti.

Perambut Toman
Perambut toman yang telah siap...

Teknik memancing Toman
Ini lah teknik aku memancing toman apabila menggunakan kaedah bottom. Selepas melempar umpan ditempat sasaran, aku akan meyelaras drag pada tahap yang sesuai, kemudian tali dibiarkan bebas keluar dari spool. Tali yang keluar tadi ditindih dengan apa-apa barang yang agak ringan. Tujuannya ialah apabila toman menyambar umpan, alat/barang yang menindih tali tadi akan terpelanting/bergerak. Tali akan keluar dan aku akan biarkan toman membawa umpan. Setelah aku yakin toman betul-betul telah memakan umpan barulah aku melakukan sentapan.

Toman
Toman 4.59 kg

Ini lah hasilnya, seekor toman yang berat hampir 4.59 kg berjaya aku perolehi. Maka tercapailah hajat kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman.

"Terjah Lubuk haruan Machang" akan di update pada entry akan datang.




Peacock Bass Tasik Prima Puchong

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... bagi kaki pancing sekitar lembah klang, pasti ramai yang tahu tentang tasik Prima di Puchong. kali ni aku dan Arul berkomplot ingin memburu Ikan Raja, atau lebih dikenali dengan Peacock Bass (PB).

Sampan Fiber

Komplot dimulakan dengan mengambil sampan di rumah Arul, sampai sahaja ditepi tasik Prima kelihatan air tasik agak keroh. Mengikut pengalaman Arul keadaan bergini agak sukar untuk menjinakkan Peacock Bass.

Red Parrot
Kami mendayung ke sebuah pulau rumput yang tidak jauh dari tebing. Hasilnya beberapa ekor ikan red parrot berjaya diperolehi oleh Arul, sedangkan aku masih kumpau lagi.

Red Parrot
Berkat kesabaran akhirnya aku mendapat seekor ikan red parrot. Ikan Peacock Bass yang diburu masih belum menyambar umpan.

Peacock Bass
Kami berpindah ke pulau rumput yang lain, akhirnya Peacock Bass yang dicari-cari berjaya aku tawan, walaupun saiznya kecil tetapi aksinya cukup bertenaga terutama apabila aku menggunakan rod aksi ringan.

Peacock Bass
Kemudian aku dapat  sekor lagi Peacock Bass curut, dan lagi serta lagi Peacock Bass curut, kali ni Arul menjadi jurugambar aku haa..haa..

Peacock Bass
Kemudia tiba-tiba kekili Arul berbunyi kuat, tali keluar tanpa henti siperagut umpan menyelinap masuk dibawah pulau rumput yang berhampiran. dengan pengalaman yang ada akhirnya Arul berjaya menewaskan seekor Peacock Bass.

Bermula dari detik itu, joran Arul tak habis-habis diasak Peacock Bass. Aku sekadar menjadi pemerhati dan kadang-kala umpan aku diragut ganas, namum siperagut berjaya melepaskan diri (Adoii..i menyesal betul aku gelakan Arul tadi, kali ni dia gelakan aku pulak).

Peacock Bass
Ini lah hasil keseluruhan komplot pada hari tersebut, selain dari ikan red parrot 12 ekor ikan Peacock Bass berjaya kami perolehi. 

Peacock Bass
Yang besar-besar dalam gambar tu semuanya Arul yang dapat, aku dapat yang kecil jer. Secara keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan komplot kali ni, walaupun aku dapat yang curut-curut jer tapi apa yang lebih penting aku dapat tips macam mana nak memancing Peacock Bass.

 "Bottom Toman " akan di update pada entry akan datang