Selamat Datang ke joranbiru.blogspot.com

Advertisement

Advertisement

Bottom Toman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Baru-baru ni ada kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman, jadi beliau meminta aku untuk mendapatkannya.

Kebetulan aku pun dah lama tak menarik toman yang besar, jadi aku pun berusaha  mendapatkan toman untuk beliau. Kebiasaanya aku menggunakan teknik casting untuk mendapatkan toman, tapi kali ni aku menggunakan teknik bottom. Potensi untuk mendapatkan toman yang besar lebih tinggi jika  menggunakan teknik ni, sebabnya aku boleh menggunakan pelbagai jenis umpan dan aku juga boleh menggunakan banyak joran (lagi banyak joran lagi tinggi peluang untuk mendapat ikan) dan aku cuma perlu tunggu sehingga toman memakan umpan.

Perambut Toman
Disebabkan aku dah lama tidak menggunakan teknik bottom, maka aku  membuat persediaan lebih rapi. Aku menggunakan mata kail bercabang tiga dan diikat dengan cable sebagai perambut.

Perambut Toman
Ini lah perambut yang aku gunakan untuk memancing toman nanti.

Perambut Toman
Perambut toman yang telah siap...

Teknik memancing Toman
Ini lah teknik aku memancing toman apabila menggunakan kaedah bottom. Selepas melempar umpan ditempat sasaran, aku akan meyelaras drag pada tahap yang sesuai, kemudian tali dibiarkan bebas keluar dari spool. Tali yang keluar tadi ditindih dengan apa-apa barang yang agak ringan. Tujuannya ialah apabila toman menyambar umpan, alat/barang yang menindih tali tadi akan terpelanting/bergerak. Tali akan keluar dan aku akan biarkan toman membawa umpan. Setelah aku yakin toman betul-betul telah memakan umpan barulah aku melakukan sentapan.

Toman
Toman 4.59 kg

Ini lah hasilnya, seekor toman yang berat hampir 4.59 kg berjaya aku perolehi. Maka tercapailah hajat kawan aku yang mengidam nak makan ikan toman.

"Terjah Lubuk haruan Machang" akan di update pada entry akan datang.




12 comments:

  1. Fuh.. buncit toman tu. lama tak membotom toman. malas nak potong belut sebenarnya.

    Update terbaru dari TC Casting jugra master 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belut memang salah satu favorite toman Tejaoo wg, tapi kali ni saya tak guna belut. Saya guna umpan lain, umpan ni pun favorite jugak..

      Delete
    2. salam,,umpan ape ye abg pakai tu?

      Delete
    3. Maaf lambat reply tuan haris.. saya guna umpan isi ayam..

      Delete
  2. Replies
    1. Maaf lambat reply .. saya guna umpan isi ayam..

      Delete
  3. Replies
    1. Maaf lambat reply...ni di Empangan Batu..

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Bos boleh tunjuk cara letak umpan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pm di fb saya Rizal Joran, nanti saya share gambar nak letak umpan..dekat comment ni tak boleh share gambar..

      Delete